Selasa, 20 Januari 2015

[Idaman_Group] Industri Percetakan Pakaian

 

===========================

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PERCETAKAN PAKAIAN

===========================

 

Pada amnya, industri percetakan terbahagi kepada dua, iaitu pencetakan bahan berasaskan kertas, plastik dan logam; dan percetakan bahan berasaskan kain dan pakaian. Percetakan pakaian biasanya dipanggil 'silk screen printing' ataupun mencetak menggunakan skrin sutera.

 

Percetakan pakaian ialah proses memindahkan suatu reka corak - sama ada daripada kertas (hard copy) atau dalam komputer (soft copy) ke atas bahan yang berasaskan kain dan pakaian, dengan menggunakan teknik-teknik tertentu.

 

Terdapat beberapa objektif utama mengapa suatu reka corak itu dipindahkan kepada produk-produk di atas, iaitu bagi melambangkan identiti organisasi, sebagai bahan promosi, sebagai bahan cenderamata atau pemberian, dan untuk dijual sebagai barangan pengguna.

 

(a)     Memperkenal dan melambangkan identiti sesuatu organisasi

 

(b)     Untuk mempromosi sesuatu produk, perkhidmatan atau gaya hidup

 

(c)     Sebagai cenderamata atau pemberian kepada ahli-ahli

 

(d)     Untuk dijual sebagai barangan pengguna

 

 

*Pengenalan kepada Industri Pencetakan Pakaian di atas dipetik dari buku TEKNIK ASAS PERCETAKAN PAKAIAN. Sila lawat www.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303 untuk pertanyaan lanjut.

 

__._,_.___

Posted by: <studioperintis@perintis.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a new topic Messages in this topic (1)

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran