Dedikasi TDM
MELIHAT Demonstrasi Keupayaan bersempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-81 baru-baru ini mampu menimbulkan perasaan bangga dan teruja melihat kesegakan dan kekemasan perbarisan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).
Port Dickson yang mendapat status Bandar Tentera Darat menjadi saksi peristiwa bersejarah itu. 81 tahun yang lalu di tempat keramat inilah 25 orang anak muda Melayu dengan semangat yang membara telah menyahut seruan ibu pertiwi mempertahankan kedaulatan bumi bertuah ini. Di sinilah lahirnya sejarah kelahiran Briged Pertama Tentera Darat pada 1 Mac 1933.
Sepanjang tempoh ini, Tentera Darat telah mencurahkan bakti dalam pelbagai misi dan gerakan bagi mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan maruah negara. Daripada Perang Dunia Kedua, konfrontasi, darurat, ancaman anasir komunis mahupun pencerobohan di Lahad Datu telah mendewasakan Tentera Darat.
Nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini tidak datang bergolek. Semuanya dibina oleh pengorbanan yang tidak terhitung nilainya. Banyak roh bercerai jasad gugur sebagai bunga bangsa, isteri pula menjadi balu dan anak menjadi yatim piatu. Tidak kurang juga yang cedera kekal hilang upaya. Mereka ini gadaikan jiwa raga demi maruah, demi negara.
Kesungguhan mereka mempertahankan negara serta mengorbankan jiwa dan raga dapat dilihat semasa sesi Demonstrasi Keupayaan, tanpa sebarang perasaan takut dan gentar serta penuh kesungguhan. Melihat gabungan dua pasukan elit, 21 Grup Gerak Khas (GGK) dan 10 Briged Para ketika demonstrasi Amphibious Landing Force amat mendebarkan.
Terpegun apabila menyaksikan suasana seakan-akan di medan peperangan sebenar. Jika apa yang ditonton pengunjung sudah terasa risikonya, inikan pula ketika suasana medan pertempuran.
Letupan demi letupan yang kedengaran membuatkan jantung pengunjung berdebar sepanjang berlangsungnya Demonstrasi Keupayaan yang membuatkan pengunjung menyedari betapa tingginya risiko yang perlu digalas oleh anggota Tentera Darat.
Demonstrasi Keupayaan TDM yang berlangsung selama sejam itu melibatkan seramai 57 pegawai dan 599 anggota lain-lain pangkat TDM. Ia turut dibantu oleh anggota dan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Negara ini dibina oleh keringat dan darah perwira dan pahlawan Tentera Darat. Sebagai pewaris, anggota Tentera Darat kini memikul tanggungjawab menentukan negara terus berdaulat. Mereka telah menzahirkan sumpah dan lafaz keramat untuk memelihara, menjaga dan mempertahankan negara ini dengan darah dan mempertarungkan jiwa raga. Inilah sumpah dan ikrar Tentera Darat.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W) |
IBU PEJABAT |
|
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. |
Tel / Fax : 06-762 0817 Hotline : 013-212 7799 Website : www.raudhah2u.my Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com Email : raudhah.umrahajj@gmail.com |
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain |
Pengurus HQ |
H/P : 013-212 7799 |
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA) |
|
A-3-32, Apt Teratai, Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor. |
Abdul Rahim Ghazali |
Pengurus Cawangan |
H/P : 013-212 5577 |
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG) |
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2, Taman Teluk Baiduri, Teluk Wang Kecil, 08000 Sungai Petani, Kedah. |
Pn. Hazriza Binti Harun |
Pengurus Cawangan |
H/P : 019-593 6046 |
|
CAWANGAN JOHOR |
|
No. 10, Felda Redong 1, 85000 Segamat, Johor. |
Pn. Aisha Binti Rahmat |
Pengurus Cawangan |
H/P : 012-740 6045 |
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran