Rabu, 29 Mei 2013

[Idaman_Group] LIM KIT SIANG vs TAI ZEE KIN

 

 LIM KIT SIANG vs TAI ZEE KIN


Orang Malaysia dahulu atau Orang Cina dahulu?

Lucunya, jika anda tanyakan soalan itu, ramai kaum etnik Han Cina Malaysia akan menjawab bahawa mereka adalah orang Malaysia dahulu, dan orang Cina kemudian, tanpa MENGETAHUI apakah maksud menjadi 'orang Malaysia dahulu'.

(Amaran: sekiranya anda seorang "URBAN BANANA", kenyataan ini tidak menggambarkan anda. Menurut satu laporan bancian, hanya terdapat 9% sahaja jenis anda yang masih wujud. 91% selebihnya adalah lepasan sekolah Cina).

Anda bangun dari tidur setiap pagi dan anda menonton TVBS Asia, saluran Pheonix, CCTV4 atau Hua Hee Tai – ini adalah rancangan-rancangan TV yang 80% daripada orang-orang Malaysia yang bukan orang Cina, tidak pernah tonton. 

Anda mendengar saluran radio 988, myFM, aiFM, OneFM – saluran2 yang 80% orang Malaysia tidak faham dan tidak akan dengar. Anda tiba di pejabat dan anda baca Sin Chew, Nan Yang, Gwong Ming, Kwong Wah, China Press dan Oriental Daily- bahan bacaan yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK faham. 

Anda MUNGKIN akan makan tengahari dengan rakan2 sekerja dari kalangan orang Melayu atau India dan berbual tentang kehidupan dan pekerjaan. Namun, bila anda pulang dari kerja, anda bercakap dengan keluarga dan anak-anak dalam bahasa Mandarin- satu bahasa yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK boleh gunakan atau fahami. Sebelum anda tidur, anda melayari laman Facebook dan anda catatkan komen untuk rakan2 anda yang 80% adalah orang-orang daripada etnik anda sendiri.

Dalam rutin seharian anda, anda hanyalah orang MALAYSIA pada 20% daripadanya, tetapi orang Cina pada 80% selebihnya, dan anda menganggap diri anda ORANG MALAYSIA DAHULU?

Hmmm….kalau begitu, mungkin anda boleh jelaskan bagaimana "menjadi orang Cina dahulu" atau "menjadi orang Malaysia dahulu" membawa sebarang perbezaan kepada anda? Janganlah anda berikan saya contoh seperti: "BILA ANDA BERADA DI LUAR NEGARA" sebab…berapa lama anda hendak tinggal di luar negara? Jadi… anda adalah 'orang Malaysia dahulu' hanya apabila anda berada di luar negara? Hmmm…..


Tujuan saya menulis entri yang panjang ini adalah untuk MEMINTA orang-orang Cina Malaysia etnik Han untuk benar-benar menimbang kembali pendirian kita dalam isu-isu berkaitan bangsa.

Berhentilah daripada menjadi seorang yang cauvinis iaitu orang yang keterlaluan dalam menyokong kaumnya. Kita harus mula bergabung dan berasimilasi TANPA menjejaskan identiti etnik kita. Orang-orang Cina di UK, US dan Thailand telah melakukannya, kenapa kita tidak boleh? Ajaran nenek moyang kita mengatakan kita PATUT melakukannya.

BUKA MATA dan SEDARLAH daripada kesedihan dan ratapan nenek moyang kita akibat tidak dapat kembali ke China. Kita dah selesai dengan semua itu. Biarlah segala kesedihan dan ratapan itu mengikut nenek moyang kita ke kubur. Marilah kita fikirkan semula pendirian kita sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tolonglah BERGABUNG dan BERASIMILASI ke dalam budaya tempatan, dan TENTU SEKALI, sambil terus mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa yang akan menyusuri asal-usul etnik anda, BUKAN DENGAN CARA YANG SEBALIKNYA atau anda akan kekal TERPERANGKAP dalam kesedihan nenek moyang kita.

Tai Zee Kin 

*Artikel Terjemahan ke Bahasa Melayu. 

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran