Pendaftaran Badal Haji 2014M / 1435H Telah Dibuka
Post under Badal Haji, Badal Umrah, Umrahajj, Upah Haji, Upah Umrah
Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan salah satu khidmat Raudhah Umrahajj Services kepada para waris Allahyarham/Allahyarhamah.
Raudhah Umrahajj Services telah membuka pendaftaran untuk Badal Haji bermula pada bulan Disember setiap tahun. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan Raudhah Umrahajj Services atau melalui wakil yang sah. Tarikh penutupan sebenar akan dimaklumkan kelak. Pendaftaran adalah terhad seramai 200 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran secara terbuka atau online dengan berkonsep yang dahulu di dahulukan.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini Raudhah Umrahajj Services akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Sejadah, Tasbih dan 500ml Air Zam-Zam selepas selesai operasi haji tahun semasa.
FIRMAN ALLAH S.W.T
Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
DALIL
Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut,
"Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu". (Hadis riwayat An-Nasaie).
SYARAT ORANG YANG MENGERJAKAN UPAH HAJI
Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.
DALIL
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran