Nikmat Allah untuk disyukuri
Post under Agama, Al-Quran, Badal Haji, Badal Umrah, Upah Haji, Upah Umrah
TERDAPAT sebanyak 38 kali kalimah Alhamdulillah di dalam al-Quran.
SATU fakta yang menarik mengenai perkataan Alhamdulillah ialah ia disebut di dalam al-Quran sebanyak 38 kali. Ini jelas menggambarkan betapa Allah SWT maha layak dipuji kerana zat-Nya, sifat-Nya, nikmat-Nya, rahmat-Nya dan panduan kehidupan yang diberikan-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (ar-Rahman: 13)
Ayat di atas diulang sebanyak 31 kali di dalam surah ar-Rahman. Ini menggambarkan betapa agungnya sifat ar-Rahman atau Maha Pemurah Allah SWT dengan menyebut nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Mendustakan nikmat-nikmat Allah SWT bermaksud apabila seseorang manusia itu kufur terhadap Tuhan mereka dengan cara menyekutukan Allah SWT melalui sembahan selain daripada Allah SWT.
Pengulangan ayat seperti di atas sudah tentu mempunyai hikmah. Sesungguhnya, setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT itu adalah untuk disyukuri. Kesyukuran itu hanya boleh dilakukan dengan mengabdikan diri kepada Tuhan yang mengurniakan nikmat-nikmat tersebut.
Syeikh Muhammad Mutawalli Al Syarawi berpendapat, pengulangan ayat di dalam surah ar-Rahman ini adalah kerana Allah SWT ingin menegaskan kepada kita tentang sifat pemurah dan penyayang-Nya. Bagaimana kita mendustakan nikmat ini sedangkan kita menikmatinya terus malam dan siang?
Sabda Rasulullah SAW: "Aku telah membaca surah ar-Rahman kepada saudara kamu daripada golongan jin. Dan mereka adalah lebih baik jawapannyan daripada kamu "Apabila aku membaca ayat, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Lantas para jin menjawab, "Tidak ada satu pun nikmat Tuhan kami yang kami dustakan. Maka bagi kamu segala kepujian". (Riwayat Tarmizi)
Inilah juga yang sepatutnya ada dalam diri kita apabila kita mendengar al-Quran yang mana perlunya kita berinteraksi dan mentadabburkan maknanya. Apabila kita menyaksikan ahlu iman mengambil sikap yang sama dengan apa yang dilakukan oleh jin apabila mendengar al-Quran, umpamanya bila disebut nama Allah SWT, mereka membalas Subahanallah. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, mereka menjawab Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW). Bila disebut syurga, mereka terus memohonnya dan apabila disebut neraka mereka berdoa agar Allah SWT menghindarinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
Dalil
Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut,
"Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu". (Hadis riwayat An-Nasaie).
Syarat Orang Yang Mengerjakan Upah Haji
Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.
Dalil
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a new topic | Messages in this topic (1) |
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran