Rabu, 29 Mei 2013

[Idaman_Group] PANASS!! Rakyat 'PM Stadium' Kena Tangkap Minta Tolong Kerajaan Malaysia Pulak? #Blackout505

 

PANASS!! Rakyat 'PM Stadium' Kena Tangkap Minta Tolong Kerajaan Malaysia Pulak? #Blackout505



Kat bawah ni ada cerita lawak, mangkuk yang kena tangkap kat Singapore sebab demo 505 tempohari. Konon hero laa.. hambik hang!!

Orang asing yang melanggar undang-undang di Singapura harus sedia menghadapi akibatnya, termasuk visa dan pas kerja mereka dibatalkan, kata kerajaan semalam.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai rayuan agar diringankan hukuman terhadap rakyat Malaysia yang ditangkap kerana menyertai protes haram di Singapura pada 8 Mei dan 11 Mei lepas.

Menurut kenyataan itu, adalah jelas beberapa orang warga Malaysia yang menyertai dua perhimpunan haram di Merlion Park dengan sengaja tidak mengendahkan amaran berulang bahawa protes itu adalah haram.

Ia berkata orang asing tidak harus mengimport perbezaan pendapat di negara mereka ke Singapura.

"Mereka melanggar undang-undang Singapura, dan akan ditangani sewajarnya.

"Beberapa orang pesalah Malaysia telah menghubungi anggota Parlimen Malaysia dan parti politik mereka untuk mengemukakan petisyen bagi pihak mereka terhadap langkah dikenakan ke atas mereka kerana melanggar undang-undang," kata kenyataan itu.

Ia berkata tindakan mereka membabitkan pihak luar merupakan percubaan mendapatkan layanan istimewa dan lebih mempolitikkan lagi apa yang dilihat sebagai isu undang-undang dan ketenteraman domestik di Singapura.

"Inilah sebabnya mengapa kami menentang kuat import isu dan politik luar ke Singapura".

Kenyataan itu berkata Singapura menghargai hubungan bilateralnya yang akrab dengan jiran.

Ini berdasarkan amalan saling menghormati dan prinsip tidak campur tangan dalam urusan negara lain masing-masing.

Ia berkata Singapura tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain.

Oleh itu, Singapura tidak akan membenarkan mana-mana pihak asing campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

He he he.. dah kena tangkap hubungi Kerajaan Malaysia buat apa? Pi la cari Suhakam, Bersih, Ambiga, Majlis Peguam, Blackout 505 dan apa-apa kejadah lagi pertubuhan dan persatuan belaan Pakatan Haram!!

Anwar kan dah umum jadi PM Stadium.. minta tolong kat dia sudah laa..  jangan dok cari Kerajaan Malaysia. Buat demo bantah Kerajaan Malaysia, lepas kena tangkap, sibuk nak minta tolong Kerajaan Malaysia buat apa? he he.. bongok!


McTheory:
Toksah layan laa.. biar depa dok tidoq lokap Singapore tuu.. hahaha..

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran