Selasa, 05 Maret 2013

[Idaman_Group] ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan pantai timur Sabah

 

 

ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan pantai timur Sabah



KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri... PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.

Abdul Latif berkata, rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Sementara itu, di LAHAD DATU, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan penambahan kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga keamanan di pantai timur negeri ini.

"Kami akan berkolaborasi dengan polis bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya pada sidang akhbar di situ yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Tinjauan BERNAMA di kawasan FELDA Sahabat 17 di Lahad Datu mendapati pihak berkuasa keselamatan menempatkan unit kereta perisai di kawasan itu. - BERNAMA

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran