Suri rumah saman RM5.9 juta
norhayati.yahaya@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Sebanyak 1,010 suri rumah di Selangor memfailkan saman berjumlah RM5.858 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut elaun khas yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12.
Tuntutan itu bagi kos RM100 setiap bulan mulai 1 April 2008 sehingga Februari 2013.
Saman difailkan oleh peguam, Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin and Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini pukul 9.30 pagi semalam.
Plaintif pertama, Norela Abu Bakar, 41, dari Seksyen 7 di sini bersama 1,009 plaintif lagi menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid sebagai defendan kedua.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2Ot2neCFn
Hakcipta terpelihara
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran