Berkasih sayang disertai semangat cintakan Tuhan
Post under Agama
Kemajuan dunia yang pesat mengubah gaya hidup manusia yang memerlukan mereka bergerak pantas berlawan dengan masa. Disebabkan hidup yang asyik mengejar itu, banyak perkara semakin dipinggirkan sama ada secara sedar atau tidak.
Ini termasuk menyemai rasa kasih sayang dengan cara yang betul kerana ramai antara kita menyatakan perasaan kasih serta sayang terhadap keluarga, anak, pasangan, ibu bapa serta saudara seagama.
Ini termasuk menyemai rasa kasih sayang dengan cara yang betul kerana ramai antara kita menyatakan perasaan kasih serta sayang terhadap keluarga, anak, pasangan, ibu bapa serta saudara seagama.
Malangnya, perasaan itu tidak diterjemahkan secara tepat apabila ada anak yang tidak mempunyai masa menziarahi ibu bapa, ibu bapa tiada masa memantau pelajaran anak dan masyarakat lebih menjaga kepentingan diri berbanding kemaslahatan ummah.
Sedangkan umat Islam maklum hakikat tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia menyayangi orang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Kasih sayang itu pula mestilah perasaan yang lahir ikhlas daripada hati dan diniatkan kerana Allah SWT.
Amalan mulia
Kasih sayang amalan mulia yang dicintai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya daripada orang yang celaka." Orang celaka yang dimaksudkan adalah orang yang tidak mempunyai rasa kasih sayang sama ada untuk dirinya mahupun orang lain.
Baginda SAW seorang yang amat menitikberatkan kasih sayang dan cinta.
Banyak ajaran baginda dalam berkasih sayang antaranya memberi dan menyebarkan salam yang maksudnya mendoakan kesejahteraan kepada orang diberi salam itu.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Demi diriku yang ada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jika kamu mengerjakannya, maka kamu saling menyintai? Sebarkan salam di antara kamu."
Sabda baginda lagi yang diriwayatkan oleh Umar Al Khattab: "Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan nabi dan bukan syuhada akan tetapi dicemburui nabi dan syuhada terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih."
Anugerah Allah
Perasaan kasih sayang dan cinta ini satu anugerah Allah yang terindah. Kasih sayang juga fitrah manusia yang tidak seharusnya dinafikan. Oleh itu, peliharalah rasa kasih sayang dan cinta yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Semoga kita tidak lagi kerap dihidangkan dengan laporan anak yang digelar 'Tanggang Moden', kes pembuangan bayi serta penganiayaan kepada sesiapa saja. Sebaliknya, tetapkan hati kita dengan kasih sayang yang terus subur dalam jiwa.
------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran