Jumat, 29 November 2013

[Idaman_Group] Kem bina sahsiah dan pengajian pondok di Pondok Bandar Hilir

 

Alhamdulillah, selamat mendaftar anak kem cuti sekolah seminggu kat Pondok Bandar Hilir Sik Kedah.

Bila tengok "asrama" tempat depa tinggal seminggu nie hanyalah bangunan kayu, kosong tanpa kipas, rasa baguih la jugak - sesekali merasa suasana yg sedikit tidak selesa berbanding bilik asramanya di MRSM atau pun bilik tidurnya di rumah.

Bila tengok jadual prog yg Ust Ismail bagi nie; ha - hat nie yg saya duk cari. Anak saya ni, sebab mak ayah sibuk, tak mampu nak adjust masa, kesian kat dia - waktu sekolah rendah dulu tak berpeluang pergi kelas KAFA kelas fardu ain petang2, sebab tak dak org nk hntar. Natijahnya, ilmu agamanya setakat hat belajar di sek kebangsaan saja.

Bila tengok itinerary program yg menekankan kpd bab asas tata cara solat, fardu ain dan asas akidah serta akhlak nie - ha, hat nie lah yg saya duk cari, sesuai dgn level anak saya.

Tkasih Ust Ismail dan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana mempertemukan saya secara tidak sengaja dgn pondok ini melalui program amal NGO wargakilang tempoh hari.

Moga dlm seminggu ini, walaupun tak dapat banyak, mudah-mudahan anak saya akan mendapat juga sedikit ilmu akhirat yg dicari.

Tak silap saya waktu mula2 kenal Ust Ismail, Mudir pondok ini dulu, bila saya tanya apa yg membuatkan beliau begitu komited pulun duk jaga pondok yg agak ke pedalaman ini, beliau ada bermadah:

"Di akhir zaman nanti bila ilmu akhirat sudah jadi benda asing tidak dipedulikan dan sukar nak dicari, maka di pondok2 macam inilah, insyaallah ia akan kekal terpelihara. Inilah KUBU kita..insyaalah di KUBU yg kecil ini, kita akan berusaha sedaya upaya MEMPERTAHANKAN KUBU kita"

Laa.. mcm tu rupanya.

Sedar tak sedar hari ini saya bukan setakat menghantar anak saya mai pondok tapi sebenarnya menghantar beliau berguru seketika di dalam "KUBU".

Kpd Ust Ismail, Ust Lias, Ust Sofi, Ust Najib dan semua ustaz di pondok2 di seluruh negara, kami doakan kalian semua akan terus istiqamah menjaga "KUBU" kita.

Pendaftaran utk kem cuti sekolah di Pondok Bandar Hilir masih dibuka. Sila PM Ust Ismail Mahmud utk keterangan lanjut.

Kem bina sahsiah dan pengajian pondok ,bertempat pondok bandar hilir sik sedang berlangsung ..kalu nak daftar boleh lagi ..hubungi Ustaz ismail. 013 4884814 . Sesi pagi oleh ustaz ismail. Pengisian 1 Aklak. .. wasiat imam ghazali .ulasan buku ayuhai waladi .wahai anaku yag dikasihi ..2. panduan belajar cara islam ..tentang adab 2 dan peraturan mendapat ilmu ..3 .fekah. tentang sembayang dan ukubatu tariki solat .akibat orang tinggal sembahyang . Dan tulisan khat thulus . dari jam 9.30 pagi ..pukul 1.00 .berhenti solat dan makn .satgi sambug pengajian alquran dan tahsin oleh ustaz sopi.

Moga ada manfaatnya.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila tinggal saran