Jumat, 19 Juli 2013

Re: [Idaman_Group] Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif

 

alfatihah utk adik kecil kita ni...
mybe dia panic dan terus bertindak sedmikian.
tapi, confirm dia ahli syurga...............



From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, July 18, 2013 10:09 AM
Subject: [Idaman_Group] Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif

 

 

2013/07/18 - 06:43:28 AM Oleh Nor Azizah Mokhtar | norazizah@mediaprima. com.my                        
Pelajar Tahun Lima maut tersepit lif Anggota Bomba dan Penyelamat membuka lif untuk mengeluarkan mayat Khairul Amir (gambar kecil) yang tersepit dalam lif di Blok 8, PPR Desa Tun Abdul Razak, semalam.
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.
Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.        
"Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang.

Badan tersepit, lif tersekat

"Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat," katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Saksi lain, Mohd Saifuddin Salim, 17, berkata beliau dan beberapa rakan cuba menenangkan kanak-kanak terbabit.
Mereka terperangkap lebih 30 minit dalam keadaan sesak sebelum diselamatkan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang dan sepasukan anggota dari balai Bandar Tun Razak sampai di lokasi lima minit kemudian.

"Dengan bantuan petugas penyelenggara lif, kita dapat menurunkan lif berkenaan ke tingkat paling bawah dan mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Mayat mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh lima minit.

"Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran