Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.
Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.
New Straits Times pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).
Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.
"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.
"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.
New Straits Times memohon maaf kepada Xenophon pada 4 Mei dan menurunkan berita itu dari laman dalam talian mereka.
Bagaimanapun, Utusan yang terlebih dahulu menerbitkan berita itu daripada New Straits Times hanya berbuat demikian pada 12 Mei - 12 hari selepas berita itu tersiar.
"Saya terima hakikat bahawa permohonan maaf dibuat tetapi perkara ini melangkaui permohonan maaf berkenaan.
"Kadang-kala permohonan maaf tidak cukup dan ia tidak menafikan hak saya untuk meneruskan perkara ini.
"Saya mahu nama saya dibersihkan sepenuhnya," kata Xenophon tegas.
Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Xenophone berkata pihaknya akan membuat susulan laporan dalam masa 14 hari daripada hari ini.
"Berdasarkan undang-undang polis dikehendaki memberi maklum balas bertulis tentang sebarang laporan dalam masa 14 hari.
"Jika tiada tindakan, kita akan menulis kepada Peguam Negara," katanya.
Beliau juga menggesa agar laporan itu tidak dipolitikkan mana-mana pihak demi menjaga hubungan baik kerajaan Australia dan Malaysia.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran