Tazkirah 16 Ramadhan : Ibadah tidak ikhlas jika niat mahu dipuji
Post under Agama, Badal Haji, Ramadhan
Penghayatan Islam secara keseluruhannya hanya dapat dibentuk apabila terdapat kesatuan dalam penghayatan akidah, ibadah dan akhlak. Aspek ini penting kerana seseorang itu akan berubah kefahaman, perasaan dan tingkah lakunya ke arah yang lebih baik apabila mendalami ilmu.
Ini selaras saranan al-Quran dan hadis supaya setiap individu Muslim meningkatkan ilmu pengetahuan. Aspek akidah memang mempunyai hubungan yang kuat dengan aspek ibadah kerana seseorang yang beribadah kepada Allah SWT wajib mengakui keesaan Allah SWT pada zat serta sifat-Nya.
Ini selaras saranan al-Quran dan hadis supaya setiap individu Muslim meningkatkan ilmu pengetahuan. Aspek akidah memang mempunyai hubungan yang kuat dengan aspek ibadah kerana seseorang yang beribadah kepada Allah SWT wajib mengakui keesaan Allah SWT pada zat serta sifat-Nya.
Ibadat yang disertai dan dicampur dengan syirik kepada Allah SWT, tidak akan diterima berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga." (Surah al-Nisa', ayat 36)
Begitu juga hubungan antara akidah dengan akhlak, yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi membentuk peribadi Muslim. Sifat ikhlas dalam beribadah iaitu suci hati melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan menjauhkan segala syirik.
Beribadah hendak dipuji
Orang yang beribadah kerana hendak dipuji atau takut dicela orang, maka ibadahnya tidak ikhlas kerana Allah SWT dan orang seperti ini termasuk dalam golongan yang tidak beradab kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah, ayat 5)
Jika terabai aspek akidah, ibadah dan akhlak yang disebut sebagai nilai kerohanian, bererti terabai satu faktor kekuatan serta ketahanan dalam diri umat. Sejarah kalah menang umat Islam terdahulu dalam peperangan mengesahkan pentingnya iman dan kerohanian.
Kekuatan inilah yang melayakkan tentera Islam mendapat pertolongan Ilahi (bantuan malaikat) dalam Perang Badar. Namun, Allah SWT tidak menurunkan tentera bantuannya dalam Peperangan Uhud akibat penyelewengan rohaniah dalam kalangan sekumpulan tentera Islam.
Ketika umat Islam tertanya-tanya punca kekalahan di Uhud itu, Allah SWT memberikan jawapannya melalui firman yang bermaksud: "(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? Dan (kemudian) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): (Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali-Imran, ayat 165)
Amirul Mukminin Umar al-Khattab dalam amanatnya kepada Panglima Saad Ibn Waqas yang sedang berhadapan tentera Kisra: "Kita tidak akan dapat mengalahkan musuh hanya dengan kekuatan bilangan dan kekuatan kita, tetapi kita hanya mungkin akan menang kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh dan ketaatan kita kepada-Nya, andainya kita juga sama seperti mereka, sama bergelumang maksiat, merekalah yang akan menang kerana kekuatan mereka memang mengatasi kekuatan kita."
Kemerosotan rohaniah
Sejarah membuktikan unsur kerohanian telah merosot dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam akibat serangan tamadun Barat yang lebih bersifat materialistik. Malah, dalam tamadun Islam sendiri wujud masalah kemerosotan rohaniah, pemusnahan tasauf dari fiqh, pemisahan tazkiyah dari tarbiyyah dan pemisahan hakikat dari syariat.
Akibatnya, ada yang mengamalkan fikah yang sudah kehilangan makna kerohaniannya, di samping wujudnya kalangan mengamalkan tasauf menyimpang daripada fikah. Sesungguhnya pendidikan rohani bagi generasi kini memerlukan pendekatan bersepadu, mengintegrasikan rohani, ilmu dan amali.
Pembinaan watak insan Muslim perlu meliputi pembinaan jasmani dan rohani untuk memberikan ketahanan mengharungi kesusahan manakala pembinaan akliah pula bagi memberikan kecekapan merencana kehidupan.
Pembinaan rohaniah untuk mengeratkan hubungan dengan Allah SWT bertujuan memurnikan niat dan matlamat segala amal demi mencari keredaan Allah. Perkara ini bertujuan menambahkan tawakal dan rasa kebergantungan kepada Allah SWT.
Perkara ini turut diperkukuhkan oleh tokoh ulama Profesor Dr Yusof al-Qardhawi yang menyatakan bahawa ajaran Islam itu saling berkaitan dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Akidah membuahkan ibadat dan ibadat membuahkan akhlak.
Oleh itu, jika terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam sistem pembinaan diri umat Islam, ia perlu diperkukuh, diperbaiki serta bimbingan yang berterusan daripada ulama serta pendakwah.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran