Padah lari lepas kahwin
Kahwin? Boleh dikatakan semua wanita ingin berkahwin. Malah mereka sanggup melalui pelbagai rintangan untuk bergelar isteri.
Tahukah anda apa maknanya perkahwinan? Bersediakah anda menjalani hidup sebagai isteri, ibu dan menantu? Walaupun ramai yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi ada yang berjaya mencapai impian itu dan ada pula yang sebaliknya.
Bagi yang berjaya melangkah ke gerbang perkahwinan pula, bukan semuanya berakhir dengan cerita bahagia. Kalau dilihat kepada senario hari ini banyak berlaku kes lelaki atau wanita meninggalkan isteri atau suami yang baru dikahwininya. Ada kes di mana, pada hari pertama lagi suami atau isteri telah lari meninggalkan pasangan masing-masing.
Namun, mereka yang terlibat dalam kes-kes seperti ini perlu ingat bahawa ada risiko yang perlu ditanggung apabila pasangan bertindak lari seperti itu.
Ini dinamakan kemungkiran janji berkahwin. Kemungkiran ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit, malah meninggalkan kesan negatif kepada pihak yang terlibat serta keluarganya.
Fokus kita kali ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan terutamanya kepada wanita mengenai hak-hak sebenar dalam kes kemungkiran janji berkahwin.
Juga untuk memberi kesedaran bahawa lari dari perkahwinan sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah terutama apabila pihak yang terjejas nekad mahu menutup malu mereka dengan mengambil tindakan undang-undang.
Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu kontrak yang tersendiri. Di sebalik ikatan murni ini, ia sebenarnya merupakan kontrak persetujuan atau perjanjian yang mengikat pasangan suami isteri.
Ini termaktub melalui firman Allah dalam Surah An-nisa ayat 21: "Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat."
Dalam perkahwinan ada akad dan akad itu adalah kontrak antara suami dan isteri kerana di dalamnya ada tawaran iaitu ijab dan penerimaan iaitu kabul. Selain itu, sesuatu perkahwinan itu juga disertai dengan syarat-syarat perjanjian lain.
Dari sudut undang-undang, perjanjian antara suami dan isteri dikenali sebagai takliq. Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan di mahkamah kerana mengikat pihak-pihak yang terlibat.
Maknanya, pihak-pihak dalam perjanjian ini berhak menuntut dan boleh dituntut jika dapat dibuktikan bertanggungjawab membatalkan perkahwinan tanpa sebab yang munasabah.
Oleh itu, wanita terutamanya jangan main-main dalam soal perkahwinan. Jangan bertindak lari sesuka hati. Apabila akad sudah diangkat maka mereka sudah terikat dan tidak boleh lari begitu sahaja kerana boleh berhadapan dengan pelbagai tindakan undang-undang.
Orang Islam di Malaysia boleh menuntut ganti rugi mungkir janji perkahwinan atau pembatalan perkahwinannya di Mahkamah Sivil kerana Common Law (undang-undang Inggeris) mengiktiraf perkahwinan sebagai satu kontrak.
Ganti rugi juga boleh dikira berdasarkan adat resam masyarakat, keadaan sosial serta kebiasaan di Malaysia jika berlaku kemungkiran kontrak untuk berkahwin (breach of contract of marriage).
Dalam undang-undang sivil, peruntukannya jelas daripada aspek keperluan perjanjian untuk berkahwin yang sah, hak-hak wanita dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin termasuk alasan yang boleh dikemukakan oleh pihak yang memungkiri janji.
Ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah mengambil kira segala perbelanjaan dan persediaan yang telah dilakukan bagi majlis perkahwinan tersebut.
Malah, pihak yang mungkir janji juga bertanggungjawab memulangkan semula segala hadiah atau pemberian pertunangan dan perkahwinan yang diterima, sekiranya ada.
Jika barang tersebut sudah tiada atau lupus seperti makanan atau barang peribadi yang telah digunakan, maka ia perlu ditaksirkan dan dibayar berdasarkan nilaian wang sebagai ganti rugi.
Hakim Ajaib Singh dalam kes Rodriques lawan Bala Krishnan (1982) telah memutuskan bahawa Akta Kontrak 1950 meliputi kontrak perkahwinan. Ini bermakna undang-undang sivil menetapkan hak-hak wanita dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin.
Kes ini membuktikan mereka yang mungkir dalam perkahwinan tidak akan terlepas begitu sahaja sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.
Bagi wanita pula, secara umumnya mereka berhak untuk menuntut dua perkara dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin iaitu bayaran ganti rugi dan tuntutan pemilikan hak pemberian atau barangan perkahwinan. Tuntutan ini hendaklah dibuat melalui proses di mahkamah sivil.
Tuntutan pelepasan atau pembatalan kontrak juga boleh dibuat atas alasan terjadinya kekecewaan kontrak.
Kekecewaan kontrak bermakna pihak-pihak yang terbabit dalam sesuatu perkahwinan kecewa kerana perkahwinan itu (kontrak) tidak dapat diteruskan. Mengapa perkahwinan tidak dapat diteruskan? Kalau dalam istilah ilmiah, perkahwinan (kontrak) ini terpaksa dibatalkan kerana perkara utama dalam kontrak tersebut telah musnah ataupun sudah tiada.
Dalam kes kahwin ini, perkara utamanya merujuk kepada 'suami' atau 'isteri' yang sudah tiada kerana telah lari daripada perkahwinan mereka.
Seksyen 57(b) Akta Kontrak 1950 menjelaskan, jika kontrak batal kerana berlaku kematian atau ketidakupayaan mana-mana pihak yang berkontrak misalnya, Aziah dan Badri berkontrak untuk berkahwin. Sebelum hari perkahwinan Badri menjadi gila, kontrak ini menjadi batal kerana Badri menjadi tidak upaya dan ini mengecewakan Aziah dan Badri untuk meneruskan kontrak perkahwinan mereka.
Seksyen 57(1) menegaskan bahawa mana-mana perjanjian untuk melakukan perbuatan yang mustahil adalah batal. Ini bermakna, kekecewaan menjadikan sesuatu kontrak itu sebagai batal dari mula lagi.
Terdapat beberapa kesan yang wujud bila kontrak perkahwinan dibatalkan. Mahar (mas kahwin) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya.
Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Selain itu, dalam Akta Relief Spesifik 1950 juga terdapat peruntukan yang membincangkan mengenai pengembalian faedah yang diterima dari satu kontrak yang dibatalkan, iaitu prinsip atau kaedah restitusi.
Peruntukan ini lebih kepada memberikan budi bicara kepada hakim untuk mengarahkan sama ada sesuatu faedah perlu dipulangkan ataupun tidak demi keadilan.
Mengikut seksyen 37 akta tersebut: "apabila memutuskan penamatan kontrak, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relief itu diberi untuk membuat apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan."
Pengembalian faedah yang diterima dari satu kontrak yang dibatalkan dinamakan prinsip atau kaedah restitusi. Contohnya Zali membayar Amirul RM10,000 dengan syarat Amirul berjanji untuk mengahwini Nina iaitu anak perempuan Zali. Nina meninggal dunia selepas perjanjian tersebut dilakukan. Perjanjian itu adalah batal dan Amirul hendaklah memulangkan RM10,000 kepada Zali.
Jika setiap kita menepati janji yang kita sendiri buat, tidak akan wujud perbalahan dan pertikaian. Berjanji untuk berkahwin dan kemudiannya memungkiri janji itu hanya mengundang masalah yang melibatkan maruah keluarga.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W) |
IBU PEJABAT |
|
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. |
Tel / Fax : 06-762 0817 Hotline : 013-212 7799 Website : www.raudhah2u.my Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com Email : raudhah.umrahajj@gmail.com |
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain |
Pengurus HQ |
H/P : 013-212 7799 |
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA) |
|
A-3-32, Apt Teratai, Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor. |
Abdul Rahim Ghazali |
Pengurus Cawangan |
H/P : 013-212 5577 |
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG) |
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2, Taman Teluk Baiduri, Teluk Wang Kecil, 08000 Sungai Petani, Kedah. |
Pn. Hazriza Binti Harun |
Pengurus Cawangan |
H/P : 019-593 6046 |
|
CAWANGAN JOHOR |
|
No. 10, Felda Redong 1, 85000 Segamat, Johor. |
Pn. Aisha Binti Rahmat |
Pengurus Cawangan |
H/P : 012-740 6045 |
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran