Kamis, 08 Mei 2014

[Idaman_Group] Meroyan ditinggal suami

 


Meroyan ditinggal suami

Post under , , di Rabu, April 30, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate



 
KATA pepatah Melayu "sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan", tetapi sayang sekali ramai para suami yang salah faham dengan pepatah ini.

Tinggalkan isteri yang dimaksudkan, apabila semakin jauh semakin rindu dan semakin kuat kasih sayang, bukannya meninggalkan anak isteri tanpa sebarang nafkah atas alasan sayang.

Kisah yang saya ingin kongsi di ruangan Pengakuan minggu ini adalah kisah, Faizah, 24, yang ditinggalkan suami tanpa khabar berita.

Kisah ibu muda ini yang diceritakan oleh ibu saudaranya, Saadah yang kebetulan memberikan perlindungan kepada Faizah setelah suami menghilang diri.

Faizah sebenarnya seorang wanita yang sangat cantik paras rupanya dan ketika anak dara menjadi perhatian ramai anak muda.

Namun dia memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan Amri, kekasih yang dikenalinya menerusi seorang rakan pada sebuah sambutan majlis hari jadi sahabat lain.

Kata Faizah, Amri memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya sejak remaja, kacak, tinggi lampai dan kerjaya yang sangat menjamin kewangan mereka suami isteri selepas berkahwin," kata Saadah membuka cerita.

Tidak mengambil masa yang lama, Faizah akhirnya disatukan dengan Amri pada satu majlis yang tidak kurang meriahnya. Kebetulan juga mereka berasal dari satu negeri, maka proses perkahwinan juga dipermudahkan.

Selepas selesai semua acara, dia akhirnya mengikut suaminya yang bekerja di Singapura. Di tempat dan suasana baru, Faizah cuba membiasakan diri membawa status sebagai isteri pegawai yang bertugas di sebuah syarikat korporat yang berpangkalan di United Kingdom," cerita Saadah lagi.

Selepas hampir dua bulan bernikah, Faizah disahkan mengandung dan berita itu cukup menggembirakan pasangan suami isteri tersebut.

Boleh dikatakan rezeki anak, Amri pula mendapat tawaran naik pangkat dan menjadi pengurus serantau yang menuntut dia berulang-alik ke beberapa negara di Asia, sekurang-kurangnya dua minggu dalam sebulan.

Walau perjanjian asal mengatakan dua minggu, tetapi adakalanya Amri langsung tidak pulang lebih sebulan, lepas satu destinasi dia ke destinasi lain. Tinggallah Faizah menguruskan diri berseorangan dengan kandungan pertama dan tempat baru.

Faizah tidak menafikan mengalami tekanan kerana tidak mempunyai sahabat handai atau saudara mara untuk jadi tempat mengadu nasib.

Sebenarnya kami ada mencadangkan agar dia ikut kami duduk di Malaysia, tetapi dia sendiri yang tidak mahu.Katanya dia telah mengahwini suami atas pilihan sendiri dan apa yang terjadi semuanya akan ditanggung. Lagipun suaminya pergi bekerja mencari rezeki dan bukan sengaja meninggalkan dirinya kontang-kanting di Singapura," jelas Saadah.

Hampir cukup tempoh kandungan Faizah, Amri masih menerima tugasan di luar negara. Walau puas dipujuk, lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan rasa teruja seperti di awal berita kehamilan tersebut.

Ketika itu saya masih ingat lagi, Faizah menangis teresak-esak menelefon saya. Faizah sudah tidak mempunyai ibu lagi, jadi segala masalahnya diceritakan kepada saya. Bagaimanapun Faizah bukanlah jenis yang suka bercerita masalah peribadi, dia memang seorang yang berdikari kerana sejak usianya 10 tahun lagi dia telah menjadi anak yatim.

Setelah mengemukakan pelbagai cadangan, akhirnya Faizah setuju untuk bersalin di Kuala Lumpur dan ditemani saya. Kami sempat membeli keperluan bayi serba sederhana dan mendaftarkan diri di sebuah hospital swasta di ibu kota," tambahnya.

Disahkan meroyan

Akhirnya sampailah saat yang dinantikan, Faizah bertarung nyawa hampir empat jam untuk mengeluarkan bayi sulungnya. Hampir putus nyawa ibu muda tersebut kerana kedudukan kepala bayi yang tidak memasuki saluran peranakan.

Komplikasi memang berlaku apabila salur darah utama putus dan pendarahan berlaku dengan banyak selepas bersalin. Dia ditahan di wad hampir dua minggu kerana komplikasi tersebut dan lebih menyedihkan, keadaan dirinya tidak lagi sama dengan Faizah yang sebelum ini.

Saya tidak pasti mengapa, tapi menurut kata doktor dia mengalami sindrom trauma selepas bersalin atau dalam bahasa yang sering digunakan masyarakat Melayu ialah meroyan.

Siapa tidak sedih melihat keadaan Faizah yang dulunya cantik kini langsung tidak pedulikan dirinya dan bayi yang baru lahir. Menyusukan anaknya juga Faizah tidak mahu.


Puas saya cuba menghubungi suami Faizah, Amri, namun tidak berjawab, hanya setelah tiga minggu selepas Fawwaz (nama bayi yang dilahirkan) lahir barulah Amri menelefon saya," imbas Saadah lagi.

Seperti yang sudah dijangka, Amri memang langsung tidak hiraukan keadaan isterinya, malah tindakan yang lagi tidak boleh diterima ialah dia mengambil Fawwaz begitu sahaja daripada jagaan Saadah.

Memang saya tidak ada kuasa menghalang, Fawwaz anaknya dan Faizah pula sudah boleh dikatakan tidak begitu waras lagi. Mahu tak mahu saya terpaksa merelakan Fawwaz dibawa pergi kerana saya juga perlu berikhtiar untuk Faizah supaya dapat pulih seperti dahulu.

Kini sudah hampir setahun Faizah tinggal dengan saya dan keadaan dirinya tidak banyak berubah. Adakalanya Faizah ingat bayinya dan menangis merindui Fawwaz. Adakalanya dia merasakan seperti tidak pernah berkahwin.

Saya sedar, bukan mudah proses memulihkan Faizah kerana emosinya begitu terganggu. Menurut pakar psikologi, harapan untuk Faizah pulih 100 peratus memang sukar, cuma dirinya sendiri yang boleh dibantu dari segi mengawal tekanan perasaan yang dialami.

Memang saya sukar menyelami jiwa Faizah kerana sikapnya yang lebih memendam perasaan. Setiap hari saya tidak putus berdoa moga Allah bukakan pintu hati suaminya untuk menerima Faizah dalam keluarganya kembali.

Saya yakin itu satu ubat yang terbaik untuk masalah Faizah, tapi saya tidak tahu perancangan Allah SWT pasti lebih baik untuk dirinya," kata Saadah penuh pengharapan.

Semua nama dalam kisah ini telah ditukar kepada nama samaran untuk melindungi identiti sebenar pencerita dan kisah yang diceritakan.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
IBU PEJABAT

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email      : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ                  
H/P : 013-212 7799

CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)

A-3-32, Apt Teratai,
Jalan Bunga Raya 3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor.
Abdul Rahim Ghazali
Pengurus Cawangan
H/P : 013-212 5577

CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG)

No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Pn. Hazriza Binti Harun
Pengurus Cawangan
H/P : 019-593 6046

CAWANGAN JOHOR

No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
Pn. Aisha Binti Rahmat
Pengurus Cawangan
H/P : 012-740 6045

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a new topic Messages in this topic (1)


.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran