Jumat, 16 November 2012

[Idaman_Group] Kadang rumah boleh meletup sendiri.

 

Last night in Indianapolis (USA), a massive explosion, which completely disappeared two private houses. What exactly exploded - remains a mystery.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] 55 Tahun UMNO hamba abdikan Orang Melayu!

 

Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu.  Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO- ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO. 
Kita bukan sangat kisahkan UMNO. Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila UMNO merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan. UMNO itu parti politik, Melayu itu bangsa. UMNO mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli UMNO mengikut penceritaan tukang karut UMNO, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO; mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan UMNO. Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan UMNO. 
Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 UMNO yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang. 
Janganlah menipu rakyat, supaya rakyat tidak mendedahkan kebenaran mengenai kamu. 
Chuasoilek hina dan nista Islam, presiden UMNO buat pekak, senyum dan beri lagi duit RM30 juta. Tidak ada pun budak2 UMNO berdemo besar besaran membantah dan mengecam keras kenyataan dari para pemimpin MCA. Tapi bila NurulIzah mengeluarkan kenyataan berkaitan tidak ada paksaan dalam Islam, budak2 UMNO gegak gempita dan goga. Keatas bangsa sendiri, orang UMNO sanggup berbunuhan, tapi keatas bangsa lain, orang UMNO menjilat pantat. 
Saya nasihatkan pemimpin UMNO serta penyokong mereka bertenang dan jangan menggila. PRU nanti memberi peluang untuk mereka yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. UMNO bukanlah satu2 nya wadah yang  boleh disertai untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tetap boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara melalui mana2 parti politik pun. Jika calun UMNO menang- dia juga boleh menawarkan perkara yang serupa dengan apa yang calun parti lain boleh- yakni memberi khidmat kepada masyarakat.
Negara Malaysia bukan UMNO punya. Melayu bukan hamba UMNO. Biarlah rakyat membuat keputusan siapa yang mereka rasakan dan yakin boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Bagaimana mereka membuat keputusan? Dengan melihat pemimpin dan kepimpinan nya, dasar parti mereka dan suatu perkara yang menjadi penting, melihat juga kualiti atau mutu penyokong dan pendukong mereka. 
Satu demi satu dasar dan rencana UMNO mendedahkan bahawa kepentingan rakyat selalu dibelakangkan. 
Kita lihat poster 55 tahun janji ditepati ada dimana mana. Tapi 55 tahun, mengikut Dr Mahathir hanya berjaya menghasilkan bangsa Melayu yang mengemis dalam negara sendiri. Itu pun salah, setelah 55 tahun, yang mengemis itu sebahagian besar bangsa Melayu, manakala segelintir orang Melayu hidup bermewahan boleh ada bilik pameran Ferrari yang ke2 terbesar diluar Italy dan boleh memiliki keraka Bugatti yang berharga berjuta juta Ringgit. 
Penyenaraian FGV ialah skim cepat kaya UMNO sebenarnya. Felda dapat RM10 billion dari penjualan 2.188 billion saham FGV.  Dengan menjual saham tersebut, felda dapat 6 billion, RM4 billion disalurkan kepada menteri felda- dato najib tun razak. Dia tahu lakukan satu perkara sahaja dengan RM4 billion itu- hulur sana hulur sini, Beri Rasuah 1 Malaysia ( BR1M). 
ada orang kata, semakin hari mereka meluat membaca artikel2 saya. Saya sahaja yang pandai, orang lain semua tak pandai. Salah tu awang- bukan saya pandai menulis, saya boleh. I write because I can. Dan I can write what I think listing of FGV is- it's a Ponzi scheme designed to enrich market manipulators. 
Dari sebermula, FGV ini skim tidak berhati perut. 112, 636 peneroka mendapat 2.5 % dari jumlah unit saham yang dijual atau 91.2 juta unit saham. Staff felda dapat 3% atau 109.4 juta unit saham. Jumlah semua ialah 5.5%. apa ertinya ini? ertinya, 94.5% yang membeli saham felda adalah bukan warga felda. Mereka ini menguasai dan pemilik sebenar FGV yang telah menelan segala asset yang dimiliki oleh felda/peneroka. 
Dan siapa mereka ini? 11.5% terdiri mereka yang terpilih oleh MITI. 41.1% dimiliki oleh institusi seperti Tabung Haji, EPF, KWSP, kerajaan2 negeri dan GLC2 lain. Duit2 dari sumber ini disedut untuk membantu FGV. 
Maka tidak benar jika orang kata, peneroka dapat durian runtuh. Mana nya keuntungan yang bergolek itu? rumah yang berharga RM 70,000 untuk jenerasi ke2? Bukan nya percuma tapi kena bayar RM 360 sebulan selama 15 tahun. 
Ketika saya menulis mengenai penyenaraian FGV dahulu, pendukung skim cepat kaya UMNO, semua mengamuk. Terdapat beberapa orang yang menuduh saya dengki dan iri hati orang Felda dapat durian runtuh. 
Hari ini harga saham fgv ialah RM4.60. untung 5 sen setiap unit. Pemegang 800 unit dapat premium RM40. Kos pemilikan dia berapa? Kalau dia meminjam wang dengan bank- ribuan borang pinjaman diedarkan sebelum FGV disenaraikan dulu, apa dia dapat?  Kos pemerosesan RM 200. Dengan untung RM 40, maka kerugian peneroka yang meminjam ialah RM160 seorang. 
Kalau dia tak pinjam, peneroka untung RM40 sahajalah. Tapi pelaburan nya membeli 800 unit ialah RM3640. Ertinya, pulangan melabur RM3640 ialah RM40. Yakni hanya 1% lebih sahaja. Bukan lebih baik menyimpan dalam simpanan tetap dengan pulangan 5% atau 7% ? kalau 5 %, modal RM3640 sudah menghasilkan untung RM182. Lebih banyak dari RM40. 
Kalau dia pinjam dari perbadanan felda dengan bayaran RM50 sebulan yang dihebohkan oleh Najib Tun Razak, saiz kerugian nya bergantung pada berapa lama dia memegang 800 unit tersebut. Kalau premium nya selama 3 bulan masih RM40, kos peneroka untuk 3 bulan sudah mencapai RM150. Kalau dalam masa 3 bulan ini, saham fgv tetap pada harga RM460- untung ialah RM40, kos ialah RM150. Peneroka tetap kerugian RM110 seorang.
Setiap peneroka tak dapat pun durian runtuh. (1) yang meminjam melalui borang dahulu kerugian RM160. (2) yang melabur duit sendiri, dapat pulangan 1% jauh lebih rendah dari pelaburan alternative (3) yang memimjam dari felda dengan bayaran RM50 sebulan pun rugi- jika harga tak berganjak selama 3 bulan, kos pegangan sudah pun RM150. Rugi RM110. 
Jadi bayaran RM15,000 untuk apa? Untuk rasuah pendahuluan. Ia nya bayaran insurance kepada keadaan pasaran saham yang tidak boleh dikawal oleh Najib kah, oleh Isa kah atau oleh wak Maslan kah. 
Kita tidak dengki atau irihati. Peneroka berhak mendapat apa2 pun jenis duruan runtuh kalau mereka berhak mendapatkan nya. Tapi kita jangan lupa bahawa hak yang sama mesti diberikan kepada warga bukan peneroka yang mempunyai pendapatan yang rendah. orang2 bukan felda pun berdepan dengan kehidupan yang serupa, membayar harga yang sama untuk beras, gula dan  minyak dan keperluan2 lain. 
Jadi, mengapa layanan istimewa berhak diterima oleh peneroka tapi hak yang sama tidak diberi kepada nelayan, peladang bukan felda, penternak, mereka yang berkerja sendiri dan sebagainya? 
Orang Felda mesti sedar bahawa mereka dapat layanan istimewa kerana mereka merupakan vote bank terbesar untuk UMNO. Tanah rancangan yang mereka miliki itu bukan nya diperolehi percuma. Setiap peneroka yang dapat grant atau hak milik tentulah sudah melangsaikan semua hutang dengan pihak Felda. Ertinya, apa yang mereka perolehi adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan pemberian atau ehsan Felda. Perbadanan Felda yang memajukan tanah2 rancangan diberi tanah oleh kerajaan. Felda pun diberi grant oleh kerajaan untuk membayar premium untuk mendapatkan tanah rancangan. Mereka kemudian membelanja wang yang banyak untuk membangunkan tanah rancangan, membina rumah peneroka, membekalkan kemudahan social, dan keperluan asas infrstruktur.  
Apa yang perbadanan belanjakan, semua nya diperolehi semula dengan bayaran potongan yang dikenakan keatas peneroka. Ertinya, peneroka tak dapat percuma.


Print
Posted by sakmongkol AK47 at 8:07 AM

15 comments:

mr edz 14 November 2012 08:51

sebagai anak peneroka saya menyokong tulisan tuan, yang dapat percuma hanyalah isa samad, percuma saham felda.


Najwan 14 November 2012 10:14

ada ketika kami mmg cemburu bila taraf hidup kebanyakan warga FELDA semakin meningkat satu masa dahulu, tp kami ucapkan tahniah dan gembira kerana mereka telah bersusah payah dahulu dan dapat menikmati hidup yang lebih selesa sekarang. Janganlah anda semua menggadaikan perit jerih usaha itu dengan penyenaraian yang umpama satu perjudian ini. Semoga pihak yang memperjuangkan dan membela warga FELDA hingga diturunkan pangkat dsb ini, terus teguh menongkah arus yang membinasakan ini.


bruno,  14 November 2012 12:00

Even CIA director and a few three star generals have fallen out of bed due to sex scandal.Only Umnoputras have escaped severe punishment from corruption,rape,murder,gangsterism and porn peddling.Only in Malaysia the land of the bolehs.


Anonymous,  14 November 2012 14:56

Dato' bagaimana dapat memuliakan UMNO jika melangkah masuk kamar resmi PM tidak semulia seperti tiap PM sebelumnya? Tak pernah dalam sejarah tanah air yang kita sayangi ini perkara ini berlaku. Apa sebabnya begitu cemas nak ambil aleh daripada Tun Abdullah? Seribu satu persoalan ditanya rakyat hingga kini, dan seribu satu syak wasangka terpaksa dipendamkam kerana budaya bangsa yang mulia cepat memaafkan sesuatu atau seseorang. Dan yang sinis masih tak segan memfitnah bahwa kita keturunan yang cepat lupa. Ini lah balasan daripada orang tak mengerti apa itu kemuliaan.

Tak mengherankan bukan sahaja Najib tak ada modal untuk memuliakan UMNO malahan semua pemimpin UMNO juga tak terdaya. Kini UMNO sibuk dengan perang-dingin dalaman, susulan pembahagian tak seimbang di antara yang menganggap dirinya lebih mulia daripada yang lain, kononnya kemuliaan boleh dibuktikan dengan air najis, ia itu, siapa lebih kerap mengencing ke atas gambar pemimpin PR, atau pun dengan mainan api, ia itu, siapa berani menunukan gereja kaum Kristian.

Menjelang PRU, ini lah mudarat yang datang kepada manusia yang masih tak senang dengan apa yang sudah diperolehi dan dinikmati. Banyak ditelan diam-diam sambil isterinya yang berwangi bersenyuman manis di belakang tirai, tetapi diriuhkan sekuat-kuatnya kecaman terhadap kaum bukan Melayu, baik kapitalis bukan Melayu tak bermoral mahu pun kaum murba bukan Melayu yang sama-sama susah seperti peneroka Felda, sebaik sahaja rakyat tercium bau setahun pelayaran ketika mengdampingi golongan tertentu dari UMNO. Bau inilah yang dibawa dari tiupan angin apabila satu demi satu skim cepat kaya direkacipta demi orang yang sudah kaya raya. Dan jikalau skim itu tercicir atas apa jua sebab, kemuliaan ala UMNO mendesak sekali lagi UMNO memuliakan sahabat handai dengan memeras sekuat-kuatnya dana darurat daripada Petronas, KWSP, bank-bank, dan mungkin juga satu hari nanti PNB. Siapa tidak tahu PNB is the Mother of all Funds?

Sebelum setiap orang membuang undi perlulah ikuti sebanyak yang boleh ceramah yang dianjurkan oleh kedua-dua BN dan PR. Bandingkan 'body language' kedua-dua pihak, bukan sahaja isi pidato, dan lebih-lebih lagi bandingkan cara hidup dan tabiat semua calun: pakaian, kediaman, gerak geri, baju kot atau baju Melayu, bersongkok atau bertopi koboi, merokok atau menghisap cigar Havana, bagaimana abu rokok dibuang - diketuk dengan jari dari atas macam milionair Barat atau dibiarkan abu itu jatuh dengan sendirinya seperti biasa dilakukan oleh warga yang sibuk cari makan. Saya dah lama mual dengan perangai orang UMNO dan MCA. Tak ada problem dengan MIC sejak tok gurunya bertapa di India.

"The more corrupt the republic, the more numerous the laws" – Tacitus, yang hidup di Rom kurang lebih 2000 tahun dahulu. Kiranya Tacitus masih hidup mungkin dia akan ubahsuaikan, yakni," The more corrupt the nation the more numerous Skim Cepat Kayas. Don't laugh until the next PRU.


Anonymous,  14 November 2012 16:19

Orang tempatan di perhambakan oleh BN pasal kita kurang cerdik, padahal orang BN mulut manis dan pandai putar belit cerita

Sekiranya, BN terus memerintahkan, maka kita perlu tahniah kepada rakyat yang kurang cerdik yang ingin terus diperhambakan


Anonymous,  14 November 2012 18:41

Bapak membina, anak meruntuhkan. Betapa berat beban ditanggungnya kerana dituduh memulakan Mei 13 walhal terang-terang beliau diterperdaya oleh seorang ahli politik yang kemudiannya masuk jail sebab rasuah. MAGERAN yang ditubuhkannya telah berjaya dengan cepat memulihkan keadaan politik. Bukankah tatkala Tun dah sakit tenat baharu sahaja usaha dimulakan bahawa sesuatu individu mesti dihadapkan ke mahkhamah sebelum ia, Tun, meninggalkan kita semua. Itulah jasa Tun terakhir kepada kita semua, dan jangan-jangan anak sendirinya lupa akan kenyataan ini. Segala usaha beliau tidak boleh disia-siakan oleh sesiapa, lebih-lebih lagi anaknya.

Bagi kami golongan yang pernah saksikan pengorbanan Tun yang tak pandai rasa penat dan tak rela menyusahkan orang lain, yang begitu cermat menjaga khazanah negara hinggakan rakyat tidak dibebani dengan kos yang tak masuk akal seperti menyuruh staf-staf kanan ke lapangan terbang setiap kali beliau keluar negeri. Kalau ada eskot hanya seorang pegawai polis. Lebih bermanfaat dan menjimatkan wang jika yang lain terus bertugas di dalam ofis masing-masing. Alangkah cantik dan mujurnya negara dipimpin seorang yang jujur ditengah-tengah seribu satu ancaman dan kecaman. Bermoralkah segala-gala boleh dilupakan dengan sewenang-wenangnya?

Sebaik sahaja Badan Pencegah Rasuah digantikan dengan Biro Siasatan Negara oleh Tun Razak, di mana kuasa mendakwa seseorang terletak di pihak BSN, Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor, didakwa kerana rasuah, didapati salah dan dihukum masuk penjara. Tun Razak meninggal dan Tun Hussein Onn menggantikannya. Tiba Dr Mahathir, Dato' Harun diampunkannya. Apa yang memaksa Tun Hussein Onn keluar UMNO semasa Dr Mahathir PM kita?

Dari tahun 1964 hingga sekarang sudah 48 tahun. FELDA ditubuhkan Tun Abdul Razak dengan bantuan dan buah fikiran mendiang Tan Sri Taib Andak pada awal 60-an. Kita melonjak 40-45 tahun ke hadapan dan apakah landskap tersedia di depan kita? FELDA jadi FGV. Dulu tak ada slogan, sekarang banyak sekali. Dulu tak ada skandal, sekarang skandal demi skandal. Dulu Tun Razak dan Tan Sri Andak memuliakan bangsa Malaysia. Sekarang siapa yang memuliakan Malaysia? Anak Tun Razak ada memuliakan bapanya? Sebaliknya, anak Tan Sri Taib Andak, Datin Kalsom Taib dengan berani memuliakan keluarganya dengan bukunya,'The Shafee Yahya Story -Estate Boy to ACA Chief'. Shafee Yahya ialah bekas ketua Badan Pencegah Rasuah yang, mengikut cerita dalam buku tersebut, telah disuruh berhadapan dengan Dr Mahathir selepas beliau dengan pegawai-pegawainya menggeledah ofis Ketua Pengarah UPE dan terjumpa RM100,000 di dalam lacinya.

Pada hemat saya FGV dan AES dan sebelum ini, PKFZ dan NFC memanfaatkan satu kumpulan manusia yang teramat kecil. Ini bukan janji luhur daripada patriot-patriot. Ini satu penderhakaan terhadap nusa dan bangsa. Usah sebut Agama sebab dah lama dilupakan oleh UMNO.

Hingga ke akhir zaman saya nak tuntut kebenaran.


Anonymous,  14 November 2012 19:26

bila berfikir...apa beza antara melayu umno dengan yahudi zionist...aku tercari2 beza antara keduanya...zionist di ketahui menbur fitnah utk mengkalkan kuasa mereka di dunia ini..
yang aku nampak melayu umno..kerjanya ialah menjalnkan jentera fitnah untuk mengekalkan kuasanya di arena yg lebih kecil iaitu malaysia...perkataan melayu itu perlu dibuang dari puak2 ini dan cukuplah dilabelkan sebagai bangsa umno sahaja... ayuh kita buangkan pekataan keramat melayu dari umno...jahanam bangsa umno...mampus bangsa umno...fitnah adalah makanan bangsa umno....bangsa umno..bangsa haramjadah


Anonymous,  14 November 2012 21:00

Terlupa menyatakan bahawa Datuk Shafee Yahya ialah suami kepada Datin Kalsom Taib dan menantu Tan Sri Taib Andak. Bukan kah lebih indah kiranya semua bangsawan bertindak dan berkelakuan sebagai bangsawan dan yang datang dari estate getah naik jadi bangsawan, dan bukannya seperti yang berlaku begitu kerap kini bangsawan lupa daratan jatuh tercicir menjadi manusia yang wajar dipulaukan?


jerlun,  14 November 2012 21:35

UMNO menghambaabdikan orang Melayu.Jika tiada UMNO,Melayu boleh hidup juga.Contohnya Melayu di Sri Langka,Afrika Selatan, Surinam dan ramai org Melayu di Seberang Laut.

Mereka semua hidup! Mereka tidak miskin jiwa.Selama ini UMNO memiskinkan jiwa org Melayu.Melayu diajar meminta dari pemimpin UMNO.Mcm Mahatdey menakutkan Melayu.Paling malang nasib org Melayu kerana memberi mandat 22 tahun utk mamak ini memerintah!

Kita tidak tahu brapa byk duit FGV telah masuk ke kantung UMNO.Ketika saham FGV merudum sudah tentu ada org menangguh di air keruh.Ponzi scheme yg sdra sebut itu adalah diaplikasikan dari Yahudi.Berapa byk duit yg akan masuk dalam program ROP? Kita juga tahu regim dahulu menggunakan duit KWSP utk PPP. Orang itu kaya raya.Orang Melayu dapat apa?

Sudah tiba masa dan ketikanya orang Melayu menukarkan Kerajaan BN ke PR dalam PRU 13.Ketika ini Isa Samad dan Najib mempunyai kuota CP 10 dg kuantiti 30,000mt utk ekspot.Peneroka Felda dapat apa?


Jerlun


Mrs Poofak,  14 November 2012 23:47

Ku Li cakap BN akan menang besar dalam pilihanraya akan datang. Sila baca semua akhbar esok.


Anonymous,  15 November 2012 01:06

Terbaik Datuk...sama2 la kita menunggu kejatuhan umno and bee end....InsyAllah..


Anonymous,  15 November 2012 11:48

Baik buruk sesebuah parti politik itu dibentuk oleh jari jemari pemimpin2 nya. Ahlinya yang membantah hanya suara minoriti yang tiada kuasa dan nyawa. Itulah POLITIK!!
PAK UJANG SHAH ALAM.


Anonymous,  15 November 2012 11:56

jerlun, jangan lupa kaum Melayu di Perth, Australia. Kena ke sana untuk mempercayai apa yang Dato' sudah berkali-kali tegaskan: Melayu boleh hidup, malah maju tanpa UMNO.


monsterball 15 November 2012 16:03

In the whole world..only Malaysia have a party governing the country for 55 years.
Melaka CM ..Rustam said...Umno b will govern forever.
That's how idiotic the Umno B politicians are.


Anonymous,  15 November 2012 17:29

Wang buroh paksaan Jeepun dirembat oleh penyamun melayu iaitu UMNO, org tua saya menunggu duit tersebut sehingga beliau telah pun meninggal dunia dimanakah Semangat Melayu yang dilaun-launkan, dimana Putera,dimana Perkasa dan sebagainya dalam memperjuangkan hal ini, insaf la wahai melayu didalam UMNO kekayaan sekaranga hanya dinekmati oleh sekerap manusia gulongan bangsawan sahaja, dimana hak kita org kampung yang kais pagi makan pagi bukan dgn hanya BRIM RM500.00 sahaja.


Post a Comment

Links to this post

Create a Link

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Salah main besi kerandut jatuh ke betis.

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Kapcai buatan india.

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Agi Idup, Agi Ngelaban!

 
__,_._,___

[Idaman_Group] Dewan Ulama - Usaha guling BN lebih penting

 



Ucapan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Haron Taib yang meremehkan usaha membuka kebebasan beragama dikalangan orang Melayu oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Haron, dalam ucapan yang dibacakan Naibnya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menyatakan bahawa Dewan itu lebih berminat untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang, dan tidak ada masa membincangkan kenyataan Nurul Izzah itu.

Beberapa tahun dulu bila PAS buat kecoh kerana penganjuran program Sureheboh yang pada mata Mursyidul Amnya, acara maksiat kerana bercampur lelaki dan perempuan. Malah satu tahap, PAS tabur kondom di tapak Sureheboh untuk 'bukti'kan kenapa program itu berunsurkan maksiat.

Tapi sekarang, sejak dah bergaul erat dengan Anwar, Ambiga dan seumpamanya, soal bercampur lelaki perempuan ini sudah tidak timbul lagi. Kalau timbul, taklah PAS sama-sama jadi dalang dalam penganjuran rusuhan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. 

Semua tu bercampur lelaki perempuan lah, malah lebih teruk dari program Sureheboh yang pernah jadi isu dulu!!


__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Gesa PBB bertindak terhadap tentera Israel

 

Gesa PBB bertindak terhadap tentera Israel

GAMBAR yang dirakamkan dari bandar Sderot, selatan Israel, menunjukkan kepulan asap tebal di sebuah kawasan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di wilayah Gaza, Palestin, semalam. - AFP

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Malaysia mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab tentera Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti ketenteraan yang berterusan dan serangan udara Israel ke atas Gaza sehingga membunuh seorang pemimpin Palestin dan mengorbankan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

"Malaysia menuntut Israel menghentikan serta-merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin.



__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Malaysia perintis kewangan Islam

 

Malaysia perintis kewangan Islam

Oleh AZMAN IBRAHIM 
ekonomi@utusan.com.my
Christine Lagarde

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah negara perintis sistem kewangan Islam dunia dengan pengenalan dana kewangan Islam atau sukuk.

Menurut Pengarah Urusannya, Christine Lagarde, sehubungan itu, usaha dan peranan yang diambil Malaysia dalam sistem kewangan Islam wajar menjadi contoh negara-negara lain terutamanya negara Barat.

Malah, kata Lagarde, sistem kewangan Islam mempunyai ruang dan platform tersendiri dalam arus globalisasi pada waktu ini.

"Saya tidak menafikan bahawa sistem kewangan Islam mempunyai peranan tersendiri walaupun terdapat beberapa negara seperti Perancis yang mengetepikan sistem kewangan Islam.

"Saya bukan seorang pakar dalam kewangan Islam dan tidak arif untuk memberi komen mengenai sistem kewangan itu.

"Namun, berdasarkan pengamatan saya selama ini, terdapat ruang untuk sistem kewangan Islam di dunia ini, selain ia mempunyai platform tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada dalam syarahan umum selama 40 minit bertajuk 'Asia dan Janji Kerjasama Ekonomi' anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, semalam.

Syarahan umum tersebut berkisar pengiktirafan IMF terhadap pe ningkatan peranan kepimpinan ekonomi di rantau ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Ia merupakan lawatan sulung Pengarah Urusan IMF itu ke Malaysia. Beliau dalam misi lawatan ke tiga buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Kemboja.

Semalam, Lagarde juga telah mengunjungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

IMF ialah organisasi dianggotai 188 negara yang menumpukan pada pemupukan kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, mempermudahkan perdagangan antarabangsa dan mengalakkan pertumbuhan ekonomi lestari di seluruh dunia.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121116/ek_01/Malaysia-perintis-kewangan-Islam#ixzz2CJxV4JRT 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Perkasa Pahang buat laporan polis berhubung kenyataan Irene Fernandez

 

Perkasa Pahang buat laporan polis berhubung kenyataan Irene Fernandez


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pahang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust (ERT) yang mencadangkan hak Bumiputera di negara ini dimansuhkan.

Ketua Penerangan Perkasa Pahang Muhamad Faiz Hashim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.


Beliau diiringi kira-kira 20 pemimpin dan anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Majlis Belia negeri dan beberapa lagi badan bukan kerajaan (NGO).

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Muhamad Faiz berkata Perkasa juga mendesak Irene dan ERT membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk Bumiputera di negara ini.


Sebuah portal berita semalam menerbitkan artikel hasil kajian ERT dan Tenaganita kononnya kewujudan Perkara 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak Bumiputera adalah antara faktor di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Kamis, 15 November 2012

[Idaman_Group] IMF sahkan Malaysia akan Muflis!!

 

IMF kagumi Malaysia

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dan Sri Ayu Kartikawati Amri
bisnes@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PERTEMUAN...Dr Zeti (kiri) bersalaman dengan Lagarde pada sidang media IMF-BNM, semalam. 
PERTEMUAN...Dr Zeti (kiri) bersalaman dengan Lagarde pada sidang media IMF-BNM, semalam.

MALAYSIA terus dikagumi berikutan mencapai perkembangan ekonomi yang mapan di samping mampu menjadi antara negara yang menunjukkan pembangunan terbaik di Asia.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berkata, beliau kagum dengan prestasi yang dicatatkan negara, malah yakin Malaysia mampu mencapai pertumbuhan ekonomi 4.0 hingga 5.0 peratus yang disasarkan tahun ini.


Katanya, terdapat beberapa aspek yang menjadikan ekonomi Malaysia sebagai menarik dan antaranya kombinasi objektif jangka pendek serta visi jangka panjang yang ditetapkan.

"Apa yang paling menarik mengenai ekonomi Malaysia adalah kombinasi yang dapat memandu ekonomi ke hadapan dan salah satunya adalah melalui penyusunan infrastruktur.


"Selain itu, ia turut membabitkan banyak sektor merangkumi kerajaan, swasta dan institusi kewangan di mana Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri banyak memainkan peranan dalam membentuk ekonomi negara," katanya pada sidang media IMF-BNM di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhbar Aziz.


Menurutnya, aspek lain pula adalah terhadap peralihan secara beransur-ansur daripada negara yang bergantung pada pasaran eksport sebelum ini.

"Malaysia kini menjadi sebahagian rantaian bekalan di Asia yang turut menjadikan ekonomi lebih seimbang antara eksport, pelaburan dan penggunaan," katanya.


Dalam pada itu, Lagarde berkata, Malaysia masih perlu menambah baik beberapa perkara di mana ia berkaitan dengan pelaburan langsung asing (FDI).

"Tahap FDI yang dicatatkan negara sebenarnya masih belum mencapai angka yang tinggi walaupun mempunyai beberapa penyenaraian besar oleh syarikat tempatan tahun ini," katanya.


Selain itu, Malaysia juga merekodkan tahap hutang yang agak tinggi serta risiko ketidaksamaan beberapa golongan minoriti. "Pertumbuhan yang dicatatkan negara mengundang risiko ketidaksamaan apabila golongan minoriti ketinggalan.


"Bagaimanapun, Malaysia merekodkan tugas cemerlang menangani masalah ini pada sekitar tahun 70-an serta 80-an dan ia kini perlu menjadi fokus utama negara," katanya.


IMF juga menjangkakan ekonomi Asia mengembang 5.9 peratus pada 2013.


Beliau dalam siri lawatan selama tiga hari ke Asia Tenggara yang dimulakan dengan Malaysia, Filipina dan Kemboja.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Rabu, 14 November 2012

[Idaman_Group] Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

 

Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

Harussani Zakaria

IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini. 

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___