Keistimewaan beribadah pada bulan Rejab
Post under Agama
Allah SWT menyediakan balasan nikmat khusus bagi mereka yang berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW pada bulan Rejab. Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam Mikraj saya melihat sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada minyak misk. Saya bertanya kepada Jibril: Untuk siapa (sungai) ini? Ia menjawab: Bagi orang yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab."
'Bulan tuli'
Rasulullah SAW juga menamakan bulan Rejab sebagai 'bulan tuli' kerana malaikat Kiraman Katibin akan hanya mencatat segala kebaikan dan tidak mencatat segala kejahatan pada bulan itu.
Sabda Rasulullah SAW; "Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram, iaitu bulan Rejab."
Setiap orang akan berasa lapar pada hari kiamat kelak, kecuali nabi-nabi dan keluarganya serta orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Saidatina Aishah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Semua manusia dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."
Mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintasi siratal-mustaqim seumpama laluan kilat.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil: Di mana ahli Rejab?" Maka terpancarlah sinar, diikuti oleh Jibril dan Mikail, cahaya itu diikuti oleh ahli Rejab.
Mereka mereka semua lalu di atas siratal-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat melintasi sirat tadi. Allah berkata: "Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulan-Ku, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing."
Beribadah pada bulan Rejab
Baginda Rasulullah SAW menggesa umatnya memperbanyakkan taubat serta menjauhkan maksiat, di samping melakukan ibadah pada bulan Rejab Baginda bersabda: "Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram, iaitu bulan Rejab."
Barang siapa yang inginkan keringanan ketika menghadapi sakaratulmaut, terpelihara daripada godaan iblis dan syaitan ketika menghadapi maut, ia hendaklah menghormati bulan haram yang termasuk dalamnya bulan Rejab.
Rasulullah SAW bersabda: "Andainya kamu semua hendakkan keringanan pada saat kematian daripada dahaga dan keluar bersama iman, juga terselamat daripada tipu daya syaitan, maka hormatilah bulan-bulan ini dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap perkara yang telah lalu daripada dosa-dosa dan ingatlah selalu kepada Allah SWT yang mencipta, nescaya kamu masuk syurga Tuhan kamu dengan sejahtera."
Artikel : BH Online
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran