PETALING JAYA: Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat di Sabah pada Jumaat dan Sabtu.
Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara.
Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.
Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan.
Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS).
Beberapa laman web lain turut terjejas.
Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia.
Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka.
Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.
Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang.
"Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sila tinggal saran