Syukuri nikmat Allah
Post under Agama
SEMUA orang ingin menjadi orang kaya, ada harta dan ada wang, kerana semua impian indah dapat dicapai apabila wang melimpah. Dengan wang, musuh menjadi sahabat. Perkara susah, cepat menjadi mudah. Keadaan muram, sekejap menjadi riang dan segala urusan, terasa menjadi mulus.
Ramai orang yang beranggapan bahawa nikmat Allah hanya satu iaitu wang. Sesungguhnya, wang memang benar-benar telah menguasai kehidupan manusia.
Semua urusan dan kenikmatan terasa hambar tanpa wang di tangan. Keadaan hambar ini begitu terasa seolah-olah kitalah manusia termiskin dan amat susah di dunia.
Apabila memiliki wang yang banyak, kita merasa seolah-olah kitalah manusia yang paling bahagia sekali di dunia ini.
Bagi menyedari betapa banyaknya nikmat Allah yang ada pada diri kita, maka sentiasalah bandingkan diri kita dengan orang lain yang di bawah kita.
Firman Allah SWT bermaksud : Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Ibrahim: 34)
Semua derita dan kesempitan tidak seharusnya menimpa kehidupan kita andai kita menyedari hakikat nikmat Allah. Derita kita semakin terasa berat, apabila banyak nikmat Allah yang kita anggap sebagai bencana. Akibatnya, kita sentiasa hanyut dengan angan-angan dan menderita kerana selalu berjuang untuk mewujudkan impian yang di luar kemampuan diri sendiri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : Andai engkau telah memiliki dua lembah emas, nescaya anda bercita-cita untuk mendapat yang ketiga. Dan tidaklah ada yang mampu menghentikan cita-cita daripada mengumpulkan harta kekayaan selain tanah (kematian). Dan Allah menerima taubat orang yang kembali kepada-Nya." (riwayat Muttafaqun alaih)
Cita-cita untuk menguasai dunia menjadikan kita semakin sengsara dan hidup terasa gersang. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Barang siapa yang urusan akhirat adalah pusat perhatiannya, Allah letakkan kekayaannya dalam hatinya, urusannya menjadi bersatu dan rezeki dunia akan menjadi lapang. Sedangkan orang yang pusat perhatiannya adalah urusan dunia, Allah letakkan kemiskinannya ada di pelupuk matanya, urusannya tercerai berai dan rezekinya menjadi sempit." (riwayat Tirmizi)
Ancaman Allah
Sesungguhnya, kita lalai bahawa apapun yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik bagi kita. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan rezeki-Nya sesuai dengan ukuran yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat. (as-Syura: 27)
Dalam ayat lain pula, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)
Dalam ayat di atas, Allah SWT berjanji akan menambah dan melipatgandakan nikmat-Nya apabila kita mengakui nikmat dan mensyukurinya. Namun sebaliknya, bila kita mengingkari (meremehkan) nikmat Allah, Allah telah menyediakan untuk kita seksaan yang pedih.
Ancaman Allah pada ayat di atas akan terjadi di dunia atau di akhirat. Seksaan Allah SWT juga boleh menimpa kita di dunia dan juga di akhirat. Di dunia, nikmat dicabut dan digantikan dengan derita. Di akhirat, tentu seksa neraka yang pedih telah menanti.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Semoga kesengsaraan sentiasa menimpa para pemuja dinar, dirham dan baju sutera (pemuja harta kekayaan). Bila ia diberi ia merasa senang, dan bila tidak diberi, ia menjadi benci. Semoga ia menjadi sengsara dan semakin sengsara (bak jatuh tertimpa tangga). Dan apabila ia tertusuk duri, semoga tiada yang sudi membantunya mencabut duri itu daripadanya. (riwayat Bukhari)
Semoga kita dapat membebaskan diri daripada belenggu wang yang pada zaman ini telah menindas kehidupan umat manusia. Kita juga berharap agar dapat kembali kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan dapat menjernihkan penilaian tentang harta dunia secara umum dan wang secara khusus.
Oleh HASHIM AHMAD
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a new topic | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran