Ramadhan : Puasa bukan bebanan
Post under Agama, Badal Haji, Ramadhan
Kelebihan puasa Ramadan tidak dapat disangkal, maka pendidikan mengenai kewajipan melaksanakan ibadah ini perlu ditekankan seawal usia anak-anak.
SEBAGAIMANA ibadat-ibadat lain, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan yang merupakan rukun Islam yang ketiga ada tujuan dan matlamatnya.
Antaranya, ibadat puasa adalah bagi pembinaan takwa sebagaimana penegasan Allah dalam dalam al-Quran yang bermaksud: Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar bertakwa. (Al-Baqarah: 183)
Pun begitu sebagaimana ibadat-ibadat lain dalam Islam yang tidak membebankan penganutnya, demikian halnya dengan ibadat puasa, dalam beberapa keadaan, kecuali berpuasa pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun pengecualian sama ada kepada golongan wanita dalam keadaan haid atau bagi menyusukan bayi, orang yang dalam musafir dan yang uzur syari'e, mereka kena menggantikan (qada) puasa wajib bulan Ramadan pada bulan yang lain.
Tidak seperti sembahyang, kaum wanita yang meninggalkan kerana haid atau nifas tidak diwajibkan qada bagi sembahyang-sembahyang waktu yang ditinggalkan.
Pengecualian daripada kewajipan berpuasa dan tuntutan mengqadanya, kalau tidak mampu qada kena dibayar fidyah sebagaimana terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: (Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), (maka wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ia yang tinggalkan itu berbuka) pada hari-hari yang lain. Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Barang siapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 184)
Jika dibandingkan dengan sembahyang yang diwajibkan melakukannya lima waktu sehari semalam sepanjang tahun, puasa hanya diwajibkan sebulan dalam setahun.
Maka munasabahlah kalau terpaksa ditinggalkan, ia diwajibkan qada.
Ini kerana puasa bulan Ramadan sangat tinggi nilainya iaitu setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala berganda.
Malah ada satu malamnya bila dilakukan sesuatu amalan pahalanya sama nilainya dengan melakukan amalan 1,000 bulan.
Sedangkan umat Nabi Muhammad SAW hampir tidak ada yang hidupnya sampai 1,000 bulan.
Demikianlah betapa Allah dalam ketegasan memerintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan titah perintah-Nya, masih juga diberi kelonggaran supaya hamba-hamba-Nya tidak merasa terbeban dengan apa yang tidak mampu mereka lakukan. Namun ini bukan bermakna diberi kesempatan untuk tidak dilaksanakan terus.
Oleh itu, adalah amat wajar diberi seksaan yang amat pedih bagi hamba-hamba Allah SWT yang masih liat menunaikan titah perintah-Nya dan memilih menyertai syaitan dan iblis laknatullah melakukan apa yang dilarang-Nya.
Apatah lagi dari masa sepanjang 24 jam sehari semalam, hanya kira-kira separuh darinya sahaja yang ditegah daripada makan dan minum serta diharamkan berbuat apa yang dihalalkan pada bulan biasa.
Oleh RAMLI ABDUL HALIM
PENULIS ialah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran