Syarat, Ganjaran menunaikan Badal Haji
Badal Haji atau Haji Niyabah (Haji Gantian) ialah sejenis Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan demi mereka yang Muslim yang sepanjang hidupnya atau hayatnya merupakan seorang yang berkemampuan (dari segi kewangan) untuk melaksanakan Haji, tetapi dari segi batiniah (badannya) ia terlau tua atau uzur sehingga dia tidak ada harapan lagi untuk menunaikan Haji di Makkah.
Oleh yang demikian, orang Muslim yang begini perlulah menginfakkan sedikit hartanya untuk menunaikan Haji bagi dirinya tetapi ibadah Haji itu dilaksanakan oleh orang lain yang berkemampuan dari aspek fizikal, rohani dan jasmani.
Syarat Badal Haji
Orang Muslim yang hendak menunaikan Haji bagi orang lain perlulah mengikuti syarat-syarat yang berikut :
- Terlebih dahulu, dia telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah Hajinya yang terdahulu.
- Hanya menunaikan Haji untuk seorang sahaja pada sesuatu musim Haji.
- Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada: di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau; di Miqat yang sama jauh dengn Miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau; di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan Haji, tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana Miqat yang dirasakan mudah baginya.
- Orang yang yang menunaikan Haji Badal perlulah seorang yang telah akil baligh.
Ganjaran menunaikan Badal Haji
Seseorang yang menunaikan Haji Badal untuk orang lain ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala Haji atau suatu ganjaran yang berlipat kali lebih besar dari itu dengan izin Allah Taala.
Nota: Penyuruh pelaksanaan Haji Badal perlulah memberikan wang sokongan serta pembiayaan pergi Haji kepada orang yang akan melaksanakan haji buatnya.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Rujukan
- Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, m/s 18/19, cetakan tahun 2007/2008, Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Buku ini telah mendapat kebenaran dari Kementerian Haji dan Wakaf, Kerajaan Arab Saudi.
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a new topic | • | Messages in this topic (5) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran