Jumat, 08 Februari 2013

[Idaman_Group] Madrasah dan Yayasan Sulammi Ulummiah

 

Madrasah dan Yayasan Sulammi Ulummiah

Sijil Wakaf Tanah di Serkam Pulai Melaka




Yayasan Sulammi Ulummiah (YSU)
KM 6, Kg Permatang Pasir,
75460 Alai, Melaka.
Tel : 06-268 4086
En. Taufik : 013-357 9860
En. Buyong : 012-636 2631
Hj. Azlan : 016-337 3458

Tuan/Puan,

Sumbangan Derma dan Mengumpul Dana Melalui Amalan Wakaf Tanah
 

Amalan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk beribadat dan menyumbang sejumlah wang sebagai derma atau Wakaf. Sumbangan wang yang diwakafkan digunakan sepenuhnya untuk membeli tanah yang ditentukan melalui nilai satu kaki persegi (satu kaki persegi dinilai dengan RM20 seperti gambar diatas) di Serkam Pulau, Melaka.

Ini bermaksud, walaupun kadar wakaf seseorang itu sangat sedikit, ia adalah perkongsian ramai pihak. Amalan yang dipraktikkan disini memberi peluang kepada umat Islam untuk melakukan amal jariah.

Cara Pembayaran

Derma, sumbangan dan wakaf boleh terus diberikan kepada YSU atau dimasukkan ke dalam akaun YSU

Nama Bank : BANK ISLAM
Nama : Yayasan Sulammi Ulummiah 
No. Akaun : 04 0150 1002 4567 

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh hubungi :

En. Taufik : 013-357 9860
En. Buyong : 012-636 2631
Hj. Azlan : 016-337 3458

Firman Allah S.W.T: 
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah [2]: 261)

Dan semoga dengan sedekah yang kita keluarkan ini akan mendapat sebaik-baik gantian daripada Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T:
"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Saba' [34]: 39)

Sabda Nabi S.A.W:
"Apabila mati seorang manusia, putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara: Sedekah yang jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya oleh manusia, anak yang soleh yang berdoa untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala jasa baik dan sumbangan/wakaf yang diberikan olehTuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wasalam.
 


Mohammad Nakhain Bin Hj Mohamed Zain
Pengurus Raudhah Umrahajj Services
No. H/P : 013-212 7799
No. Fax : 06-762 0817

b/p Pengerusi Yayasan
TG Sheikh Hj Mohd Ali Bin Isnin

Pengerusi dan Jawatankuasa Yayasan Sulammi Ulummiah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas Tuan/Puan. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda ke atas Tuan/Puan, amin.



()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Latar Belakang Syarikat dan Perkhidmatan Raudhah Umrahajj Services

 

Latar Belakang Syarikat dan Perkhidmatan

Assalamualaikum w.b.t.

Raudhah Umrahajj Services berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. Pendaftaran : NS0103441-W) dan adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Bumiputra serta agen perkhidmatan pengurusan Umrah dan Haji. Diperkuatkan dengan tenaga kerja yang sememangnya BERPENGALAMAN dalam perkhidmatan pengurusan Pelancongan, Umrah, Haji, Badal Haji dan Umrah, Korban, Aqiqah,  Wakaf dan Khatam Al-Quran. Syarikat kami juga salah sebuah syarikat pengimport dan pengedar Air Zam-Zam, anda boleh letakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan segala-galanya bagi pihak anda.
 

Untuk makluman para pelanggan kami, laman web rasmi syarikat Raudhah Umrahajj Services adalah www.badalhaji.my dan www.badalhaji1.blogspot.com serta www.badalhaji2u.blogspot.com. Laman web ini merupakan rujukan rasmi perniagaan syarikat kami.

Jika anda berhajat untuk membuat Badal Haji dan Umrah untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Badal atau Upah Haji dan Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan Haji dan Umrah serta juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.


Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Objektif kami adalah memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan memenuhi kepuasan setiap pelanggan bersesuaian dengan pengharapan mereka yang inginkan kemudahan dan keselesaan semasa berurusan dengan kami.

Kami juga mempelawa kepada semua golongan yang berminat untuk menjadi agen Badal Haji dan Umrah serta menjadi pengedar Air Zam-Zam kami bagi setiap daerah dan negeri. Sesiapa yang berminat boleh hubungi kami.

Di samping itu, kami juga menyumbangkan sedikit dari yuran tersebut untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan bagi kegunaan umat Islam seperti Pembinaan Madrasah, Masjid, Pusat Tahfiz dan Badan Kebajikan agar impaknya berpanjangan dan berterusan kepada arwah dan pemberi atau penyumbang tersebut, InsyaAllah.

Dengan berbekalkan tekad dan kesedaran untuk membantu masyarakat Islam, kami mengharapkan usaha yang tidak seberapa ini dapat membuahkan sedikit rezeki yang halal, amal jariah yang berterusan serta penyebaran dakwah secara tidak langsung kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah membantu usaha kami ini bagi membantu masyarakat Islam dan semoga anda dapat berterusan menyokong usaha kerdil ini kearah yang lebih cemerlang dan kami yakin bahawasanya rezeki yang diperolehi daripada keredhaan Allah dan kesyukuran daripada manusia adalah sebaik-baik sumber rezeki yang membawa keberkatan yang berpanjangan.

Syarikat kami mengambil Badal Haji dan Umrah dengan menunjukkan bukti bahawa Upah Haji tersebut telah ditunaikan. Sijil Badal Haji dan Umrah akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftarkan nama dengan syarikat ini untuk dilaksanakan Upah Haji dan Umrah bagi pihak waris mereka.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang keemasan kepada syarikat kami untuk memberi perkhidmatan kepada pihak tuan/puan. Kami juga berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan setimpal dengan harga yang dibayar oleh para pelanggan yang dihormati.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami.

" Keyakinan Anda Keutamaan Kami "

Pengurus
Raudhah Umrahajj Services



()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___