Sabtu, 11 Mei 2013

[Idaman_Group] Ini gerai kuetiau Muhammad Ali Koh bin Abdullah, di Pekan Cina Bukit Tinggi, Bentong. Dia anak tempatan.

 


Ini gerai kuetiau Muhammad Ali Koh bin Abdullah, di Pekan Cina Bukit Tinggi, Bentong. Dia anak tempatan.

Dia dan isterinya masuk Islam pada tahun 2007. Dia telah mengajak 4 orang sepupunya dan 5 orang kawan-kawannya masuk Islam serentak semasa dia merantau di Johor Baru.

Ali Cina kampung. Pelatnya tebal. 

Dia bercerita: "Dulu saya jahat. Saya minum, saya judi, semua saya jahat," katanya. 

Saya berkata, "Awak jahat, tapi ada perempuan suka awak, dia sayang awak, dia mahu kahwin sama awak lagi! Awak rezeki baik..."

Dia ketawa.... "Ya, lisiki saya baik," katanya.

Ali hanya menjual 4 jenis kuetiau goreng. Setiap hari purata dia menjual 60 kilo kuetiau, 20 kilo kerang. Hari Rabu dan Khamis dia tutup gerai.


Inline image 1

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran