Anak zaman ini lebih pintar
KATA nenek kami budak-budak jangan campur urusan orang tua, biarlah ibu bapa kita nak bergaduh selagi mereka larat, asalkan tak bercerai-berai. Tetapi nenek tak tahu perbuatan mereka bergaduh banyak mengganggu fikiran kami dan membuatkan hidup kami adik beradik tak tenteram.
Sebenarnya isu emak ayah saya bergaduh berlaku sejak saya kecil lagi, tapi saya tak ambil pusing. Bila mak menjerit-jerit dan ayah tengkeng emak, kami masuk bilik saya tarik selimut tidur. Bila tersedar dunia dah aman. Adik pun saya suruh tidur. Tetapi bila kami semakin membesar kami malu pada jiran tetangga terutama kepada kawan-kawan yang bertanya peristiwa yang berlaku dalam rumah semalam. Semua mereka suka ambil tahu, tak ada simpati langsung. Mereka macam 'mulut joyah' suka gosip.
Bila saya meningkat remaja saya jadi lebih malu. Dulu pernah juga lepas bergaduh setahun dua, kami pindah rumah tempat lain. Pernah kami empat kali pindah selama 10 tahun. Tetapi sejak emak beli apartmen dan tak pindah lagi, itu yang membuat saya tambah malu. Mengadu dengan nenek, nenek suruh sabar jangan campur urusan orang tua. Bila tanya emak, tiada jawapan selain menangis.
Dulu memang saya tak faham punca mereka bergaduh. Tetapi setelah dewasa saya mula mengerti mengapa emak suka bertengkar dengan ayah. Boleh saya katakan semuanya berpunca daripada tabiat lama ayah yang suka balik lewat malam. Alasan ayah banyak kerja, kerja lebih masa dan terpaksa habiskan kerja dengan kadar segera oleh pejabatnya.
Emak pula bawa cerita lain. Tak habis-habis tuduh ayah simpan perempuan, ada teman wanita dan macam-macam lagi. Terasa macam budak- budak bila mereka bergaduh. Emak mulanya cakap perlahan, nak bertanya, tapi ayah akan tengking. Bila kena tengking, emak balas. Sama-sama bertegang leher tegakkan kebenaran atau tegakkan benang basah.
Pernah saya tanya emak apakah emak ada bukti ayah ada teman wanita. Sambil menangis emak kata dia tidak tuduh, semuanya benar. Lepas tu emak mulalah bercerita lepas satu satu cerita ayah dengan kekasihnya. Ayah pula kata dia tak terfikir nak kahwin lagi sebab dia tak mampu dan dia tak mahu pikul biawak hidup.
Tanggung
Kata ayah kahwin anak dara banyak demand, kahwin janda pula dia tak mampu nak tanggung anak orang. Jadi dia tak pernah terfikir nak berkahwin lagi. Tentang tuduhan emak dia ada kekasih, ayah kata mereka tu teman pejabat dan teman kawannya.
Bila diri semakin dewasa, saya dapat merasakan memang ayah ada ramai teman wanita, agaknya inilah hobi ayah nombor satu. Kalau di rumah ayah memang baik, tak bertelefon apa lagi menghantar sms. Malah telefon ayah tak berbunyi, kalau berbunyi pun cuma panggilan dari kawannya ajak minum di gerai. Walaupun emak tak suka ayah keluar malam, tetapi ayah tak peduli. Ayah memang nantikan panggilan mereka.
Mungkin inilah antara punca emak tuduh ayah ada teman wanita. Dan kawan ayah jadi tali barut. Kata emak kawan ayah ajar ayah jadi jahat, tapi saya nafikan, kalau dah memang ayah suka keluar malam tak payah diajar.
Sebenarnya saya suka ajak emak berbual, maka keluarlah cerita tentang perangai buruk ayah sejak muda lagi. Memang ayah kata dia tak minat kahwin lagi, tetapi siapa tahu satu hari nanti ayah diuji jumpa dengan wanita yang ayah tak boleh lepaskan diri, dan terpaksa kahwin. Emak memang tak mahu bermadu, tapi tak sanggup bercerai.
Pengakuan emak buat saya tambah pening, emak tak sanggup bercerai sebab sayangkan ayah. Tetapi apa akan jadi jika ayah kahwin lagi? Adakah emak akan jadi sasau? Lebih menakutkan jika emak gila atau nak bunuh diri. Bila memikirkan masalah inilah hidup saya jadi tak tenteram dan stres.
Saya pernah berusaha tenangkan hati emak dengan kenalkan emak pada kawan sekolah saya yang emaknya seorang ibu tunggal. Kawan saya cerita dia gembira emaknya bercerai sebab emaknya dapat tumpukan sepenuh masa kepada dia tiga beradik. Dan emaknya masih ada duit untuk memenuhi perbelanjaan persekolahannya. Berbanding dulu, emaknya sering tak ada duit sebab menguruskan perbelanjaan keluarga dan hutang ayahnya.
Bila kawan saya balik, emak segera beritahu dia tak boleh hidup tanpa ayah. Pertama tak ada seorang pun adik-beradiknya bercerai, kedua, dia malu jadi janda sebab emaknya sering menasihati biarlah susah asalkan ada suami daripada hidup susah tak ada suami, kerana hidup janda sentiasa jadi cacian orang sebab janda tak tahu jaga laki.
Singkat sungguh fikiran emak, agaknya emak kurang bercampur. Untuk menyedarkan emak saya beritahu emak kalau itu pemahamannya, biarlah ayah kahwin lagi, kerana emak tak boleh hidup sendirian. Tapi emak tak mahu berpoligami. Saya beritahu emak satu ketika nanti emak kena buat pilihan, jika perangai ayah tak berubah.
Kini saya dalam tingkatan lima saya ingatkan emak jangan salahkan saya jika saya gagal nanti. Sebab saya tak tenang jika emak dengan ayah sentiasa bergaduh. Walaupun baru awal tahun sudah dua kali mereka bertengkar, tapi saya dah ingatkan jangan bergaduh lagi ketika saya menghadapi peperiksaan.
Saya juga pernah nasihatkan emak dengan kerja dan pendapatannya rasanya emak boleh hidup sendiri tanpa ayah. Tapi adik-beradik akan tinggal dengan ayah supaya hidup emak tak tersiksa kerana ayah tak akan beri nafkah.
Malangnya emak tak mahu berpisah dengan kami, dia sanggup hidup susah. Janji saya, kami tiga beradik akan pulang rumah emak setiap hujung minggu.
Tetapi ibu tetap ibu, dia lebih sanggup susah daripada berpisah dengan anak-anak. Namun saya berjanji pada diri akan cuba ubah cara pemikiran emak supaya hidupnya tidak menderita." Itu cerita Mas Ellyna tentang rancangannya supaya pemikiran emaknya berubah.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W) |
IBU PEJABAT |
|
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. |
Tel / Fax : 06-762 0817 Hotline : 013-212 7799 Website : www.raudhah2u.my Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com Email : raudhah.umrahajj@gmail.com |
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain |
Pengurus HQ |
H/P : 013-212 7799 |
|
CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA) |
|
A-3-32, Apt Teratai, Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor. |
Abdul Rahim Ghazali |
Pengurus Cawangan |
H/P : 013-212 5577 |
|
CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG) |
|
No. 35, Lorong Baiduri 1/2, Taman Teluk Baiduri, Teluk Wang Kecil, 08000 Sungai Petani, Kedah. |
Pn. Hazriza Binti Harun |
Pengurus Cawangan |
H/P : 019-593 6046 |
|
CAWANGAN JOHOR |
|
No. 10, Felda Redong 1, 85000 Segamat, Johor. |
Pn. Aisha Binti Rahmat |
Pengurus Cawangan |
H/P : 012-740 6045 |
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran