Jumat, 16 November 2012

[Idaman_Group] Dengan UMNO, kalau nak berniaga durian pun tak boleh

 

Oleh Aspan Alias.Inline image 1

Semalam saya terbaca tulisan sahabat saya, MSO di dalam blog beliau dalam mana beliau telah menceritakan kepada umum tentang pertemuan seorang pegawai tinggi PDRM dengan Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini. Pegawai tersebut diiringi oleh bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah yang saya kenali sejak bersama di kampus dahulu.

Jika benar kunjungan dan perjumpaan ini ada kena mengena dengan perpaduan Melayu (UMNO dengan PAS) ia merupakan satu usaha yang agak terlambat kerana kebanyakan orang Melayu memangnya mahu perpaduan itu, tetapi perpaduan itu mestilah di luar UMNO. Melayu telah begitu lama berpadu di bawah UMNO tetapi apa yang kita alami sekarang ini menunjukkan yang UMNO bukanlah wadah yang relevan buat masa ini untuk menyatukan orang Melayu.

Bagaimana UMNO mampu untuk menyatukan orang Melayu sedangkan orang Melayu sendiri sedang keluar beramai-ramai dari UMNO. Jika tidak keluar secara rasmi mereka akan keluar melalui sokongan mereka terhadap PR di dalam peti undi semasa pilihanraya nanti. Bagaimana mungkin PAS boleh berbincang dengan UMNO sedangkan tindakan itu akan melemahkan PAS itu sendiri. Tidak ada rasionalnya PAS untuk memikul 'baggage' UMNO yang terlalu 'excessive', besar dan berat itu.

Jika benar tujuan pegawai-pegawai itu berjumpa TGNA untuk mengusahakan perpaduan Melayu, UMNO sepatutnya menjadi pengikut dan bukannya memberikan syarat-syarat semata-mata untuk memberikan parti yang hampir lumpuh itu nyawa untuk berkuasa lagi. Bagaimana parti yang bertanggungjawab terhadap perpecahan Melayu ini menjadi pemain utama untuk penyatuan ini kerana ia akan hanya memberikan masalah besar bagi pencapaian matlamat itu.

Bagi saya jika PAS tunduk dengan permainan UMNO itu, rakyat akan kecewa kerana rakyat sudah tidak lagi berkeyakinan dengan parti itu. Rakyat yang ramai sedang berusaha untuk merehatkan parti itu buat sementara waktu atau selama-lamanya, bergantung kepada tingkah dan lakunya di hadapan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

Apa yang penting sekarang ialah matlamat PR itu sendiri yang bercita-cita kuat untuk mencapai perpaduan kaum yang sedang terjalin dengan kuatnya dalam Pakatan Rakyat sekarang. UMNO yang begitu hipokrit tidak mampu untuk mencapai matlamat yang 'ultimate' iaitu perpaduan di antara kaum yang berbilang kaum sekarang ini. UMNO bercakap tentang perpaduan kaum di hadapan rakyat tetapi dalam praktisnya penyokong-penyokongnya masih memainkan isu perkauman yang menebal di peringkat bawahan. UMNO tidak mampu untuk mendisplinkan ahli-ahli dan penyokongnya sedang perpaduan itu amat penting berlaku di peringkat akar umbi.

UMNO mahu kekal berkuasa dengan tipu helah yang keterlaluan tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan sokongan dengan manampilkan sikap dan teladan yang baik kepada rakyat. UMNO tertunduk-tunduk dengan MCA yang chauvinis perkauman itu dengan membiarkan Islam dan undang-undang hududnya secara terbuka dan rasmi. UMNO tidak termampu lagi untuk memimpin parti-parti dalam BN itu sendiri. Jadi bagaimana ianya boleh berkemampuan untuk memimpin rakyat dengan baik dan telus? UMNO seperti orang yang hilang akal yang mundar-mandir di jalanan kerana tidak berkesanggupan untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang seperti orang yang fasik yang tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana satu tangan untuk makan dan yang mana untuk digunakan untuk beristinjak. UMNO tidak lagi mempunyai roh perjuangan kerana terpengaruh dengan bisikan khatir atau iblis, yang sentiasa mahu parti itu sesat-barat dalam perjuangan memimpin rakyat dan negara.

UMNO terlalu banyak perkara yang hendak ditutupinya. Tetapi bak kata perpatah, bagaimana 'UMNO hendak menutupi bangkai gajah dengan nyiru'? Rakyat tidak lagi mengambil hirau tentang UMNO sekarang ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak menghiraukan 'dignity' parti itu. Justeru, bagaimana rakyat hendak meneruskan sokongan terhadap parti yang tidak lagi mempunyai harga diri itu? Bagaimana PAS yang merupakan parti politik yang masih mempunyai 'attribute' boleh berjuang dengan UMNO yang rakyat mereka sudah memahaminya sebagai parti taukeh-taukeh dari pucuk pimpinan sampailah ke bawah-bawah ini?

Sikap dan sifat UMNO sebagai parti rasuah itu memang membuatkan rakyat naik mual dengannya. Tugas pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa hanyalah untuk mengambil wang rakyat dalam perbendaharaan dengan sistem rasuah yang halus. Mereka bukan setakat mencuri apa yang ada di dalam perbendaharan kita tetapi mereka juga sedang berusaha untuk mencuri wang yang ada di dalam poket rakyat sekarang ini.

Perlaksanaan AES yang baru dilaksanakan sekarang ini merupakan satu tindakan yang tidak berhati perut. Sebenarnya rakyat tidak membantah jika saman-saman itu dimasukkan seratus peratus ke dalam perbendaharaan negara tetapi sebahagian besar dari kutipan saman itu masuk ke dalam poket kroni-kroni UMNO yang tamak haloba itu. Bagaimana saman terhadap kesalahan lalulintas itu diambil oleh syarikat kroni kerajaan dan pimpinan kita?

Kerja seperti ini adalah kerja yang dianggap gila kerana terlalu jelas ada pihak di kalangan yang hampir dengan pemimpin kita sedang menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan yang tidak ada tolok banding jumlahnya. Ini merupakan satu bukti yang amat jelas yang UMNO merupakan parti yang menghimpit rakyat dengan tekanan ke atas semua rakyat yang berkenderaan.

Kita tidak membantah untuk memperbaiki sikap dan kelakuan pemandu-pemandu kita tetapi jika mereka (pemandu-pemandu) bersalah tidak ada di antara mereka membantah jika saman terhadap mereka itu dibayar sepenuhnya kepada perbendahaaran kerajaan. Sekarang rakyat sedang begitu berang dengan kerajaan dalam masa inilah pula, ada wakil-wakil UMNO yang ingin berbaik dan mengusahakan perpaduan Melayu bersama PAS.

Bagaimana kita hendak berbaik-baik dengan manusia yang 'cepat tangan' itu. Rakyat sudah letih membina pagar-pagar duri agar pencuri-pencuri tidak akan dapat mendekati perbendaharaan kita. Jika mereka masih ada bersama maka usaha membina pagar untuk menyelamatkan perbendaharaan kita dari didekati oleh pencuri dan perompak itu tidak akan sampai ke matlamatnya.

Rakyat akan terus disamun dan dicuri segala harta benda mereka sampai bila-bila. Kata perbilangan, sekali seseorang itu mencuri dia akan tetap menjadi pencuri. Dalam keadaan terdesak sekarang ini, UMNO akan lakukan apa sahaja. Perasaan malu dan silu sudah tidak lagi wujud di kalangan pimpinan UMNO itu.

Walaubagaimana pun kita berharap jika matlamat perjumpaan pegawai tinggi kerajaan berjumpa dengan TGNA itu tidak akan berjaya untuk memerangkap PAS kali ini. Dengan UMNO kita wajar mempunyai sikap, 'suspect everybody and trust nobody'.

Bak kata sahabat saya dari Terengganu, "dengan UMNO ini kita tidak boleh berurusan lagi. Nak berniaga durian pun tidak boleh dengan mana-mana pemimpin UMNO ni. Kita akan kena tipu!"

4 comments:

Anonymous said...

Setelah diadakan pertemuan beberapa mata dan berbincang panjang lebar.. Tok Guru Nik Aziz berkata.. 'bubarkan saja UMNO-BN dan ikutlah kami dan berjuang demi Islam! mereka pun tarik muka dan blah begitu sahaja. hahahaha

Anonymous said...

Padan muka, 2 ekor ni, khasnya yang saekor bekas UiTM tu. Dia ni tak tahu nak bezakan antara majlis ilmu dan majlis politik (UMNO). Cakap Melayu macam mamak Restoran dari India, mana datang Melayunya.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Dua perkara yang amat mencurigakan saya

a) SIBUK kini khutbah solat Jumaat dan ceramah2 berkata tentang SYIAH. Tapi tadi, khutbah solat Jumaat sudah dicampurkan dengan istilah tambahan; pluralisme, pergaulan sex bebas, lesbianism, Gay, Sex songsang.

b) saya masih teringat xKPN musa buat statement akan berlaku DUA letupan di Batu Caves dan sebuah kuil di Penang angkara kumpulan fanatik agama.

Maka kita semua umat Islam dan Rakyat Malaysia wajib melihat dengan penuh sangsi mainan politik serba halal mereka ini.

Telahan saya mudah, sememangnya mereka akan menipu dan menang dalam PRU 13 ini. Bila rakyat bersuara dengan bangkit berdemo, mereka akan gerakkan dakyah mereka yang mengaitkan kebangkitan rakyat dengan kacau bilau yang mereka nampaknya sedang rancak mencipta puncanya!

Berhati2lah rakyat semua. Mereka akan letak punca kesalahan di kepala PR!!

sekian,

Gheng lama

p/s - dan jangan lupa latihan bersama PDRM-ATM beberapa bulan lalu sudah berlaku juga.

Anonymous said...

The ordinary people would like to distant themselves from the BN...they feel 'dirty' associating or identified with them.

Ordinary people want a new start to liberate themselves......NO ONE or political parties should betray and deny them this long overdue liberation and freedom to live ordinary lives.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Paradoks perkauman di mamak

 

Zulhabri Supian suka berjalan dan bercita-cita untuk menghayati semangat anak muda walau nanti akan tua secara biologi. Zulhabri juga aktif di Komuniti Frinjan (http://frinjan.blogspot.com), Alternative Tourism (http://www.facebook.com/altourism.asia) dan menulis di blog (http://habri.blogspot.com).


Hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekeliling yang membentuk wilayah Lembah Klang pasti tidak akan terlepas dari pemandangan restoran India Muslim (lebih dikenali sebagai mamak) yang bertebaran. Di mana pusat perniagaan dibina, di situ jua mamak akan wujud untuk menyediakan ruang makan, minum dan melepak hingga puas. 

Makanan mamak yang sinonim dengan Pulau Pinang kini berevolusi menjadi institusi di luar daerah kelahiran yang memasyhurkannya. Mamak yang keluar dari kepompong beradaptasi dengan lingkungan barunya dengan menambahkan menu-menu yang bukan tradisi seperti hidangan tom yam dan sebagainya. Saya masih ingat sewaktu masih bersekolah (sekitar 90an) mamak sangat jarang dijumpai dan jika ada imejnya dikaitkan dengan kekotoran.

Entah bagaimana perlahan-lahan mamak berubah menjadi bersih walau masih banyak yang kotor dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan dengan kemudahan-kemudahan seperti internet percuma, televisyen yang banyak dan bermacam lagi. Layanan pantas dan kerusi meja yang tersedia banyak semakin mendorong masyarakat berbilang bangsa melepakkan diri meski kadangkala rasa makanannya di bawah standar.

Satu hal pasti budaya mamak yang telah menjadi budaya nasional ini menjadi alternatif paling sesuai dengan kebudayaan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam. Melepak hingga larut pagi yang sering diidentifikasikan dengan minum arak, berpesta dan sebagainya di negara lain diberi makna yang berbeza di sini.

Beralih dari sisi positifnya, restoran mamak menyerlahkan sisi negatif masyarakat kita yang terpecah belah mengikut bangsa dan juga bahasa percakapan. Meskipun kemajmukan Malaysia dapat dilihat di mamak, namun sangat menyedihkan tiada interaksi bermakna di kalangan bangsa yang berbeza. Jika di satu meja terdiri dari pelbagai bangsa, seringkali pandangan-pandangan yang terlihat hairan akan kelihatan.

Paradoks "kemajmukan" di mamak yang sangat menghiris adalah kebiasaan untuk mengutuk bangsa lain walaupun jarak meja di antara satu sama lain tidak terlalu jauh. Perkauman di meja makan yang sering dipraktikkan di rumah keluarga dipindahkan ke meja makan mamak. Restoran mamak berubah menjadi wahana penyebaran kebencian dan prejudis ala Malaysia iaitu secara aman tanpa pergaduhan dan pertumpahan darah.

Namun begitu, kita tidak boleh memaksakan bangsa-bangsa yang berbeza untuk duduk semeja semata-mata ingin dilihat 1 Malaysia. Mungkin mereka yang memilih untuk berada di dalam kepompong ada alasan tersendiri seperti keselesaan berada dengan rakan sebangsa atau berbicara dalam bahasa yang dimengerti. Mungkin juga keadaan ini diakibatkan oleh dasar perkauman yang diterapkan kerajaan yang pro-Melayu Bumiputera dan kemudian diikuti oleh sektor swasta yang umumnya pro-Cina.

Kembali ke positifnya, restoran mamak turut menjadi medan melawan apa yang negatif tadi. Sejak reformasi tercetus pada bulan September 1998, boleh dikatakan perlawanan terhadap penindasan dan ketidakadilan seperti praktik perkauman dimulai di mamak. Mamak adalah medan bertempur idea sebelum bertempur dengan sang penguasa dan sang perkauman.

Perlahan-lahan pasca-2008 dan pasca-Bersih 2.0 mamak berubah menjadi medan penyatu masyarakat berbilang bangsa untuk bangkit melawan meski masih jauh dari kemenangan dalam erti kata menumbangkan rejim perkauman Umno dan Barisan Nasional. 

Tetapi harus diperingat, andai rejim Umno BN berjaya ditumpaskan perlawanan melawan perkauman tidak akan perlahan melainkan harus lebih intensif. Perkauman bukan saja mendarah daging di dalam Umno BN tetapi juga Pakatan Rakyat dan rakyat seluruhnya. Bahkan boleh dikatakan prejudis dan kebencian adalah prasyarat menjadi warga Malaysia.

Tumbangnya Umno BN adalah langkah awal pembersihan elemen perkauman di sektor awam dan tugas seterusnya adalah pembersihan elemen perkauman di bidang ekonomi dan sektor swasta yang turut mendarah daging tetapi didiamkan dari dibicarakan tanpa diketahui alasannya. 

Membasmi perkauman akan mengambil masa, cepat atau lama bergantung kepada sejauh mana kita mengakui dan berusaha melawannya. Pada masa sama jangan pula menindas dan memandang hina pelayan-pelayan di restoran mamak kerana tanpa mereka yang sehari-hari dieksploitasi tenaganya, mamak seperti konsep yang ada sekarang tidak akan wujud.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Senator Australia lapor polis atas berita 'keji'

 


  • Ahmad Fadli KC
  • 2:22PM Nov 16 2012
 
Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas penyiaran berita palsu mengenainya yang disifatkan sebagai "keji lagi menjijikkan".

Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.

Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.

NONEUtusan dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di sebalik agama.

New Straits Times  pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).

Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.

"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.

"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.

NONE"Saya langsung tidak tergamak mengulangi berita (palsu) itu di sini kerana ia sangat mendukacitakan," katanya kepada pemberita di luar balai polis Travers pagi tadi.

New Straits Times  memohon maaf kepada Xenophon pada 4 Mei dan menurunkan berita itu dari laman dalam talian mereka.

Bagaimanapun, Utusan yang terlebih dahulu menerbitkan berita itu daripada New Straits Times  hanya berbuat demikian pada 12 Mei - 12 hari selepas berita itu tersiar.

"Saya terima hakikat bahawa permohonan maaf dibuat tetapi perkara ini melangkaui permohonan maaf berkenaan.

"Kadang-kala permohonan maaf tidak cukup dan ia tidak menafikan hak saya untuk meneruskan perkara ini.

NONE"Perkara yang disebutkan tentang saya sangat keji dan menjijikkan dan jika ia melanggar Kanun Acara Jenayah Malaysia, maka tindakan perlu diambil.

"Saya mahu nama saya dibersihkan sepenuhnya," kata Xenophon tegas.

Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Xenophone berkata pihaknya akan membuat susulan laporan dalam masa 14 hari daripada hari ini.

"Berdasarkan undang-undang polis dikehendaki memberi maklum balas bertulis tentang sebarang laporan dalam masa 14 hari.

"Jika tiada tindakan, kita akan menulis kepada Peguam Negara," katanya.

Beliau juga menggesa agar laporan itu tidak dipolitikkan mana-mana pihak demi menjaga hubungan baik kerajaan Australia dan Malaysia.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Effects of Hurricane Sandy

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Puas jadi lelaki try jadi perempuan pula

 



47-year-old soldier, Russell Jackson, who served in the Royal Regiment, decided to radically change your life ...
He agreed to a complicated surgical sex change in order to fulfill his childhood dream of becoming a woman.



According to a former soldier who served in the army for 25 years, my entire adult life, he was not satisfied with his male sex, and always wanted to be a girl, he tried to fight her for the sake of nature and joined the army at age 16.



- Two decades later, I realized that sovresh big mistake, and decided to leave the base to be finally be who felt inside - said Jackson. - In 2011, doctors from a clinic in the county of Lancashire has spent the last sex-change operation. I paid $ 6300 for breast implants. Long before that, I took a special hormone pills to alter their bodies.



After surgery, Jenin Jackson said she is much happier. In the future, she hopes to start a family, and perhaps even become a mother.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] "Man-tiger" suicide

 

U.S. resident Dennis Avner, known by the nickname "Crouching Cat" - one of the most famous men, whose appearance has undergone extreme change, died Nov. 5 at age 54.



Police still can not name the significant causes of death, but the investigation tends to the version of suicide.
Veteran of the U.S. Navy is better known to the world as "the man-tiger." A man exposed himself to her looks and serious modification for conformity to the ideal - the tiger, which he believed their totem and protector.
His friend Shannon Larrat blogged a possible cause of death cat.
- Dennis tried to take the spiritual essence of the animal world and this changed in appearance. But he wanted to be not only male but also female tiger to a better understanding of the possible manifestations of his totem - said Shannon. - An amazing and versatile man, he was for himself as a problem, and salvation, and committed suicide at the age of 54 years.
Thanks obsession to be like tiger man got into the Guinness Book of Records. In order to approach his ideal, he worked with one of the masters bodimodifikatsii Steve Hevortom.



Because of his goal Avner redid the upper lip of a cat fashion, surgically corrected ears, put implants in the cheeks and forehead, remade teeth fangs, body covered with tattoos and piercings. Dennis wore the lenses with animal pupils and artificial tail.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Sorang polis ni umpama 10 polis.

 
__,_._,___

[Idaman_Group] innalillahiwainnailaihirojiun

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Kucing' pak arab

 
__,_._,___