Senin, 08 April 2013

[Idaman_Group] RAFIZI DIBERHENTIKAN DI PETRONAS KERANA TIDAK KOMPITEN

 

 RAFIZI DIBERHENTIKAN DI PETRONAS KERANA TIDAK KOMPITEN


Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.

Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.

Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari!

Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam http://mymassa.blogspot.com/2013/04/penyelesaian-talam-anwar-khalid-kongsi.html 

Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.

Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash). 

Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.

Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV, bodyguard dan pengawal keselamatan!

Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya?

Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini. 


Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah  RM15,001,451.90.

Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut;

Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407

Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat berikut;

(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat seterusnya")

Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas. !!! 

Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini. 

Bersambung bahagian kedua.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Anwar Ibrahim Bersih Rasuah, Keronisme & Salah Guna Kuasa?

 

Anwar Ibrahim Bersih Rasuah, Keronisme & Salah Guna Kuasa?

Monday, April 8, 2013



Kedudukan terkini pertarungan Anwar Ibrahim vs Rakyat Malaysia sudah masuk ke pusingan ke tiga hari ini. Dua pusingan yang sebelum ini iaitu pusingan 1 dan 2 GAGAL dijawap oleh Anwar Ibrahim mahupun pencacai pencacai Pakatan Pembangkang terutamanya pihak PKR.

Soalan Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim Kelmarin:

1)Berapa Aset Kekayaan yang dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman Bapa kepada Anwar Ibrahim 

2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?

Sampai ke hari ini tidak ada seorang pun yang menjawap bagi mewakili pihak Anwar Ibrahim, malah para jentera hebat pakatan pembangkang yang terdiri daripada Bloggers, Cybertoopers sepi membisu apabila soalan yang dilontarkan oleh Papa Gomo tidak dijawap oleh mereka ini.

Jambu kesayangan Anwar Ibrahim Rafizi Ramli yang sebelum ini cukup petah menjawap dan mempertahankan Anwar Ibrahim juga membisu seolah olah soalan yang diajukan ini telah memberikan bayangan satu kubur besar buat keluarga Anwar Ibrahim.


Biar Papa Gomo tolong jawapkan bagi pihak Anwar Ibrahim tentang soalan yang diajukan diatas:

1)Berapa Aset Kekayaan yang dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman Bapa kepada Anwar Ibrahim 

Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan seorang rakyat biasa yang bukannya terdiri daripada susur galur bangsawan mahupun orang orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatahlagi seorang ahli perniagaan Koporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan yang dikutip oleh Tun Dr Mahthir daripada ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA dalam sekelip mata. Bukan sahaja Anwar Ibrahi menjadi mewah malah bapanya Ibrahim sendiri secara tiba tiba mempunyai aset yang berbilion bilion apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Keewangan.

Dibawah ini adalah senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman bapa kepada Anwar Al Juburi.


Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi  lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti: 

Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd, 
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd, 
Nissan Industrial Oxygen Bhd
Zaitun Bhd
Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd; 
Holdings Sdn Ibrus. Bhd; 
MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd; 
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd; 
Metromix Sdn. Bhd 
Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd. 
PPH Development (M) Sdn. Bhd. 
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd. 
Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:

Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham); 
Par Con Corporation (900,000 saham); 
Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham); 
Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham); 
Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham) 
Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).


2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?

Adik beradik Anwar Ibrahim juga merupakan rakyat biasa yang bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya Raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Keewangan adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau lampau.


Adiknya Rani sebagai pengarah Azam intensif Sdn. Bhd, Manakala Marzuki dinyatakan sebagai pengarah lapan syarikat. :

Teraju Dinamik Sdn. Bhd; 
Knight H & D Sdn. Bhd; 
Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd; 
Rodatra Sdn. Bhd; 
Sanjungan Niaga Sdn. Bhd; 
CSPM Resources Sdn. Bhd; 
Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd; 
Lityan Holdings Bhd dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.


Ini adalah senarai senarai aset aset yang dimiliki oleh Bapa dan adik beradik Anwar Bin Ibrahim. Aset aset yang mempunyai nilai berbillion billion ringgit yang mana ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada waktu lalu.

Apakah Anwar Ibrahim BERSIH? Jika beliau bersih mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia darimana kekayaan yang ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion billion ini dalam sekelip mata?

Apakah Anwar dan Keluarga nya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki memiliki aset yang berbilion billion ini?


GOMO CABAR ANWAR IBRAHIM SAMAN PAPA GOMO jika apa yang didedahkan ini adalah satu FITNAH. Gomo amat mengalu alukan agar Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman atas isu ini kerana rakyat mahukan jawapan dan apabila perbicaraan kes saman ini maka segala galanya akan terdedah membuktikan betapa KORUP dan RAKUS Anwar Ibrahim ini dalam MEROMPAK WANG RAKYAT.

Untuk hari ini Gomo bukan soalan baru buat Dato Sri Anwar Al Juburi:



ROUND 3

Soalan Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim Round 3:


Siapa Rahim Ghouse dan Aset Aset yang dimiliki Beliau ?

Tempoh 24 Jam diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk menjawap soalan ini. Rakyat mahu jawapan siapa Rahim Ghouse dan darimana Aset Aset yang beliau ada serta perolehi dan berapa jumlahnya. Anwar Ibrahim bebas Rasuah? Keronsime? Sila jawap dalam masa 24 Jam.


Kedudukan terkini
Anwar Ibrahim 0 Rakyat Malaysia 2

Psssttt... Dialu alukan Anwar Ibrahim saman Papa Gomo...... Anwar Bapak KORUPSI


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

[Idaman_Group] Deklarasi ulama pondok haram undi pembangkang

 


PRU-13: Deklarasi ulama pondok haram undi pembangkang.    PENASIHAT Minda Pondok, Abdullah Annnajmi Saamah (duduk tenga) bersama sebahagian ulama pondok dan sekolah agama rakyat ketika membentangkan deklarasi Persidangan Ulama Pondok, SAR dan Tahfiz kepada pihak media di Bendong, Gurun hari ini - UTUSAN    GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.    Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.    Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.    Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.    Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan. - UTUSAN ONLINE
PRU-13: Deklarasi ulama pondok haram undi pembangkang.

PENASIHAT Minda Pondok, Abdullah Annnajmi Saamah (duduk tenga) bersama sebahagian ulama pondok dan sekolah agama rakyat ketika membentangkan deklarasi Persidangan Ulama Pondok, SAR dan Tahfiz kepada pihak media di Bendong, Gurun hari ini 

GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.

Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.

Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Minggu, 07 April 2013

[Idaman_Group] otak kreatif


 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

-----