Sabtu, 20 Juli 2013

[Idaman_Group] Majlis Kesyukuran Perkahwinan Naim dan Pasangan

 

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Naim dan Pasangan




Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera,

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." 
(Surah al-Rum, ayat 21) 

Saya, MOHD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN (NAIM) dan NORASYIKIN BINTI MUDA (SHIKIN) dengan rendah diri dan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi serta penuh takzim ingin menjemput saudara-saudari, sahabat handai serta seluruh kenalan ke MAJLIS PERKAHWINAN kami seperti berikut :-

Lokasi Majlis Pengantin Lelaki :

Tarikh   : 12 Ogos 2013 / 5 Syawal 1434
Hari       : Isnin
Waktu   : 11.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : No 85, Kg Kebor Tok Bilal, Manir, 21200 Kuala Trg, Terengganu.


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

* Kepada sahabat handai yg memerlukan kad jemputan diharap dpt PM alamat/ email kepada kami. Kepada yang telah memberi alamat.. Insyaallah, tunggu ketibaannya... (",)

P/S : Kalau tak dapat datang, jangan lupa doakan kelancaran majlis dan juga doakan segala urusan dipermudahkan ya.. dan yang lagi penting, doakan 'MASJID' yang bakal di bina kami nanti menjadi BAITUL MUSLIM yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Amin..

Wassalam
Naim

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Jumat, 19 Juli 2013

Re: [Idaman_Group] Tahniah Pengundi BN: Tarif elektrik mungkin dinaikkan

 

kalu tak silap, mggu lepas, TNB umum keuntungan RM2 billion......
tapi, masih tidak mampu berdri dengn sendri menjadi sebuah entiti swasta monopoly TANPA subsidi dri kerajaan yg sekdar berjmlah RM1.5 million......bukan billion, merely million.
alasan diberi: 
1. IPP contract yg dibayr walaupn TNB tidak perlu kan bekalan kuasa dri IPP.
IPP contract ni berlaku di era Dr MM, kontrak di sign oleh CEO TNB ketika itu, klau tak silap, selepas Tan sri Ani Arope. Dikabarkan juga Tan sri Ani arope ni resign kerana beliau didesak agar sign kontract IPP tersebut walaupn sbg CEO, tn sri tak mau sign becos he knew TNB doesnt need that power from Swasta firm.
but as usual, ugutan diterima "sign or resign",.
that new Ceo yg sign this IPP kontract while earning millions in salaries,bonuses. benefits.
In the end result, TNB  tak berjaya sgt sbg monooply copny selain dari "beban pd rkyt".

kesan daripada pemswastaaan yg sepatutnya " menguntungkn rkyt" tapi dimsia, yg sebaliknya berlaku,

Kalu tak silap, the next step yg akan berlaku: meter yg sedia ada akan ditukar ke digital meter, akan ditukar secara paksa. jka meter ni rosak, kos repair,  tuan rumah tanggung.........




From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 19, 2013 8:15 AM
Subject: [Idaman_Group] Tahniah Pengundi BN: Tarif elektrik mungkin dinaikkan

 
 Leo Moggie
Leo Moggie
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
   
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
   
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
   
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
   
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
   
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
   
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
   
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
   
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
   
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
   
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Re: [Idaman_Group] Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif

 

alfatihah utk adik kecil kita ni...
mybe dia panic dan terus bertindak sedmikian.
tapi, confirm dia ahli syurga...............



From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, July 18, 2013 10:09 AM
Subject: [Idaman_Group] Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif

 

 

2013/07/18 - 06:43:28 AM Oleh Nor Azizah Mokhtar | norazizah@mediaprima. com.my                        
Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif Anggota Bomba dan Penyelamat membuka lif untuk mengeluarkan mayat Khairul Amir (gambar kecil) yang tersepit dalam lif di Blok 8, PPR Desa Tun Abdul Razak, semalam.
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.
Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.        
"Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang.

Badan tersepit, lif tersekat

"Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat," katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Saksi lain, Mohd Saifuddin Salim, 17, berkata beliau dan beberapa rakan cuba menenangkan kanak-kanak terbabit.
Mereka terperangkap lebih 30 minit dalam keadaan sesak sebelum diselamatkan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang dan sepasukan anggota dari balai Bandar Tun Razak sampai di lokasi lima minit kemudian.

"Dengan bantuan petugas penyelenggara lif, kita dapat menurunkan lif berkenaan ke tingkat paling bawah dan mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Mayat mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh lima minit.

"Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] xxx hot clip full xxx

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Re: Peluang Amal Jariah - Updated

 

Wasalam,

Alhamdulillah. Selesai sudah usaha pembesaran Surau Al Hidayah.
Ribuan terimakasih buat semua yg tak putus2 menyumbang.

Dibawah email penutup dari AJK Surau untuk tatapan semua sahabat2.

Shukri
NGO Wargakilang

From: "MohdFaizal.MohdHusin@bench.com" <MohdFaizal.MohdHusin@bench.com>
To:
Sent: Friday, July 19, 2013 12:44 PM
Subject: RE: Peluang Amal Jariah - Updated

Assalamualaikum,
Last update saya berkenaan usaha pembesaran Surau Al Hidayah. Jumlah sumbangan yang terkumpul adalah sebanyak RM 6,413.50. Senarai jumlah sumbangan seperti berikut :
 
Bank
Date
Amount
Accumulated
MBB
30-May
50
50
OTH
31-May
100
150
OTH
4-Jun
800
950
MBB
12-Jun
50
1000
OTH
24-Jun
300
1300
MBB
25-Jun
1000
2300
Cash
30-Jun
1300
3600
MBB
30-Jun
300
3900
MBB
2-Jul
300
4200
MBB
2-Jul
30
4230
MBB
2-Jul
50
4280
MBB
2-Jul
150
4430
MBB
2-Jul
200
4630
MBB
5-Jul
100
4730
Cash
3-Jul
1000
5730
OTH
4-Jul
10
5740
OTH
5-Jul
50
5790
MBB
8-Jul
500
6290
OTH
10-Jul
50
6340
MBB
14-Jul
50
6390
Cash
17-Jul
23.5
6413.5
 
Bagaimana sumbangan anda telah dibelanjakan :
 
 
Detailed Expenses
Quantity
Unit Price
Total
Accumulated
1
Panasonic 16 inch Wall Fan
3
160
480
480
2
KDK 16 inch Wall Fan
2
155
310
790
3
Panasonic 3 Blade Ceiling Fan
2
118
236
1026
4
30 X 30 cm Floor Tile (Dark - Saf)
125
1.2
150
1176
5
30 X 30 cm Floor Tile (Light - Sujud)
375
1.7
637.5
1813.5
6
Wiring, 2 DB, 9 lamp, 2 AC point, 6 plug point
1
1300
1300
3113.5
7
Carpet (Muslimin Main + Muslimat)
1+1
3000
3000
6113.5
9
Cash Passed to Pengerusi Surau
1
300
300
6413.5
 
Hasil sumbangan anda, kini terdapat sekitar 100 – 150 jemaah menunaikan solat Isyak & tarawikh dengan selesa setipa malam. Ruang solat utama muslimin dan muslimat telah ada carpet serta ruang tambahan muslimin telah siap dengan tiles.
 
Saya bagi pihak Pengerusi serta seluruh J/k ingin mengucapkan Jazakallah di atas sumbangan saudara saudari sekalian dan berharap semoga semua usaha ini akan diterima dan diberkatiNya. Akhir kata, Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan dan semoga ini merupakan Ramadhan kita yang terbaik.
 
Dengan ini juga, tabung sumbangan melalui akaun Maybank saya juga akan ditutup.
 
Wassalam.
 
From: MohdHusin, MohdFaizal
Sent: Friday, 28 June, 2013 4:41 PM
Subject: RE: Peluang Amal Jariah - Updated
 
Assalamualaikum sahabat,
Sekadar update selepas sebulan proses pembesaran surau Al Hidayah. Macam gambar attached, struktur ruang tambahan muslimin dan muslimat hampir siap dibina dan dilengkapi kemudahan yang asas dan sedikit sebanyak datang dari usaha murni sahabat semua. Setakat hari ini, sejumlah RM 3,300 telah dikutip daripada sahabat sekalian dan berikut adalah belanjawan daripada kutipan tersebut :
 
 
Detailed Expenses
Quantity
Unit Price
Total
Accumulated
1
Panasonic 16 inch Wall Fan
3
160
480
480
2
KDK 16 inch Wall Fan
2
155
310
790
3
Panasonic 3 Blade Ceiling Fan
2
118
236
1026
5
30 X 30 cm Floor Tile (Dark - Saf)
125
1.2
150
1176
6
30 X 30 cm Floor Tile (Light - Sujud)
375
1.7
637.5
1813.5
4
Wiring – 7 Fan, 2 DB, 9 lamp, 2 AC point, 6 plug point
1
1300
1300
3113.5
 
Baki di tangan RM 187.
 
Untuk makluman semua, yang masih tertangguh adalah pemasangan karpet untuk ruangan solat muslimat yang diangarkan berjumlah sekitar RM 2,000. Usaha mencari dana masih lagi diteruskan dan sekiranya sahabat semua ingin menderma lagi, jangan malu jangan segan, boleh masukkan dalam akauan dibawah dan saya akan hulurkan kepada JKK surau.
 
Saya bagi pihak JKK surau ingin mengucapkan Jazakallah di atas sumbangan sahabat semua. Moga usaha anda semua diterima dan diberkati Allah.
 
wassalam
Faizal
 
From: MohdHusin, MohdFaizal
Sent: Monday, 27 May, 2013 5:49 PM
Subject: Peluang Amal Jariah
 
Assalamualaikum sahabat semua,
 
Nak memanjangkan peluang untuk sahabat semua menginfakkan sebahagian daripada harta untuk tujuan kebajikan! Surau Al Hidayah Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam, yang saya menjadi salah seorang ahli qariahnya kini dalam proses pembesaran bagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. Untuk makluman semua, surau ini kini mampu menampung maximum 3 saf (dlm 13 jemaah / saf) tetapi jemaah muslimat terpaksa menunaikan solat di luar bangunan sedia ada. Ini kerap kali berlaku memandangkan surau ini mempunyai jadual kuliah yang hampir penuh setiap hari kecuali hari Ahad.
 
Jawatankuasa surau  sudah memulakan inisiatif menambah ruangan solat bagi menampung jemaah dan sebagai persediaan menyambut Ramadhan yang mana dijangkakan semakin ramai jemaah akan bersolat tarawikh. Dana terkumpul setakat minggu sudah adalah sebanyak RM 8,340 dan daripada jumlah ini, sebanyak RM 5,223 telah dibelanjakan. Progress pembinaan bangunan tersebut adalah seperti yang di dalam gambar-gambar kat atas dan masih banyak yang perlu diselesaikan.
 
Mana-mana sahabat yang ingin turut serta dalam menanam saham akhirat ini amat dialu-alukan. Anda boleh menghulurkan sumbangan anda terus kepada saya melalui akaun Maybank 557036400248 Mohd Faizal Mohd Husin. Tak perlu memaklumkan jumlah sumbangan kerana akaun ini dah dikosongkan bagi tujuan menerima sumbangan anda. Ia akan dibuka sebaik sahaja anda menerima email ini dan ditutup pada 15 June 2013. Saya akan memaklumkan jumlah kutipan yang diterima serta progress pembinaan bangunan tambahan tersebut. Sebarang jumlah diterima dan harap dapat hubungi saya jika anda ingin menyumbang dari segi barangan atau tenaga. Sessi gotong royong juga di adakan setiap Ahad pagi untuk sama-sama mempercepatkan pembinaan bangunan ini.  Segala bentuk sumbangan diucapkan Jazakallah Khairan Kathira.
 
Email ini hanyalah untuk kenalan/sahabat yang rapat sahaja dan tak bermaksud untuk diperpanjangkan; takut ada yang tak selesa dengan usaha ini. Andai anda juga merasakan tidak selsa atau terganggu, pls help to delete.
 
Wassalam.
Faizal
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___