Sabtu, 13 Juli 2013

[Idaman_Group] Ramadhan : Suami tak berhak larang isteri ke masjid

 


Ramadhan : Suami tak berhak larang isteri ke masjid



 

Saya ada beberapa soalan. Saya ingin bertanya mengenai solat Tarawih yang diwajibkan kepada orang Islam, jika kita tak sempat nak buat adakah kita perlu ganti? Suami saya jenis bukan kaki masjid dan beliau tidak galakkan saya ke masjid. Kalau suami saya tidak benarkan saya ke masjid, bolehkah saya ingkar arahannya? Soalan akhir, saya lihat orang perempuan di masjid suka bercakap-cakap, kadang-kadang menjadikan suasana agak bising. Apakah hukumnya ustaz?

Rohani,
Ampang, Selangor.

Solat Tarawih tidak wajib atas lelaki mahupun wanita. Solat Tarawih hukumnya sunat tetapi mempunyai kedudukan dan pahala besar di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah yang menceritakan Rasulullah SAW menyuruh mereka melakukan solat Tarawih dengan penuh semangat, kemudian Baginda SAW bersabda: "Barang siapa melaksanakan solat malam bulan Ramadan (Tarawih) kerana iman dan mencari reda Allah, maka Allah akan mengampuni dosanya yang lampau." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sesiapa melaksanakan solat Tarawih dengan khusyuk dan tumaninah kerana iman dan mencari reda Allah serta melaksanakan solat Subuh pada waktunya, maka dia sudah melaksanakan qiyam Ramadan (solat sunat pada malam Ramadan) dan berhak mendapat pahala sebagai orang yang telah melaksanakannya.

Ketentuan berkenaan meliputi pemuda dan wanita secara keseluruhan, akan tetapi solat wanita di rumahnya lebih utama daripada di masjid kecuali jika ia pergi untuk memperoleh faedah lain selain solat seperti mendengar pengajian, mempelajari ilmu atau mendengar al-Quran dari orang lain yang membacanya dengan khusyuk dan baik.

Maka pergi masjid dengan tujuan seperti ini lebih utama dan lebih baik. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, ketika sebahagian besar kaum lelaki tidak dapat dan tidak sempat memberikan pelajaran agama kepada isteri mereka. Atau mungkin mereka berkeinginan memberikan pelajaran agama tetapi mereka tidak memiliki kemampuan untuk itu.

Maka tidak ada lagi tempat sesuai selain masjid kerana itu sudah sepatutnya wanita diberi kesempatan untuk melaksanakan hal ini dan jangan diberi dinding antara mereka dengan rumah Allah.

Apalagi jika tinggal di rumah kebanyakan wanita tidak mempunyai ghairah dan kemahuan melaksanakan solat Tarawih sendirian. Berbeza halnya apabila mereka melaksanakannya di masjid dan berjemaah.

Minta izin suami

Bagaimanapun, jika wanita hendak keluar dari rumah meskipun ke masjid, hendaklah meminta izin suami kerana suami orang yang diletakkan tanggungjawab dalam rumah tangga dan kelak akan diminta pertanggungjawaban mengenai keluarganya.

Sedangkan isteri dalam hal ini wajib mentaati suaminya selama ia tidak diperintahkan untuk meninggalkan kewajipan atau melakukan maksiat.

Seorang suami tidak berhak melarang kehendak isterinya pergi ke masjid apabila tidak ada halangan yang dapat dijadikan alasan menurut syarak. Imam Muslim meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW:
"Jangan kamu melarang hamba wanita Allah datang ke masjid Allah."

Beberapa contoh yang dapat dijadikan alasan syarii yang melarang wanita pergi ke masjid, contohnya kerana si suami sakit sehingga isteri perlu menunggunya untuk merawatnya. Atau ia mempunyai anak kecil yang bila ditinggalkan sendirian di rumah akan mendapat mudarat selama melaksanakan solat, sedangkan beliau tidak mempunyai pembantu yang dapat menjaga anaknya. Atau uzur lain yang dapat diterima akal.

Adapun hukum bercakap-cakap yang dilakukan wanita dalam masjid sama halnya dengan lelaki, mereka tidak boleh mengeraskan suara tanpa ada keperluan, lebih-lebih lagi jika perbicaraan tersebut mengenai urusan keduniaan kerana masjid dibangun untuk tempat beribadat atau kepentingan keilmuan.

Oleh sebab itu, Muslimah yang mempunyai perhatian besar terhadap addin hendaklah bersikap tenang (diam) dalam rumah Allah SWT sehingga tidak mengganggu orang lain yang sedang solat atau sedang menuntut ilmu.

Jika perlu berbicara, hendaklah ia bercakap dengan suara perlahan dan seperlunya serta jangan keluar dari ketenangan dan kesopanan baik dalam hal berbicara.


-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran