Sabtu, 27 Juli 2013

[Idaman_Group] 4 Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding

 

 
 
 
 
tanding

4 Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding

    July 27, 2013


    ***Apakah Jawi sudah gentar? Takut dengan kontroversi sikit? Kalau begini, baik fokus tangkap orang boremen kat hotel-hotel murah ajelah. Benda lain jangan ambik tahu. Anna Lim pula begitu bersungguh-sungguh mahu wanita Muslim mahu pertandingan itu… hebat Anna Lim kan! – Mynewshub
     
    PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
    Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
    "Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.
    "Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.
    Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.
    "Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.
    Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.
    Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.
    Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
    Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.M-Star Online
     
     
     
     
     
     
    Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    [Idaman_Group] Luahan pengalaman seorang suami

     

    http://www.queachmad.com, 17 Jul 2013
    KISAH NYATA Yang BENAR | Luahan Pengalaman Seorang Suami | Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti.
    Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.
    Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

    Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.
    Berbekalkan Quran yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.
    Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ''Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,''pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.
    Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
    Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.
    ''Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?''
    Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia 'berpuasa' , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
    ''Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab '' Selamatkan anak saya.. ''. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..''
    Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
    Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
    Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.
    1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.
    ''Suami kepada Zulaikha'' ''Suami kepada Zulaikha'' jerit nurse mencari 'Yusuf' Zulaikha.
    Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..
    ''Ya.. Saya kak. Saya suami dia''
    ''Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?''
    Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
    Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
    ''Perempuan nurse'' kataku tersenyum malu.
    Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
    ''Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?'' tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.
    ''Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..''
    Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.
    Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan ''Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang''.
    P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
    sumber: media siber
     
     
    Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    [Idaman_Group] Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban

     

    Harakahdaily, 27 Jul 2013
    (Tembakan gas pemedih mata sebelum penembak tepat menembak peserta himpunan awal pagi tadi)
     
    MESIR: Himpunan aman besar-besaran "Jumaat Furqan" oleh penyokong Morsi yang berlangsung bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka.

    Menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup tanpa perikemanusian.

    Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.
     
    (Kereta perisai polis menyusuri jalan menyuraikan peserta himpunan)
     
    Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

    Sehingga kini, dilaporkan 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban manakala lebih 300 lagi cedera.

    Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

    Menjelang azan Subuh pagi tadi, suasana di kawasan kubur Anwar Sadat berhampiran Raba'ah masih lagi kelam kabut.

    Peserta saling membantu mengumpulkan jenazah yang terkorban dan pada masa yang sama membawa rakan mereka yang cedera ditembak ke hospital.

    Serangan ini sekali lagi mengingatkan kejadian "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik awal bulan ini yang menyaksikan lebih 50 terkorban diserang ketika sedang menunaikan solat Subuh.
     
    (Perarakan penyokong Morsi selepas solat Jumaat semalam)
     
    Biarpun serangan berdarah ini sememangnya dijangka, namun peserta himpunan menyokong Morsi tetap tidak berganjak, malah makin ramai memenuhi Dataran Raba'ah sehingga ianya tidak mampu lagi menampung kebanjiran orang ramai.

    Himpunan Jumaat Furqan ini juga adalah sebagai tindak balas terhadap seruan pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi yang mahu rakyat turun ke Medan Tahrir bagi menyatakan sokongan kepada perampas kuasa yang didalanginya.

    Al-Sisi mahu menjadikan himpunan di Tahrir semalam sebagai alasan sokongan kepadanya untuk bertindak menggunakan kekerasan terhadap penyokong Morsi yang berhimpun seluruh Mesir khususnya di Kaherah sejak awal bulan lalu
     
     
    Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    [Idaman_Group] Ramadhan : Bila Lailatul Qadar 1434H ?

     


    Ramadhan : Bila Lailatul Qadar 1434H ?




     Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau" - Hadith Sahih Bukhari

    Dari Anas, ia berkata:
    Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua orang muslim yang saling berbantah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda "Saya keluar untuk mengkhabarkan tentang terjadinya Lailatul Qadr. Kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantahan, maka saya terjadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan tersebut berguna untuk anda sekalian. Carilah Lailatul Qadr tersebut pada hari ketujuh, kesembilan dan kelima" (yakni 27, 29, 25 Ramadan). - Hadith Sahih Bukhari

    Dalam banyak kitab-kitab terdapat beberapa jangkaan yang dibuat berhubung tarikh bilanya berlaku Lailatul Qadr. Untuk memudahkan para pembaca, berikut disiarkan gambarajah yang boleh digunakan sebagai panduan. Semoga berguna hendaknya.

    Jangkaan Lailatul Qadr

    Wallahu 'alam.

    -----------------------------------------------------------

    PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

    Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


    PERKARA
    HARGA
    KETERANGAN
    UPAH HAJI
    RM 1400
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI PLUS
    RM 2000
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI EXTRA
    RM 2450
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI UZUR
    RM 1900
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

    Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

    Klik disini Borang Upah Umrah Online

    PERKARA
    HARGA
    KETERANGAN
    Upah Umrah
    RM 300
    1.     Perlaksanaan
    Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
    Upah Umrah Ramadhan
    RM 400
    1.      Perlaksanaan
    Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

    *Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

    Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

    • Sewa khemah wukuf di Arafah
    • Sewa khemah melontar di Mina
    • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
    • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
    • Upah tawaf dan saie' haji
    • Upah tawaf dan saie' umrah
    • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

    Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


    Mohammad Nakhaie
    RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
    No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
    70400 Seremban. Negeri Sembilan
    No. HP   : +6013-212 7799
    Faks      : +606-762 0817
    Website :
    http://raudhah2u.my/
    Weblog  :
    http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
    Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


    ()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
    ( ,'o' )")
    (,,)(")(")

    Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    [Idaman_Group] Pejuang Islam : Kisah Gugur Nya Muallaf Britain Di Perang Bosnia - Abu Dawood Al Brittani

     


    Pejuang Islam : Kisah Gugur Nya Muallaf Britain Di Perang Bosnia - Abu Dawood Al Brittani





    Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.

    Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil,dia didik dengan ajaran Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, dia bekerja pada salah satu syarikat Komputer.

    Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah.

    Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

    Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.

    Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.

    Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegara nya mengajaknya untuk pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap di Bosnia.

    Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.

    Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.

    Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah pimpinan komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya.

    Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.

    Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"

    "Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.

    Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.

    Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".

    Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.

    Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.

    Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan jasadnya tidak boleh diambil.

    Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah

    -----------------------------------------------------------

    PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

    Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


    PERKARA
    HARGA
    KETERANGAN
    UPAH HAJI
    RM 1400
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI PLUS
    RM 2000
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI EXTRA
    RM 2450
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
    UPAH HAJI UZUR
    RM 1900
    1.     Perlaksanaan
    Haji, Umrah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

    Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

    Klik disini Borang Upah Umrah Online

    PERKARA
    HARGA
    KETERANGAN
    Upah Umrah
    RM 300
    1.     Perlaksanaan
    Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
    Upah Umrah Ramadhan
    RM 400
    1.      Perlaksanaan
    Umrah, Tahlil Arwah
    2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
    3.     Hadiah Iringan
    Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

    *Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

    Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

    • Sewa khemah wukuf di Arafah
    • Sewa khemah melontar di Mina
    • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
    • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
    • Upah tawaf dan saie' haji
    • Upah tawaf dan saie' umrah
    • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

    Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

    Mohammad Nakhaie
    RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
    No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
    70400 Seremban. Negeri Sembilan
    No. HP   : +6013-212 7799
    Faks      : +606-762 0817
    Website :
    http://raudhah2u.my/
    Weblog  :
    http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
    Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


    ()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
    ( ,'o' )")
    (,,)(")(")

    Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___

    [Idaman_Group] Rahsia isteri yang setiap suami perlu tahu

     


    Rahsia isteri yang setiap suami perlu tahu



     

    " Cintai isterimu… Apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu."

    " Cintai isterimu… Apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu."

    " Cintai isterimu… Apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu."

    " Cintai isterimu… Apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu."

    " Cintai isterimu... Apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana."


    Mohammad Nakhaie
    RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
    No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
    70400 Seremban. Negeri Sembilan
    No. HP   : +6013-212 7799
    Faks      : +606-762 0817
    Website :
    http://raudhah2u.my/
    Weblog  :
    http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
    Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


    ()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
    ( ,'o' )")
    (,,)(")(")

    Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

    __._,_.___
    Recent Activity:
    .

    __,_._,___