Minggu, 25 Agustus 2013

[Idaman_Group] Babi, Riba dan Orang Kita : Halal Bukan Sekadar Dalam Makanan

 


 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



Babi, Riba dan Orang Kita : Halal Bukan Sekadar Dalam Makanan

April 08, 2013 — Penulis: 

Kategori: Perkhidmatan / Perniagaan
Hampir dua minggu yang lalu, sangat kecoh di dunia siber apabila tersebarnya gambar penemuan daging babi di pasaraya NSK, Selayang.
Tanpa diketahui siapa pengirimnya, gambar yang dikatakan sebagai "daging babi" ini terus tersebar secara viral di facebook dan media sosial yang lain. Pihak pengurusan pasaraya tersebut bersama beberapa chef terpaksa membuat penafian selepas isu hangat ini mula tersebar.
"Ia bukanlah daging babi seperti yang disebarkan di internet, ia sebenarnya merupakan daging kambing.." antara penjelasan pihak pengurusan NSK.
Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum.
Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi.
Ini menunjukkan betapa berhati-hatinya sikap orang Melayu-Muslim di Malaysia berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ia merupakan satu sikap yang terpuji dan selaras dengan kehendak syariat Islam dan disenangi Rasulullah SAW.
Namun begitu dalam tidak sedar, ada sesuatu yang "haram" yang amat dekat dengan kita tetapi langsung tidak dipandang serius walaupun ia lebih haram dan lebih membawa mudharat daripada babi.
Ianya adalah riba!
Ya, riba. Riba lebih besar haramnya di sisi Islam dan lebih besar mudharatnya di sisi masyarakat Islam.
Sebesar-besar dosa makan babi, besar lagi dosa riba. Dosa riba bersamaan dengan mengangkat senjata memerangi Allah.
Ia termaktub di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 275,
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
Sebesar-besar dosa makan babi, masih tidak disebut oleh Allah SWT sebagai berperang dengan-Nya. Malah Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi pernah menyebut dalam mentafsirkan ayat 275 surah al-Baqarah ini sebagai 'inilah antara ayat al-Quran yang paling menakutkan'.
Dalam satu lagi hadith pula, Rasulullah SAW menegaskan bahawa "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali." (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)
Tidak cukup itu, memakan riba dibariskan bersama 7 dosa besar di sisi islam iaitu syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). Ia berpandukan daripada satu hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memandang remeh berkenaan dengan isu babi di dalam makanan, tetapi ia sebagai satu peringatan khas agar kita semua membuka mata lebih luas untuk melihat satu perkara yang lebih besar daripada itu tetapi dekat amat dengan kita.
Antara komen segelintir masyarakat apabila berdepan dengan isu babi dan riba.
Babi – "tidak boleh, haram, jijik, mencabar sesitiviti umat Islam!"
Riba – "hmmm, sikit sahaja, tidak mengapa, orang tidak perasan pun, sama sahaja konvensional dengan Islamik, sama sahaja insurans dengan takaful."
Walhal sebenarnya, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi.
Jika kita jijik melihat babi serta sebarang perkara dikaitkan dengan babi, samalah juga hendaknya apabila kita semua melihat perkara dalam keadaan riba dan melibatkan sebarang elemen riba.
Lihat di dalam dompet kita; 
Adakah terdapat kad ATM perbankan konvensional? Wujudkah kad kredit bank konvensional?
Lihat pula pinjaman perumahan dan kenderaan yang kita lakukan;
Adakah ia dibuat dengan perbankan konvensional?
Kemudian lihat pula polisi insurans yang kita ambil; 
Adakah ia daripada syarikat insurans konvensional?
Jika masih menggunakan item-item di atas, ketahui bahawa ia adalah riba dan berurusan dengannya sama dengan berperang dengan Allah, 36 kali berzina dan sebahagian daripada 7 dosa besar.

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?

Yang perlu dilakukan sekarang tidak lain tidak bukan ialah hijrah!
Ya, hijrah dan berubah sekarang sebelum ajal menemui kita dan bertaubat serta menyesali dosa-dosa riba yang pernah kita terlibat selama ini. Mudah mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa sebelum ini.
Di Malaysia, terdapat lebih 30 institusi perbankan Islam dan takaful di Malaysia hari ini. Jadi tidak ada lagi alasan untuk kita memilih perbankan konvensional dan insurans riba.
Ubah sekarang sebelum terlambat!
(ABIK – Asal Bukan Industri Kewangan Konvesional)

AFYAN MAT RAWI adalah seorang perancang kewangan bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). Berpengalaman selama 9 tahun sebagai perunding kewangan dan kini beliau merupakan Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS Sdn Bhd dalam masa sama trainer dalam bidang penggurusan dan perancangan harta. www.RahsiaTakaful.com.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran