6 Cara Salah Mempromosi Puasa Kepada Non-Muslim
Post under Agama, Badal Haji, Ramadhan
Malaysia dilahirkan sebagai sebuah masyarakat majmuk; berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya. Kepelbagaian kaum dan etnik ini mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Hidup dalam masyarakat majmuk ini memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk berdakwah kepada bukan Islam tentang ajaran Islam dalam hal ehwal spritual yang fundemental dan kepercayaan sehinggakan kepada aspek ritual seperti tuntutan solat, puasa, haji, zakat dan lain-lain.
Tuntutan serta ritual dalam ajaran Islam itu menggambarkan imej ajaran Islam secara lansung dan implementasinya oleh umat Islam khususnya di Malaysia akan menjadi perhatian golongan mad'u (orang yang ingin didakwahi). Sekiranya ritual serta tuntutan ajaran yang dilakukan itu dibuat secara sonsang, maka sonsanglah pemahaman golongan mad'u terhadap makna sebenar ajaran atau ritual tertentu.
Dalam sekian banyak ibadah ritual yang dipraktikkan oleh umat Islam seluruh dunia, ibadah puasa pada bulan Ramadhan berpotensi dijadikan sarana dakwah, namun tidak mustahil ia juga boleh menjadi salah satu dari sekian banyak salah faham terhadap ajaran Islam atas sebab-sebab yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu ditelusuri oleh umat Islam sebagai pembawa mesej Islam dalam diri masing-masing.
Al-Sahar bermaksud lewat malam. Manakala al-Suhur bermaksud makanan yang dimakan ketika bersahur. Al-Suhur pula bererti perbuatan dan akta terbitan dalam memakan makanan itu.Menjadi suatu sunnah yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk bangun di awal pagi dan bersuhur, walaupun dengan seteguk air kerana dengan bersuhur, kita dapat membezakan ibadah puasa pada hari itu dengan puasa ajaran agama lain. Dari 'Amru bin Al-'As, sesungguhnya Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam bersabda :
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur". (Hadith Riwayat Imam Muslim no.1096)
Dalam memastikan orang ramai yang ingin berpuasa bangun untuk bersuhur, maka segala macam inisiatif dibuat oleh sesetengah pihak. Ada beberapa masjid atau surau yang memasang bacaan Quran, ada pula yang membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid, ada juga yang sanggup mengetuk pintu-pintu rumah, memasang selawat dan lagu-lagu nasyid, tidak kurang pula yang menjerit-jerit "Sahur! Sahur!".
Semua contoh di atas dibuat dengan tujuan yang satu, membangunkan orang ramai dari tidur supaya bersuhur. Apakah wajar cara-cara yang disebutkan di atas dari sudut pandang Islam? Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi pernah mengingatkan dengan berkata :
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar" (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Dinukilkan daripada artikel asal Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan").
Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas ittu ditegah, semestinya para pembaca tertanya-tanya bagaimana seharusnya suasana bersuhur itu yang sewajarnya dari kaca mata Islam? Apakah ianya diajarkan oleh Nabi? Apa yang ditunjukkan pada zaman Nabi untuk kita teladani, yang dilakukan oleh Nabi adalah dengan melaksanakan dua kali azan. Azan pertama untuk menunjukkan masih dibolehkannya makan dan minum. Adzan kedua untuk menunjukkan diharamkannya makan dan minum. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis Nabi yang bermaksud :
"Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
2) Menjadikan ibadah puasa sebagai alasan datang lewat dan balik awal di tempat kerja/belajar
Menjadi kebiasaan sesetengah pihak untuk tidur selepas suhur dan solat subuh, maka kekenyangan sewaktu suhur menjadikan badan dan perut yang penuh itu lena. Akibatnya, ada yang terlewat ke tempat kerja atau kuliah belajar.
Perkara ini akan lebih jelek dan merosakkan imej Islam sekiranya kekerapan lewat itu berulang saban hari dengan alasan yang sama. Namun apabila tiba waktu pulang, pekerja atau pelajar inilah yang ingin pulang awal, alasan yang sama akan diguna pakai yakni perlu pulang awal untuk membeli atau menyiapkan juadah untuk berbuka puasa.
Ada juga sesetengah pejabat yang hanya memberi kelonggaran kepada golongan pekerja Muslim, maka semestinya golongan bukan Islam akan tidak berpuas hati dengan pekerja Muslim sekiranya ada yang datang lewat dan pulang awal. Bagi pekerja atau pelajar yang mempunyai pegawai atasan atau pensyarah yang bukan beragama Islam, hal sebegini boleh memberi suatu persepsi yang negatif bahawa bulan berpuasa bakal menjadikan individu Muslim itu semakin tidak berdisiplin dari menepati masa.
3) Menjadikan ibadah puasa sebagai punca tidak produktif dan malas
Sebut sahaja orang Islam, maka akan terbayang dalam otak sesetengah mereka yang bukan Islam, seorang Melayu, pemalas, tidak maju dan berdaya saing, hanya mengharap subsidi kerjaan dan macam-macam lagi benda yang negatif. Itulah persepsi sesetengah mereka yang bukan Islam terhadap orang Islam (Melayu) di negara ini. Inilah realiti yang perlu umat Islam di Malaysia khusunya hadam walaupun pahit. Pada bulan ini pula, ada sesetengah individu Muslim suka menjadikan ibadah puasa sebagai alasan untuk membenarkan persepsi di atas.
Seseorang individu yang berpuasa semestinya akan merasa lapar dan dahaga, apabila kurang darah disalurkan kepada kawasan yang mana sistem penghadaman berfungsi, maka menjadi lumrah seseorang itu berasa lemah.Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk seorang Muslim itu untuk tidak produktif dalam perkerjaan sehariannya. Mereka yang tidak produktif seperti tidur pada waktu berkerja atau bermalas-malas dalam kerja seharian, ada juga yang curi tulang dengan bersolat Zohor dan Asar dengan waktu yang lama supaya campur tolak waktu kerjanya menjadi berkurangan. Apakah perkiraan individu Muslim yang tidak amanah sebegini dapat mencapai objektif ibadah puasa dalam melahirkan insan yang bertaqwa?
Sewajarnya individu Muslim sebegini berasa malu dengan fakta-fakta sejarah (sirah) Islam ketika Ramadhan yang mana hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dalam usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pada bulan yang mulia ini.
Tatkala tentera Islam dahulunya menggali parit yang sangat dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah pada Perang Khandak (parit) yang berlaku pada tahun ke 5 Hijrah, apakah wajar untuk golongan Muslim zaman ini bermalas-malas dan bersikap tidak produktif, malah melukis peta kemenangan di bantal.? Sebaliknya, jika umat Islam zaman ini dapat meneladani semangat dan ketekunan Nabi dan para Sahabat yang terlibat dalam beberapa peperangan dan menggali parit yang dalam itu pada bulan mulia ini dan menterjemahkannya ke dalam kerja harian, semestinya perkara ini dapat dijadikan contoh yang baik kepada rakan sejawat/sekuliah atau orang atasan yang bukan Islam.
4) Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan pesta makanan
Masyarakat bandar yang secara umumnya berkerja dan tidak berkesempatan menyediakan juadah berbuka puasa menjadi penyebab utama mengapa bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutamanya di kawasan bandar.
Tidaklah menjadi kesalahan para pembeli mahupun para penjual yang berniaga pada bulan Ramadhan. Namun lambakan gerai-gerai penjualan makanan serta minuman ini menjadi antara sekian banyak sebab persoalan tarbiyah serta roh Ramadhan itu sendiri. Hasilnya, golongan agamawan terpaksa menjadikan tajuk pembaziran sebagai salah satu topik hangat dalam tazkirah dan ceramah mereka. Pesta makanan sebegini secara tidak lansung memberi manfaat kepada golongan bukan Islam termasuk para pelancong untuk mencari dan menikmati segala macam jenis hidangan di bumi Malaysia, maka terbentuklah di minda pemikiran mereka bahawa bulan Ramadhan ialah bulan pesta makanan yang ditunggu-tunggu.
Di peringkat umum, topik apa yang dimakan ketika suhur, apa yang dimakan ketika berbuka menjadi topik perbualan utama sehari-hari. Dalam erti kata lain, topik mengenai makananlah yang paling banyak dibincangkan apabila tiba bulan puasa. Sudah tiba masanya kita membetulkan mentaliti kita berkenaan puasa itu sendiri, tentang apakah ibadah puasa itu mengajar kita bagaimana caranya mengawal nafsu dan menambahkan amalan, atau sebaliknya? Bak kata sesetengah orang, bazar Ramadhan atau bazir Ramadhan! Sama-sama kita renungkan.
5) Menganggu keselesaan mereka disebabkan bazar Ramadhan dan aktiviti solat Tarawih
Apabila tiba waktu Ramadhan, maka keadaan trafik akan menjadi sesak di sebelah petang akibat orang ramai berpusu pergi ke bazar Ramadhan, manakala malamnya pula masjid dan surau akan diserbu oleh orang ramai untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat tarawih. Perkara ini tidak hanya menjadi bual bicara orang bukan Islam, malahan golongan Muslim sendiri ada yang merungut dengan keadaan yang sesak ini disebabkan lambakan bazaar dan ketika ke masjid atau surau untuk solat, terutama di pusat-pusat bandar.
Perkara ini dilihat ketara apabila para pembeli yang singgah di bazar Ramadhan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sewenangnya kerana inginkan kemudahan supaya hampir dengan bazar, ada juga yang hanya sekadar mengikut perlakuan pemilik kenderaan lain. Tatkala malam hari pula, perkara yang sama berlaku apabila orang ramai yang menghadiri masjid dan surau, justeru lambakan kenderaan berlaku di masjid atau surau yang kecil. Maka akan ada pula yang meletakkan kenderaan di bahu jalan, ada juga yang meletakkan kenderaan di hadapan pintu rumah penduduk setempat dengan sangkaan sekiranya rumah itu dihuni oleh orang bukan Islam, mereka tidak akan keluar rumah untuk ke mana-mana. Mentaliti sebegini menyebabkan hak-hak orang bukan Islam itu dinafikan sedemikian rupa sehingga mampu melahirkan persepsi bahawa orang Islam yang pergi menunaikan solat di masjid atau surau hanya tahu 'menyusahkan orang lain'. Tidakkah memalukan sekiranya pihak masjid atau surau terpaksa membuat pengumuman supaya kenderaan yang diletakkan dapat dialihkan akibat menghalang orang bukan Islam untuk keluar dari rumah yang mereka diami?
Hak-hak jalan ini tidak hanya merujuk pada waktu bazar Ramadhan sahaja, namun pada bulan-bulan lain serta situasi-situasi lain juga. Dalam Islam, jalan-jalan ini memiliki hak-haknya yang perlu ditunaikan.
Imam Nawawi rahimahullah pernah menjelaskan tentang hak-hak jalan ketika member komentar tentang sepotong hadis tentang hak-hak jalan berkata: "Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan." (Imam Nawawi, Sharah Shahih Muslim, jld. 14 hlm.120).
Dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
6) Menuntut mereka juga 'berpuasa'
Pandangan sinis dan tajam akan diberikan kepada mereka yang bukan Islam sekiranya mereka makan atau minum di hadapan orang Islam yang sedang berpuasa. Suasana berpuasa itu menuntut golongan bukan Islam yang 'curi-curi' makan di pejabat, dewan kuliah hatta cafeteria dipandang sinis.
Sudah ramai orang bukan Islam yang faham tentang ibadah puasa yang dilakukan oleh orang Islam, umumnya faham bahawa orang Islam tidak akan makan dan minum di siang hari. Dengan kefahaman sedemikian, ada juga yang minta izin pada orang Islam untuk makan dan minum pada waktu siang ketika terserempak dengan rakan-rakan mereka yang Islam.
Kadang kala orang Islam tidak berlaku adil pada orang bukan Islam hanya kerana keinginan kita mewujudkan suasana berpuasa. Justeru janganlah pula kewajiban berpuasa itu ditaklifkan atas mereka yang bukan Islam sedangkan makan dan minum di siang hari itu 'harus' atas mereka.
Dakwah melalui puasa?
Puasa itu tidak hanya disyariatkan kepada umat Islam, sejarah peradaban manusia membuktikan bahawa amalan berpuasa ini juga telah dipraktik oleh golongan terdahulu seperti di zaman Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno, malahan amalan berpuasa juga wujud dalam agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Buddhism dan Hinduism.
Fakta tersebut membolehkan umat Islam menjadikan amalan berpuasa itu sebagai satu bahan dakwah dengan menunjukkan puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Namun sekiranya amalan berpuasa itu menjadi punca orang bukan Islam semakin menyalah fahami imej dan ajaran Islam, maka rugilah umat Islam dalam menjadikan ibadah puasa ini sebagai peluang dakwah.
Oleh itu tidak sukar untuk memahami 'kegagalan usaha dakwah' di Malaysia ini. Bukan kerana kita tidak berkongsi cerita tentang apa itu Islam kepada orang non-Muslim. Tetapi 'kegagalan sebenar' ialah kita sebagai umat Islam gagal menjadi contoh yang baik kepada orang non-Muslim. Justeru, sekurang-kurangnya, umat Islam di Negara majmuk seperti Malaysia ini wajar memanfaatkan ruang dan peluang dengan menterjemahkan ibadah puasa ini sebagai amalan yang menjadikan manusia itu insan yang lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya agar mereka dapat melihat potensi dalam ajaran yang dituntut dalam agama Islam.
Oleh : Ibn Yusof
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran