Jumat, 19 Juli 2013

Re: [Idaman_Group] Tahniah Pengundi BN: Tarif elektrik mungkin dinaikkan

 

kalu tak silap, mggu lepas, TNB umum keuntungan RM2 billion......
tapi, masih tidak mampu berdri dengn sendri menjadi sebuah entiti swasta monopoly TANPA subsidi dri kerajaan yg sekdar berjmlah RM1.5 million......bukan billion, merely million.
alasan diberi: 
1. IPP contract yg dibayr walaupn TNB tidak perlu kan bekalan kuasa dri IPP.
IPP contract ni berlaku di era Dr MM, kontrak di sign oleh CEO TNB ketika itu, klau tak silap, selepas Tan sri Ani Arope. Dikabarkan juga Tan sri Ani arope ni resign kerana beliau didesak agar sign kontract IPP tersebut walaupn sbg CEO, tn sri tak mau sign becos he knew TNB doesnt need that power from Swasta firm.
but as usual, ugutan diterima "sign or resign",.
that new Ceo yg sign this IPP kontract while earning millions in salaries,bonuses. benefits.
In the end result, TNB  tak berjaya sgt sbg monooply copny selain dari "beban pd rkyt".

kesan daripada pemswastaaan yg sepatutnya " menguntungkn rkyt" tapi dimsia, yg sebaliknya berlaku,

Kalu tak silap, the next step yg akan berlaku: meter yg sedia ada akan ditukar ke digital meter, akan ditukar secara paksa. jka meter ni rosak, kos repair,  tuan rumah tanggung.........




From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 19, 2013 8:15 AM
Subject: [Idaman_Group] Tahniah Pengundi BN: Tarif elektrik mungkin dinaikkan

 
 Leo Moggie
Leo Moggie
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
   
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
   
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
   
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
   
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
   
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
   
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
   
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
   
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
   
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
   
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran