Rabu, 12 Februari 2014

[Idaman_Group] Pakej Haji 2014M / 1435H

 

 

Pakej Haji 2014M / 1435H



IBADAH haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s. Ia mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud:
(Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadaht haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).

Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

TARIKH PENERBANGAN HAJI

Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 15 Muharram.

Maklumat Penerbangan Jemaah Haji Musim Tahun Semasa

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Lokasi Penerbangan

Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga (mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada.

Surat Jadual Penerbangan (SJP)

Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan (SJP) akan di hantar oleh TH, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH, surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh pihak penganjur.

Jadual penerbangan haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan surat jadual penerbangan (SJP) dan pengesahan kereta haji. Lazimnya SJP akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya 15 Syawal. Stesen-stesen perlepasan adalah seperti berikut:

BIL
 STESEN-STESEN PERLEPASAN
1.
 Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
2.
 Kompleks Haji & TH Hotel Penang
3.
 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
4.
 TH Hotel Kota Kinabalu
5.
 Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
6.
 TH Hotel & Convention Centre Terengganu
7.
 TH Hotel & Convention Centre Alor Setar


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran