Oleh SELENA TAY Baru ini ROS (Registrar of Societies atau Pendaftar Pertubuhan) membuat siasatan ke atas DAP berkenaan dengan isu pemilihan parti yang diadakan oleh DAP pada bulan Disember lalu. Jika DAP dibatalkan pendaftarannya sebelum PRU13 ini, maka calon-calon DAP akan bertanding dibawa tiket PAS ataupun KeADILan. Kalau perkara ini berlaku, penulis yakin bahawa semua pengundi Cina akan mengundi PAS. Maka diharap PAS akan bertambah kuat kerana: 1. calon (DAP)PAS yang bertanding di kawasan Cina akan dapat undi Cina; dan 2. calon PAS yang bertanding di kawasan Melayu akan dapat undi Melayu. Dengan percaturan politik yang bijak dan jika pengundi Melayu dan Cina bijak mengundi, adalah tidak mustahil PAS akan menjadi parti yang kuat sekali dalam Pakatan Rakyat. Kalau DAP dimangsakan sebelum PRU13, pengundi Cina (kecuali ahli MCA) akan menolak BN kerana mereka akan berpendapat bahawa tindakan ROS adalah untuk melemahkan Pakatan. Oleh itu, langkah tersebut jika dilaksanakan oleh ROS adalah kurang cerdik sebab ia akan menunjukkan bahawa BN takut pada DAP dan kuasa serta kebolehan DAP untuk meraih sokongan Cina. Apabila DAP tidak dibenarkan bertanding, maka kuasa undi Cina yang bakal diperolehi oleh DAP akan berpindah kepada PAS. Slogan 'PAS For All' akan kelihatan lebih menyerlah dan kebarangkalian juga Karpal Singh akan bertanding dengan menggunakan tiket PAS. Ini yang bagus sekali. Justeru itu, Pakatan Rakyat mesti bersedia menghadapi segala dugaan/cabaran sebelum, semasa dan selepas PRU13. Sama- samalah semua parti komponen dalam Pakatan yang berada di landasan yang benar berganda |
Senin, 08 April 2013
[Idaman_Group] Jika DAP ‘dihapuskan’, PAS akan lebih kuat!
__._,_.___
.
__,_._,___
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran