Cerita JJMK 20hb Julai 2013 di blog kawan2 yg lain.....sila war2kanhttp://hahmat73.blogspot.com/2013/07/kasih-ramadhan-ii-balingsik-11-ramadhan.html
http://hidupadalahsatuanugerah.blogspot.com/2013/07/jjmk-balingsik.html
http://
----- Forwarded Message -----
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Monday, July 22, 2013 10:33 AM
Subject: WARGAKILANG NEWS: Jln-Jln Masuk Kg di Bulan Ramadhan - Kisah Rumah Buluh
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Monday, July 22, 2013 10:33 AM
Subject: WARGAKILANG NEWS: Jln-Jln Masuk Kg di Bulan Ramadhan - Kisah Rumah Buluh
As Salam Semua,
Terimakasih kepada semua team dari semua penyumbang yg tak putus2 menyumbang utk program JJMK Ramadan , Sabtu 20hb Julai lepas.
Alhamdulillah semua amanah tuan puan telah diserahkankan kepada semua yg berhak.
FYI, JJMK Ramadan Baling Kulim akan berlansung spt dibawah:
Tarikh : 27hb Julai 2013
Hari : Sabtu
Lokasi berkumpul : KHTP Biz Center
Masa berkumpul :7.30-8.30pagi
Nota: Penyertaan masih tebuka untuk 30 biji kereta lagi.
Contact person: Monier 012-4128209 ( attendance confirmation, please contact Monier)
Dibawah cerita ceriti JJMK yg lepas utk tatapan semua.
Shukri
NGO Wargakilang
019-5407859
Terimakasih kepada semua team dari semua penyumbang yg tak putus2 menyumbang utk program JJMK Ramadan , Sabtu 20hb Julai lepas.
Alhamdulillah semua amanah tuan puan telah diserahkankan kepada semua yg berhak.
FYI, JJMK Ramadan Baling Kulim akan berlansung spt dibawah:
Tarikh : 27hb Julai 2013
Hari : Sabtu
Lokasi berkumpul : KHTP Biz Center
Masa berkumpul :7.30-8.30pagi
Nota: Penyertaan masih tebuka untuk 30 biji kereta lagi.
Contact person: Monier 012-4128209 ( attendance confirmation, please contact Monier)
Dibawah cerita ceriti JJMK yg lepas utk tatapan semua.
Shukri
NGO Wargakilang
019-5407859
WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg di Bulan Ramadhan - Kisah Rumah Buluh
Semalam 20 Julai 2013, telah berlansung program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) Bulan Ramadhan, NGO Wargakilang di beberapa buah kampung di pedalaman Baling, Kedah, yang disertai hampir 40 buah kenderaan dengan para pesertanya dari berbagai bidang pekerjaan dan latar belakang.
(Ada yang mai nun jauh dari Singapore, singgah di KL ambil member dan terus ke Kedah join program ini)
Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya team Marshal yang volunteer turun bantu kami.
Selepas program JJMK ini, dalam FB kawan-kawan yang turut serta, saya dapati gambar rumah buluh di bawah ini yang menjadi favorite antara semua.
(Entah kenapa, rumah kecil berdinding buluh di Kg Tanjung Pari yang tak berapa jauh dari Kg Memali ini menjadi perhatian ramai)
Sewaktu kami ke sini di awal bulan Jun yang lalu mai riki rumah ini, kami dimaklumkan tiada apa-apa bantuan yang diterima, hanya menunggu permohonan pejabat zakat yang entah bila akan tiba. Alhamdulillah, ketika program Jln-Jln Masuk Kg bersama konvoi Wargakilang ke sini semalam, kami diberitahu pembinaan rumah baru melalui bantuan pejabat zakat ini akan bermula dalam masa terdekat, insyaallah. Moga keluarga ini akan mendapat ruang berteduh yang lebih selesa tak lama lagi.
Bercakap pasal rumah buluh ini, bagi kebanyakan mereka yang pertama kali mengikuti program JJMK kami, imej rumah beratap rumbia dan berdinding buluh, bagi mereka adalah sesuatu yang amat asing sekali, sedangkan bagi kami di NGO Wargakilang, pemandangan seperti itu adalah perkara biasa bila kami ke kg dalam-dalam pi hantar brg2 sumbangan yang kawan-kawan kirimkan.
(Barang-barang keperluan seharian, set Berbuka/Sahur/Raya untuk 50 keluarga)
Misalnya, siang tadi 21 Julai 2013, sehari selepas JJMK Ramadhan di Baling 20hb Julai 2013, dalam misi untuk menunaikan amanah seorang Hamba Allah yang kehidupannya agak senang berbanding kebanyakan kita, dia hantar mai satu lori barang-barang makanan ke rumah saya seperti di atas, minta disampaikan kepada keluarga yang memerlukan; saya dan sahabat baik saya, Tuan Hj Fendi, kami dua orang pi masuk ke beberapa buah kampung di pedalaman Sik, Kedah.
Kali ini seperti biasa, imej rumah-rumah keluarga susah berdinding buluh sekali lagi menyambut kehadiran kami.
(Sudah 2 tahun keluarga yang mempunyai anak-anak kecil ini tinggal di sini, tiada apa-apa bantuan drpd mana-mana pihak setakat ini)
Saya teringin nak buat program JJMK Wargakilang ke sini, tetapi saya yakin kalau kita habag awal-awal di sini, sama macam beberapa kes sebelum ini, sekejap saja pihak berkenaan akan turun dan bagi bantuan sebelum konvoi kita tiba. Tak sangka power juga rupanya medan blog dan FB di zaman ini.
Di bawah ini pula bukan rumah buluh, tetapi sebuah rumah Melayu Lama.
(Tok Rabeah berskaf putih tinggal keseorangan kerana suaminya di hospital kena stroke dan anak-anak jauh di rantau orang).
Nasib baik ada sahabat baiknya, Makjang Yam bertudung hitam selalu datang menemaninya saban hari. .
Perjalanan seterusnya menemukan kami dengan sebuah rumah, terutama awning hadapannya yang agak uzur.
(Rasanya mcm ada org bagi bantuan BATA SIMEN, tapi dijadikan alas kaki, mungkin Makcik ini tak pandai nak bancuh simen buat tiang roman, wallah hu aklam)
Seterusnya pula kami dipertemukan dengan sebuah rumah yang macam "hybrid" atau pun campuran antara attap zink dan attap rumbia.
(Rumah atap zink berselang rumbia berdinding buluh – kami tiba tengahari bulan puasa, tuan rumah dan keluarga sedang berehat di dalam rumah)
Ada juga yang punyai rumah yang agak selesa kalau ikut piawaian orang-orang kampung di kawasan ini, tetapi dengan jumlah anak yang agak ramai dan pendapatan menoreh getah yang tidak seberapa, hidup hari-hari bagi penerima di bawah ini hanyalah ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
(Paklong Mat Zin, sahabat kami di sini membawa kami ke rumah seorang penerima yang kerja menoreh getah sepenuh masa)
Beliau berterima kasih yang tidak terhingga dengan sumbangan pakej berbuka+sahur dan raya ini; kalau pun esok lusa hujan tak boleh menoreh, insyaallah brg2 sumbangan ini mampu membantu keluarganya.
Dalam agenda menunaikan amanah sahabat saya ini, kami kemudiannya singgah di sebuah rumah yang pernah kami kunjungi bulan Sept tahun lepas, tapi waktu itu masih dalam pembinaan.
(Sumbangan untuk wakil tuan rumah, yg tiada di rumah waktu kunjungan kami siang tadi)
(Rumah Buluh dalam pembinaan sewaktu kunjungan kami tahun lepas)
(Pandangan dari hadapan)
(Pandangan dari hadapan, tahun lepas sewaktu dalam pembinaan)
(Tak boleh imagine masih ada orang tinggal dalam rumah buluh ber-attap rumbia sesempit ini)
Ok lah, banyak lagi cerita rumah buluh ini, sengaja saya paparkan di sini kerana sewaktu JJMK Baling semalam 20/Julai, rakan-rakan yang turun nampak excited sangat.
Saja nak habag, bila masuk kg nak bagi bantuan, jangan;lah jadikan rumah buluh atau pun rumah simen sebagai ukuran, kadang-kadang rumah nampak cantik dan lawa, tapi penghuni di dalamnya terperangkap dalam kemiskinan dan memendam rasa.
Ini kisah benar yang kami temui di penghujung kembara kami siang tadi.
(Maklong Yah- seorang insan yang sentiasa redha dan bersyukur dengan apa yang ada)
Kami nampak Maklong Yah sedang bertelekong waktu kami tiba, mungkin baru selesai solat. Selepas Tuan Haji Fendi habag maksud kedatangan kami dan selesai bagi serahan barangan, saya minta Maklong doakan kesejahteraan kami dan sahabat yg menyumbang kebaikan dunia dan akhirat; terus Maklong angkat tangan tadah tangan berdoa kumat kamit.
Saya tergamam sebab biasanya penerima yang lain cuma kata "Insyaallah" sahaja dan taklah sampai angkat tangan tadah ke langit. Saja jadi terharu sebab Maklong doakan kami dalam keadaan beliau masih berwuduk dan dalam bulan Ramadhan yang amat mulia pula ini.
Dan, yang paling touching buat saya dah Hj Fendi, selesai berdoa, Maklong jatuh sebak macam nak menangis. Antara sebak, saya dengar Maklong kata:
" Terima Kasih banyak-banyak la - Hanya Allah sahaja yang boleh balas – sampai ke mati pun (saya) tak boleh balas"
Terus dia naik sebak!
Bermakna sungguh pemberian tersebut kepada beliau.
Saya jadi terkesima, tak tau nak kata apa, sedikit penat lelah berpeluh menahan lapar dan dahaga di bawah panas terik mentari mengusung beras, gula, minyak, ikan masin, kopi, kicap, telur masin, bihun, milo, bawang, ubi kentang dll ini akhirnya, bila tiba di rmah Maklong – rasanya amat berbaloi sekali buat kami.
Suatu perasaan gembira dan puas hati yang sukar digambarkan dengan kata-kata, bila ada orang begitu bersyukur sekali dengan pemberian dan kerja buat yang kita usahakan.
Rumah Maklong nampak cantik, mungkin hasil tangan arwah suaminya yang meninggal dua tiga tahun yang lalu, tapi keluarga Maklong yang tinggal di dalamnya, hidup mereka, makan minum sehari-hari belum tentu seindah hiasan luaran rumah ini yang kita nampak.
Penutupnya, nak habag kata kalau kita nak bantu orang, bantulah kerana ALLAH, lillah hi taala, jangan duk tengok luarannya sahaja. Insyallah dapat pahala. Dan moga juga secebis kisah Maklong ini mampu menjadi tazkirah bersama di bulan puasa ini, sentiasa redha dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang Alim kata, kalau kita bersyukur, insyaallah Allah SWT akan anugerahkan kita punca rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka macam Mak Long ini – dia tak tau pun kata kami nak mai!
Sekian, ada masa meh la join program Jln-Jln Masuk Wargakilang lagi pada 27/7/13 (Utara) dan 3/8/13 (Kelantan).
moniermatdin@yahoo.com
21.7.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran