Sabtu, 30 November 2013

[Idaman_Group] Fw: [WARGA_KILANG] WARGAKILANG News: Jln-Jln Masuk Sekolah di Tganu

 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Pakat2 bantu...

On Friday, 29 November 2013 11:53 AM, Wahab <wahab@venture.com.sg> wrote:
 

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Sekolah di Tganu

Persediaan program JJMS Wargakilang masuk kg di Ijok, Perak membantu keluarga miskin menyediakan prasarana anak2 masuk sekolah, alhamdulillah sedang berjalan lancar.

Entah kenapa bila berbicara mengenai program Wargakilang masuk kg membantu persediaan persekolahan ini, padang ingatan saya mesti teringatkan wajah2 anak2 dari keluarga miskin/susah yg kami temui dlm expedisi NGO Wargakilang masuk kg di kawasan perkampungan Nelayan di Kuala Kemaman, Terengganu di awal tahun 2012 yg lalu.

Kemiskinan yg diwarisi di perkampungan nelayan ini hampir sama simptonnya dengan kemiskinan yg kami temui pada keluarga penoreh getah di negeri kedah, kelantan dan utara perak.
 
Kalau di Baling, Kedah penoreh terpaksa berhutang dgn Tauke getah waktu musim hujan kerana tidak dpt menoreh, dan melunas kembali bila cuaca pulih; kami diberitahu keadaan yg sama berlaku pada keluarga Awak-Awak Nelayan di Kuala Kemaman ini, berhutang dgn Juragan di musim tengkujuh dan melunaskan kembali bila dpt turun semula ke laut.

Sama saja kedua2nya, hidup miskin susah dan sukar sepanjang masa. Tahun lepas saya diberitahu oleh sahabat saya, sdra Azman Ketua Wargakilang Terengganu, ada cikgu sekolah bagitau ada anak muridnya mula daftar masuk kelas hanya selepas beberapa minggu sekolah dibuka. Sebabnya: tak dok pittih nak beli baju kasut beg sekolah.

Bila dapat bantuan kerajaan RM100 hari tu, barulah ayahnya gie beli baju kasut beg sekolah, hantar anak masuk sekolah. Kesian!

Saya tak pasti keluarga mana satu yg cikgu itu maksudkan, tetapi berdasarkan data base yg ada pada sdra Azman, rata-rata keluarga nelayan khususnya yg kerja dgn bot orang, begitulah keadaannya. Kesian sungguh, anak2 tak dapat pi sekolah sebab tak ada duit nak beli baju kasut dan peralatan persekolahan.
Ini adalah typical rumah nelayan di Kuala Kemaman, foto gambar ini sendiri mampu menceritakan sendiri kesukaran hidup tuan rumah dan anak-anaknya.


Ini pula adalah sebuah keluarga Ibu Tunggal anak 7 yg kami temui di antara deretan rumah papan di perkampungan Nelayan ini. Bagaimanalah agaknya si Ibu yang hanya mengambil upah menjahit menyediakan peralatan persekolahan anaknya tahun ini?

Tahun ini, saya duk ingat nak ajak Azman bantu mana-mana keluarga yg kami mampu, tapi kami sendiri dana tak berapa ada. Maka itu, kot kalau sesiapa yg ada rezeki lebih dan berminat nak membantu, bolehlah hubungi sahabat saya ini, sdra Azman Alias di Kemaman, Terengganu untuk maklumat lanjut.

Beliau ada bagi akaunnya Maybank: 1630 2865 6668.
Tel: 013-9179989 Azman Alias

Moga kerjabuat kita yg tak seberapa ini ada manfaatnya buat keluarga2 ini.

Tkasih.

moniermatdin@yahoo.com
28.11.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang
 
 


Jumat, 29 November 2013

[Idaman_Group] IKLAN: Solekan untuk pengantin

 

Assalamualaikum....

Saya ada menyediakan perkhidmatan solekan untuk majlis bersanding, nikah, bertunang ataupun majlis makan malam...

Solekan yang simple, tapi memuaskan... perkhidmatan di kawasan subang jaya, shah alam, dan klang..

RM 250 (termasuk transportation dan tiada caj tambahan).

Sesiapa yang berminat atau nak tanya pape boleh call saya 013-3705089 - fara.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Kem bina sahsiah dan pengajian pondok di Pondok Bandar Hilir

 

Alhamdulillah, selamat mendaftar anak kem cuti sekolah seminggu kat Pondok Bandar Hilir Sik Kedah.

Bila tengok "asrama" tempat depa tinggal seminggu nie hanyalah bangunan kayu, kosong tanpa kipas, rasa baguih la jugak - sesekali merasa suasana yg sedikit tidak selesa berbanding bilik asramanya di MRSM atau pun bilik tidurnya di rumah.

Bila tengok jadual prog yg Ust Ismail bagi nie; ha - hat nie yg saya duk cari. Anak saya ni, sebab mak ayah sibuk, tak mampu nak adjust masa, kesian kat dia - waktu sekolah rendah dulu tak berpeluang pergi kelas KAFA kelas fardu ain petang2, sebab tak dak org nk hntar. Natijahnya, ilmu agamanya setakat hat belajar di sek kebangsaan saja.

Bila tengok itinerary program yg menekankan kpd bab asas tata cara solat, fardu ain dan asas akidah serta akhlak nie - ha, hat nie lah yg saya duk cari, sesuai dgn level anak saya.

Tkasih Ust Ismail dan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana mempertemukan saya secara tidak sengaja dgn pondok ini melalui program amal NGO wargakilang tempoh hari.

Moga dlm seminggu ini, walaupun tak dapat banyak, mudah-mudahan anak saya akan mendapat juga sedikit ilmu akhirat yg dicari.

Tak silap saya waktu mula2 kenal Ust Ismail, Mudir pondok ini dulu, bila saya tanya apa yg membuatkan beliau begitu komited pulun duk jaga pondok yg agak ke pedalaman ini, beliau ada bermadah:

"Di akhir zaman nanti bila ilmu akhirat sudah jadi benda asing tidak dipedulikan dan sukar nak dicari, maka di pondok2 macam inilah, insyaallah ia akan kekal terpelihara. Inilah KUBU kita..insyaalah di KUBU yg kecil ini, kita akan berusaha sedaya upaya MEMPERTAHANKAN KUBU kita"

Laa.. mcm tu rupanya.

Sedar tak sedar hari ini saya bukan setakat menghantar anak saya mai pondok tapi sebenarnya menghantar beliau berguru seketika di dalam "KUBU".

Kpd Ust Ismail, Ust Lias, Ust Sofi, Ust Najib dan semua ustaz di pondok2 di seluruh negara, kami doakan kalian semua akan terus istiqamah menjaga "KUBU" kita.

Pendaftaran utk kem cuti sekolah di Pondok Bandar Hilir masih dibuka. Sila PM Ust Ismail Mahmud utk keterangan lanjut.

Kem bina sahsiah dan pengajian pondok ,bertempat pondok bandar hilir sik sedang berlangsung ..kalu nak daftar boleh lagi ..hubungi Ustaz ismail. 013 4884814 . Sesi pagi oleh ustaz ismail. Pengisian 1 Aklak. .. wasiat imam ghazali .ulasan buku ayuhai waladi .wahai anaku yag dikasihi ..2. panduan belajar cara islam ..tentang adab 2 dan peraturan mendapat ilmu ..3 .fekah. tentang sembayang dan ukubatu tariki solat .akibat orang tinggal sembahyang . Dan tulisan khat thulus . dari jam 9.30 pagi ..pukul 1.00 .berhenti solat dan makn .satgi sambug pengajian alquran dan tahsin oleh ustaz sopi.

Moga ada manfaatnya.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Herba Pendokong Kehebatan Lelaki, 29/11/2013, 0:00



Reminder from:   Idaman_Group Yahoo Group
 
Title:   Herba Pendokong Kehebatan Lelaki
 
Date:   Friday 29 November 2013
Time:   0:00 - 0:00 (GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Location:   http://www.maleherbs.biz/bijisihat
Notes:   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang! Kekalkan kesihatan, hindari dari penyakit merbahaya dan tingkatkan stamina dengan 3 produk hebat MaleHerbs.biz iaitu VIMAX, PLSUPERGEL & LOSYEN POWER31 BRUTAL. 2 dalam 1 kebaikan produk, KEPUASAN SEKS DAN KEBAIKAN ZAT HERBA. Nikmatilah kelebihan dan kebaikan produk ini, di samping meningkatkan kesihatan, meningkatkan juga pendapatan sampingan anda bersama program affiliate kami.

Untuk maklumat lanjut, sila klik

http://www.MaleHerbs.biz/bijisihat
http://www.MaleHerbs.biz/bijisihat
http://www.MaleHerbs.biz/bijisihat

Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.


Terima kasih
---

Layarilah http://www.MaleHerbs.biz/bijisihat
 
Copyright © 2013  Yahoo All Rights Reserved | Terms of Service | Privacy Policy


__._,_.___


Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___