Tawaf dan permasalahan
Post under Agama, Badal Haji
TAWAF merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah. Jika ia tidak dilakukan, haji dan umrah menjadi tidak sah. Selain mengetahui perkara-perkara yang melibatkan syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf, bakal jemaah haji juga perlu mengetahui pelbagai isu melibatkan tawaf yang sering dirujuk kepada guru-guru pembimbing di Tanah Suci.
Antara isu-isu tersebut adalah seperti berikut :
1. Melakukan tawaf qudum bagi jemaah yang melakukan haji ifrad atau qiran adalah sunat. Mereka diharuskan melakukan tawaf qudum selama mana mereka masih belum lagi berwukuf.
Selepas melakukan tawaf qudum, diharuskan bagi mereka melakukan saie haji. Jika tawaf qudum tidak dilakukan sehinggalah mereka berwukuf, saie haji tersebut wajib dilakukan selepas mereka melakukan tawaf haji (ifadah).
2. Sah tawaf bagi jemaah yang uzur dengan menaiki kereta sorong dengan mengikuti syarat-syarat tawaf. Begitu juga sah tawaf bagi yang menyorong kereta sorong tersebut dalam masa yang sama.
3. Bagi jemaah yang berulang alik antara penginapannya dengan Masjid Haram Mekah, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan solat tahiyatul masjid atau tawaf tahiyatul bait ketika masuk ke dalamnya.
Jika dia mahu melakukan tawaf tahiyatul bait, afdalnya dia berbuat demikian. Sekiranya dia melakukan solat sunat tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat solat tahiyatul masjid.
Jika dia tidak mahu melakukan tawaf tahiyatul bait, lakukanlah solat sunat tahiyatul masjid.
4. Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk ditunaikan solat jenazah. Dalam masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah.
5. Sebelum jemaah keluar dari Tanah Haram Mekah selepas selesai kerja-kerja haji, wajib mereka melakukan tawaf wada' melainkan bagi orang-orang yang dikecualikan seperti wanita yang sedang berhaid.
Tawaf wada' ini dilakukan setelah semua urusan sudah diselesaikan. Sebaik sahaja melakukan tawaf wada', jemaah terus meninggalkan Mekah kecuali jika ada hajat-hajat yang tertentu.
Inilah sebahagian besar isu-isu yang berkaitan dengan tawaf yang perlu diketahui oleh bakal jemaah haji supaya mereka dapat melakukan ibadat tawaf tersebut dengan sempurna.
PENULIS ialah Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran