Assalamualaikum Semua,
Hari Sabtu baru nie bila saya browse thru FB dan posting rkn2 NGO Wargakilang yg turun pi bantu mangsa banjir dari segenap penjuru tanah air, saya rasa kagum dan salute sungguh dgn kesungguhan kerja buat kwn2 di Wargakilang ini.
Pun begitu, hari ini bila saya duk baca posting beberapa org sahabat di sebuah medan diskusi yg lain, saya rasa benar2 terpanggil, rasa mcm nak kena juga tulis juga di sini, nak mohon bantuan rakan2 sekelian - nak raise dana utk dua orang sahabat kami AKTIVIST Wargakilang Kelantan, yg mereka sendiri sebenarnya terhimpit dan terkesan dgn musibah banjir ini, tapi kisah mereka ini tak siapa pun tahu - terselindung ditutup rapi di sebalik wajah manis masing2 yg sentiasa tersenyum setiap kali kwn2 dari seluruh pelusuk tanah air datang ke Kelantan minta tolong mereka tunjukkan jln.
MEREKA SIBUK MENUNJUK JLN KPD KWN2 UNTUK BANTU MANGSA BANJIR, TAPI MEREKA SENDIRI JUGA SEBENARNYA ADALAH MANGSA.
Puan Azura, dulu kerja INTEL Kulim suaminya satu kilang dgn saya juga di Kulim, berhijrah dan menetap di Kelantan selepas suaminya diserang strok, ada anak OKU.
Mereka suami isteri wpun suaminya kurang sihat sering bersama2 kami dlm prog JJMK Wargakilang di Kelantan.
Saya dpt maklumat mereka satu keluarga hampir lemas dlm kereta waktu kalut dekat2 maghrib nak berpindah dari rumah yg sedang dinaiki air. Diceritakan entah mcm mana kereta mereka tiba2 enjin mati dlm air yg semakin mendadak masuk. Nasib mereka sekeluarga tak panik, cepat2 buka tingkap dan beredar dari situ. Hingga ke hari ini, dah hampir sebulan dah banjir kereta masih rosak tak cukup budget nak baiki. Antara benda penting yg tenggelam ialah Labtop yg jadi punca rezeki Pn Azura bekerja dari rumah. Simpati kami pada Pn Azura dan suami, kesian bila dgr cerita anak2nya sampai hari trauma bermimpi air banjir bahana terperangkap dlm kereta hari tu.
Mangsa yg ke-2 ialah Ketua Wargakilang Kelantan sendiri, sdra Burhan. Dia yg dah biasa dengan kerja buat bantu orang ini, selalu duk gi bagi sumbangan beras, kain baju dll kat orang ini, tak berapa nak boleh terima hakikat kali ini adalah giliran beliau sebagai "penerima sumbangan" bila mana sahabat kami dari KB, sdra Amran (baju oren) yg berjaya masuk menjejak Burhan pada hari ke 4 selepas banjir besar di Kuala Krai - bila Amran hulurkan sedikit sumbangan dan minta nak amik gambar utk program JJMB Wargakilang, bila Amran dgn nada berseloroh cakap:
"Demo mangsa banjir pertama JJMB WK "
Burhan jawab:
"Oooo.. kawe mangsa banjir deh..."
Baru dia sedar yg dia sendiri adalah mangsa banjir !!
Dia mungkin tak ingat pada hari banjir besar tu, dlm kekalutan beliau menjaga ibunya yg uzur di Guchil, beliau terputus hubungan dgn isterinya yg baru bersalin dan anak2nya di Sungai Durian. Isterinya yg masih uzur lagi tu terpaksa berpindah sendiri dgn anak2 ke pusat penempatan.
Adik saya kahwin dgn org Guchil selang tiga empat rumah dari rumah ibu Burhan, mak mertua dia cakap tak pernah air naik sampai ke Guchil.
Alhamdulillah Tuhan takdirkan Burhan ada bersama ibunya, dlm kekalutan banjir itu beliau ada utk memindahkan ibunya ke tempat yg selamat.
Bila air dah surut sikit, Burhan mula menjejak anak2 dan isteri dgn bot dan berjalan kaki kira2 tiga km dari situ.
Waktu di kemuncak banjir, Amran cerita beliau call Burhan yg guna powerband pakai bateri eveready yg besar tu, dia cuma minta mknan segera yg boleh dimakan seperti biskut dan juga lilin kalau ada. Amran cakap lilin sold out...dia bawa pi pelita ayam dgn minyak tanah. Air minum Amran kata Burhan tadah air hujan ja.
Tak tahulah kalau Burhan masih belum rasa dia sendiri adalah mangsa.
Tiap kali kwn2 dari seluruh negara turun ke Kuala Krai gi bagi bantuan merata kg, Burhan pasti ikut sekali, macam tak ada apa2 berlaku kat dia - walhalnya beliau sendiri sudah patah kaki.
Kereta NAZAnya yg tenggelam dlm air sampai hari masih belum dpt dibaiki - tak cukup budget. Itu pun dia masih pulun pi hntar sumbgan yg kwn2 kirim dgn anaknya naik motor pinjam motor org. Baru2 ni melecet kulit kaki anak dia kena eksos motor..Burhan Burhan..
Ini ada suprise utk Burhan, sekeping gambar yg adik ipar saya dpt dari saudara maranya di Guchil di kemuncak banjir hari tu - kereta NAZA Burhan yg byk.jasanya ini sedang ditenggelami air !!
Mohon jasa baik tuan/puan, bantulah kwn2 kami ini - bagi membolehkan mereka membantu orang lain, insyaallah.
Sila PM sdra Aznee Othman for details.
Tkasih byk2 di atas sebarang bantuan.
Tkasih
__._,_.___
Posted by: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (2) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran