Raudhah Umrahajj : Kelebihan Musim Haji
ANTARA nikmat Allah SWT yang paling besar ialah diberi kurniaan kepada hambanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Menurut buku Khasais Jazirah al-Arab, karya Syeikh Bakar Bin Abdullah Abu Zaid menyebut, keistimewaan Semenanjung Tanah Arab antaranya ialah, Kota Suci Mekah al-Mukarramah atau Tanah Haram Mekah ialah:
1. Ibnu Qayyim berkata: Allah SWTmemilih tempat dan negeri yang terbaik, iaitu Balad al-Haram. Begitu juga untuk nabi-Nya SAW dijadikan sebagai manasik sehingga mereka datang ke Kota Suci Mekah.
2. Siapa yang datang ke Kaabah bertujuan melakukan ibadat dan tidak membuat perkara yang tidak baik, nescaya dia pulang seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya.
3. Masjid al-Haram adalah sebaik-baik tempat di muka bumi, di mana kita digalakkan bersungguh-sungguh musafir kepadanya sama ada menunaikan ibadat haji atau umrah.
4. Kaabah menjadi kiblat penduduk bumi, di mana ia terletak di kota Mekah.
5. Antara keistimewaannya, haram mengadap atau membelakangkan kiblat ketika qada' hajat.
6. Masjid al-Haram merupakan masjid yang pertama di muka bumi ini, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
7. Tidak boleh memasuki Mekah bagi bukan yang mempunyai hajat secara berulang kecuali dengan ihram.
8. Dihukum berdosa kepada yang bercita-cita melakukan kejahatan, sekalipun belum melaksanakannya seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj pada ayat 25 yang bermaksud: Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan daripada memasuki Masjid Al-Haram (Mekah) yang Kami jadikan Dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
9. Ibadat yang digandakan kepada-Nya.
10. Tempat lahir Rasulullah SAW.
11. Terdapatnya Kaabah, Hajar al-Aswad, Maqam nabi Ibrahim dan lain-lain.
12. Amat mudah dimustajabkan doa dan doa dimakbulkan.
Berdasarkan kepada kenyataan dan nas di atas, alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang menjadi tetamu Allah untuk meraih pahala Allah SWT dengan sebanyak mungkin di Kota Suci Mekah yang mempunyai 1001 macam keberkatan dan kelebihannya.
Oleh itu, kepada tetamu Allah SWT dan bakal jemaah haji, saya syorkan agar sentiasa menggunakan peluang yang ada semasa di Kota Suci Mekah dan juga di Kota Madinah untuk menambahkan aktiviti ibadat seperti qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, iktikaf dalam masjid, melakukan ibadat tawaf dan juga ziarah makam Rasulullah SAW.
Begitu juga beribadat kepada Allah SWT perlu dipertingkatkan khususnya ketika seseorang berada di sana kerana ada masa-masa tertentu doa dimustajabkan dan juga tempat-tempat tertentu.
Lebih istimewa daripada itu, apabila gabungan masa dan tempat yang disekalikan untuk diajukan munajat serta doa kepada Tuhan Rab al-Alamin sudah pasti amat mudah dimakbulkan.
Hal ini bagi orang yang berwukuf di Arafah pada hari yang ke-9 Zulhijjah selepas Zuhur maka waktu tersebut hingga mereka berangkat dari Arafah adalah amat mustajab doa.
Terdapat segelintir manusia yang tidak peka berkenaan kelebihan Kota Suci Mekah sehingga mereka membawa sifat negatif dan tidak baik dari tanah watan mereka bersama-sama ke Kota Suci Mekah akibatnya mereka lesu dan kurang bersemangat ketika melaksanakan ibadat, bahkan mereka banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong berdebat pada perkara yang remah-temah dan juga melakukan beli-belah sebagai acara keutamaan.
Malanglah golongan seperti ini tambahan pula untuk mendapatkan tempat menuju ke kota suci pada musim haji berdasarkan kouta yang telah ditetapkan. Buanglah sifat negatif, malas dan juga kelesuan dalam beribadat dengan menggantikan sifat-sifat mahmudah dan bermujahadah dalam melaksanakan ibadat dengan bersungguh-sungguh.
Marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk muhasabah diri sebelum menuju ke Kota Suci Mekah, bertaubat dan belajar ilmu berkaitan manasik haji agar para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah digelar sebagai Duyuf al-Rahman mendapat haji yang mabrur. Amin.
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran