Tazkirah Ramadhan : Bukan taubat jika tiada azam baiki diri
Memohon ampun di atas kesilapan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh
Bertaubat kepada Allah SWT adalah tuntutan Islam. Dalam al-Quran, Allah menggesa dan menyuruh hamba-Nya supaya bertaubat atas segala perbuatan dosa kerana Dia bersifat Maha Pengampun.
Tidak sukar bagi Allah memberi atau menerima taubat seseorang kerana Allah sendiri adalah penerima taubat. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah: 37).
Tidak sukar bagi Allah memberi atau menerima taubat seseorang kerana Allah sendiri adalah penerima taubat. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah: 37).
Malah Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang bertaubat seperti firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat." (Surah al-Baqarah: 222)
Rasulullah SAW yang juga kekasih Allah dan bersifat maksum menunjukkan contoh kepada umatnya bahawa Baginda memohon ampun (beristighfar) kepada Allah sebanyak 100 kali sehari.
Nabi SAW bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat (beristighfar) dalam sehari sebanyak 100 kali." (Riwayat Muslim).
Penegasan terima taubat Mukmin
Rasulullah SAW yang juga kekasih Allah dan bersifat maksum menunjukkan contoh kepada umatnya bahawa Baginda memohon ampun (beristighfar) kepada Allah sebanyak 100 kali sehari.
Nabi SAW bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat (beristighfar) dalam sehari sebanyak 100 kali." (Riwayat Muslim).
Penegasan terima taubat Mukmin
Penegasan Allah yang berjanji menerima taubat hamba-Nya memberikan harapan yang tinggi kepada Mukmin agar sentiasa memohon keampunan Allah setiap masa atas segala dosa diperbuat.
Allah Maha Mengetahui kelemahan hamba-Nya yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan. Sebesar manapun dosa dilakukan tetap diberi Allah keampunan selagi tidak melakukan syirik kepada-Nya.
Rasulullah SAW menyebutkan bahawa betapa Allah SWT sangat gembira apabila hamba-Nya mahu bertaubat secara tulus seperti terkandung dalam firman Allah dalam hadis qudsi bermaksud: "Sungguh Allah sangat berbahagia atas permohonan taubat hamba-Nya, lebih berbahagia daripada bahagianya salah seorang kamu yang kehilangan untanya lalu menemuinya kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Seseorang yang kehilangan sesuatu barang berharga sama ada kerana kecurian, tercicir dan sebagainya, maka dia akan berasa sangat gembira jika menemui semula kerana barang berkenaan sangat bernilai dan bererti kepadanya.
Akan tetapi taubat seorang Mukmin lebih disukai Allah melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan semula barang berharganya yang hilang.
Namun, kemurahan Allah menerima taubat itu tidaklah bermakna menjadi 'lampu hijau' kepada seorang Mukmin berbuat maksiat dan dosa terus menerus, yakni apabila berbuat dosa lalu menyesal dan bertaubat, kemudian mengulangi lagi, dan selepas itu bertaubat kembali kerana mengingat Allah itu Maha Pengampun.
Taubat yang dijanjikan Allah akan diterima-Nya ialah taubat yang lahir dari hati Mukmin yang tulus dan mencukupi syarat yang disebut sebagai taubat nasuha.
Bukan taubat jika ulangi kesilapan
Ucapan istighfar walaupun diulang 100 ribu kali sedangkan hati masih berazam untuk mengulangi maksiat tidak dinamakan taubat. Ia lebih seperti melakukan persendaan terhadap hukum Allah, peluang dan kerahmatan-Nya.
Terjatuh ke dalam maksiat dan dosa adalah kebiasaan manusia yang lemah. Manusia terbaik bukanlah manusia yang tidak pernah berbuat dosa sama sekali, akan tetapi manusia terbaik adalah manusia yang apabila berbuat kesalahan, langsung dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
Mukmin sebenar sentiasa bersikap atau berpendirian untuk mengelak daripada terjerumus ke lembah dosa. Islam mengajar umatnya untuk tidak berputus asa tetapi diajar untuk kembali kepada kebenaran dan bertaubat. Hanya orang yang tidak beriman memilih jalan-jalan yang lain yang membinasakan diri mereka sendiri.
Tidak dinafikan bahawa seorang Mukmin yang telah sungguh-sungguh bertaubat kadangkala kembali terjatuh ke dalam kesalahan yang serupa.
Pengaruh nafsu, lemah iman
Mukmin yang pada mulanya sudah benar-benar insaf dan bertaubat, tetapi disebabkan kelemahan iman dan kuatnya pengaruh hawa nafsu selain tergoda dengan hasutan syaitan menyebabkan dia berulang kali terjatuh ke lembah dosa.
Jika terjadi demikian bukanlah bermakna taubatnya yang terdahulu tidak ikhlas. Maka, dia hendaklah mengulangi taubatnya dan jangan berputus asa dari rahmat Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seorang melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wajalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang engkau mahu Aku ampunkan engkau." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Penulis adalah Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM).
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
Mohammad Nakhaie Bin Hj Mohamed Zain
PENGARAH
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks : +606-7620817
Tel/Faks : +606-7620817
Web : www.raudhah2u.my
Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran